welcome

Followers

Friday, May 13, 2011

benteng,,


cerita hari jumaat 13.5.2011, pagi tu, cam biasa la, aku pergi kerja.. menaiki motor aku.. kat opis ari ni relaks skit, coz ramai org takde kat opis, ada yg bercuti, ada yg outstation, ermm... tghari tu, aku pi solat jumaat ngan izzi kat masjid besar, kat masjid aku terjumpa lak ngan aiman.. dah besar panjang dah budak tu.. hehehe... then lepas tu, aku ngan izzi pi minum ABC kat Benteng / Asplanet, dah lama betul aku tak ke situ, kalo masa kecil2 dulu, kat situlah aku selalu makan kalo kuar ke bandor.. tp skrg, keadaan dah berubah, pengunjung dah tak seramai dulu.. tapi aku kagum gak lah, coz gerai2 kat situ masih wujud, sometime tu boleh menggamit kenangan2 lama.. then aku balik ke pejabat spt biasa, smpai je kat umah, kak ina lak coz, minta tolong hantar dia balik umah lak cam semalam, so nak tak nak, terpaksalah aku kuar hantar kak ina balik umah dia kat IS, dah smpai IS, aku singgah jap kat umah baru faizal & shahril, pagar batu dia org dah hampir siap.. beberapa barangan perabot baru umah shahril pun dah sampai.. maklumlah org banyak duit.. huhuhu.. then lepas tu, aku balik semula ke umah mak kat sg.isap, lepas mandi & solat maghrib, aku online smbil tgk berita.. tip tap tip tap.. aku dah berada di alam mimpi.. hehehe.. ngantuk sgt, dalam kul 11.15pm aku terjaga, tgk2 kat fon, ada msg dari faizal ajak minum air kt MAJID, so aku pun join jelah.. dapatlah berjumpa ngan faizal, faisal (tomok), zul dan kero.. borak2 sampailah lebih kurang pukul 1am, kita org balik, then aku basuh baju satu mesin... dah siap.. skrg dah pukul 4:04am.. aku still takleh tido ag.. nampak gayanya, lepas subuh nnt la baru tido. plan untuk esok, petang nak kuar ngan iman, malam nak tgk wayang ngan faizal, faisal (tomok) kalo jadilah... ermm oklah.. until the next update.. :)

Thursday, May 12, 2011

sibuk jew..


adoi... hampir 4 hari dah aku tak update blog ni.. bukan taknak update, cuma masa amat mencemburui je.. sibuk ngan keje, sibuk melayan kawan2, sibuk ngan life.. so secara ringkasnya, minggu ni aku agak sibuk skit... ari semalam (khamis - 12.5.2011) kat pejabat, sgt2 bz, nak bukak FB pun tak sempat, coz kat ari tu, kat pejabat ada program, so sibuk la skit... petang tu, lepas balik dari pejabat, smpi je kat umah mak, kak ina lak call mintak tolong ambik dia kat pejabat dia, hantar balik umah dia, coz motor suami dia rosak tengah jalan.. so aku pun ambiklah dia hantar balik ke umah, then dah smpai kat area IS, aku trus pergi ke myResort, lepak kat sana.. smpai2 je kat myResort tu, trus aku tertido, penatlah katakan, mujurlah ada msg masuk kat fon dekat2 kul 8pm, so sedar lah aku.. huhuhu.. then dalam kul 11pm, aku balik ke umah mak di SI, so skrg tgh update blog ni lah...

untuk ari selasa & rabu, life cam biasa je.. nak citer pun malas, nnt meleret2 lak.. apa pun, hanya aku leh bagi tau, sejak2 akhir ni, aku selalu tido lewat, dah beberapa hari tido sekitar kul 3am.. pastu bangun kul 6.30am, coz nak gi keje lak..3 jam setengah je aku tido.. rasa2nya, cuti sabtu & ahad ni, aku nak rest, nak tido puas.. bleh tak..? hehehe... k lah... until next update.. see all later.. :)

Monday, May 9, 2011

azamar-spread the love

Alasanmu... :(


Ikhlasnya hati, sering kali disalah erti
Tulusnya budi, tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata, malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau, pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum, dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula, suatu ketenangan

Andai kita terus bersama, belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah, cara hidupmu

Ada rahmatnya, bila tidak lagi bersama
Terasa jauh, diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu, semenjak dahulu

ummi..

9.5.2011-Isnin, pagi tu, aku pi kerja cam biasa, menaiki motosikal EX5 aku tu, di tempat keje, cam biasa je... nothing yg menarik, pagi tu, aku bersarapan ngan kawan2 opis dekat ED caterer.. pagi tu, aku makan nasi lemak, aluk telur goreng dan daging.. kenyang perut eden.. pastu sambung keje jap, then izzi lak telefon ajak minum ngan zul kat oisis, belakang opis ni, so aku pun join je la, lagi pun bukan selalu pun kan, then dah minum tu, aku sambung balik keje, tengahari tu aku keluar jap ke JPW & Bank jap, sbelah petang, wat keje cam biasa, lepas balik keje, aku trus ke tempat ummi meniaga, ingat nak jumpa ummi, tapi ummi takde, dia berehat kat umah kerana tak sihat, so aku temanlah kakak meniaga sampailah apit dtg ambik dekat2 kul 7pm, then aku balik umh trus. nak melawat ummi, tapi risau lak ganggu dia, takut2 nnt dtg dia tgh tido ke apa, so aku trus balik, kat umah just buat rutin harian je.. malam tu, kaur jap pusing2 ambil angim malam.. then balik umah dekat kul 12am, now skrg dah kul 2.35am, have to sleep now.. esok nak keje lak.

k.. until next update... :)

Sunday, May 8, 2011

masih belum boleh tido lagi

time now is 01:43am 9.5.2011, aku masih belum dapat tido lagi.. malam semalam dah tak tido langsung, tido pun lepas subuh pagi tadi, bangun tak bangun, pukul 2.15pm baru sedar.. dasyat gak tido.. hehehe.. then siang tadi, aku hanya lepak kat myResort.. ONLINE sepanjang masa, tgk TV, kuor makan pun tak, makan meggi je.. huhuuhu.. petang tu basuk kete, ye la.. dah banyak sangat debu.. dari kete warna hitam dah nampak coklat.. hehehe.. then smpai ke malam aku kat myResort, kul 10.30pm tadi baru balik ke umah mak kat sg.isap, so bleh dikatakan, takde story la tuk di ceritakan... ermm... esok keje lak... k lah.. jap ag nak tido lah.. ehh.. tiba2 lak rasa cam miss someone... ehh... dah2 jgn layan... tido2...

until next update... see u later... :)

Saturday, May 7, 2011

mee mamak

7.5.2011 (sabtu) ari ni, aku bangun tido sekitar pukul 11am, malam semalam faizal tumpang tido kat umah aku, coz pagi ni, dia nak terus sambung mengecat umah dia.. lepas bangun tido tu, aku pi sarapan ngan faizal, then aku balik semula ke myResort, aku just duk kat umah, tgk tv, online FB, sampailah ke maghrib, then aku terasa cam nak makan mee goreng mamak, so lepas maghrib, aku memecut naik motor ke bandar, makan mee goreng mamak kat bawah pokok cherry tu.. hehehe.. then lepas tu, aku singgah sekejap kat pasar malam kat town, jalan2, kat situ, terserempaklah zizul ngan bini dia, pastu terserempak lak ngan sue(JPW) ngan laki dia.. huhuhu.. then masa tu gak izzi col, cakap along ajak po karok kul 10pm, so aku pun bergegas-gegas balik ke umah mak, coz nak ambil kereta, kul 10pm, aku, izzi, along dan faizal pun gerak ke kompleks teruntum, karok kat situ dari pukul 10.30pm sampai dekat2 pukul 1am. then kita org pi minum kat warung sekejap, than pi pusing2 kat TC jap.. lepas hantar kawan2 balik umah, aku pun balik ke myResort.. aku sorang2 je.. mata tak ngantuk, so layan FB ke lah.. sambil2 tulis blog ni.. utk hari ni (8.5.2011), mungkin jap2 lagi lepas subuh aku akan tido, dan maybe akan terjaga sekitar pukul 1pm kot.. huhuuh.. k until jumpa lagi on the next update.. hehehe... c u

kosong


feel empty.. why....?

mahu - (~its my own life~)


benarkan ku berbicara
dari hati yang yang kurangnya
senyum tawa yang menemaniku
di himpit realiti hidup yang membisu
biarkan hati sendiri
biarkan hati sepi
yang ku mahu hanyalah sayangmu
biar berjuta bintang mengerti
merintih mahukan dirimu
yangku mahu hanyalah sayangmu
rela berjuang demi kasihmu
ku harap engkau kan fahami

karya BoboY Azama
blog : ~its my own life~

Friday, May 6, 2011

DT Melaka


6.5.2011 (Jumaat) pagi ni aku pergi kerja macam biasa, menaiki motor memecut ke tempat kerja.. hehehe... alhamdulillah kat tempat keje, semuanya tenang2 je.. pagi ni, aku keluar sekejap ke celcom utk membayar bill internet yang telah di potong, then lepas tu, aku ke terminal, membelik tiket konsert DT Melaka, aku, izzi dan along dah comfirm akan ke Konsert DT Melaka tu, then tengahari tu, cam biasa, solat jumaat kat masjid besar kuantan, then petang sambung main fb, lepas habis keje, aku balik ke umah mak di sg.isap, malam tu aku ke umah faizal, then lepas tu aku balik ke myResort, malam ni faizal tumpang tido kat sini, coz esok pagi dia nak sambung mengecat umah dia lagi.. hehehe.. skrg ni pukul 3.40am aku masih duk online lagi, faizal dah hanyut di buai mimpi, hehehe... mata aku ni dah makin layu, nampak gayanya, jap lagi aku pun nak bermimpi gak.. hehehe.. k.. jom kita tido.. hehehe..

until next update.. :)

buatmu ibu

ibu...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga...
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku..
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama
sering mengganggu lenaku yang selalu melupakanmu


ibu...
segala nasihat yang kau hamparkan pada ku
kan ku semat kukuh di dasar ingatanku ini..
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku..


ohh ibu kesayangan ku...
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku...
Dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku..

Thursday, May 5, 2011

my wallet


today 4.5.2011 (Rabu), today keje cam biasa je.. asyik main FB je sepanjang hari.. dari masuk keje sampai;ah balik keje.. haishh.. balik keje tu, aku terlalu penat sangat kot, sampai2 umah, online kejap, pastu terus tertido, sedar tak sedar, pukul 9.30pm, bangun2 tu, trus tanya mak, kenapa tak kejut, mak tan ngaji ke ari ni, rupa2nya mak dah kejutkan maghrib tadi.. aku je yg tak terjaga.. mujurlah malam tu, mak tak pergi mengaji. then tengok2 kat fon, ada msg dari adib, minta tolong, dia nak cari barang, so aku pun trus call adib, thrn setuju nak kuar dalam kul 10pm ++.. malam tu, aku ngan adib cari boxer tuk adib kat arked depan terminal, kat situ gaklah aku beli beg duit baru,.. huhuhu.. lepas shoping, aku ngan adib pi makan kat tanjung lumpur, malam ni aku makan mee hoon kong fu, manakala adib lak makan nasi gorang daging merah, lepas makan, aku hantar adib balik umah dia, then aku pun balik umah tido

5.5.2011 (Khamis) keje cam biasa, semalam aku dah berjanji ngan adib, nak belikan dia kasut yg dia minat masa kita org jalan2 kat arked terminal tu, so lepas keje.. aku balik umah bersiap2, then dekat2 kul 7pm, aku ambil adib, kita org ke megamall dulu, sebab adib nak gunting rambut dulu, lepas tu pusing2 skit dlm megamall tu, then kita org ke kedai2 dekat ECM, coz adib nak cari seluar, lepas dapat sehelai seluar, aku ngan adib ke arked terminal, sebab nak belikan kasut yg adib minat..lepas habis urusan membeli baranng, aku ngan adib pi makan lak dekat MoonRod, makannan kat situ taklah sesedap jenamanya.. huhhu.. then lepas makan, hantar adib balik umah dia, then aku shoot lak ke umah baru faizal, saje je menyibuk.. huhuhhu.. around kul 1.30am bary balik umah selepas minum2, balik umah, ngantuk sgt,, tido.. huhuhu

Monday, May 2, 2011

Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu ..
Bila dahaga , yang susukan aku ... ibu
Bila lapar , yang suapkan aku ... ibu
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku .. ibu
Kata ibu , perkataan pertama yang aku sebut .. Mak!

Bila bangun tidur , aku cari .. ibu
Bila nangis , orang pertama yang datang ... ibu
Bila nak bermanja .. aku dekati ibu
Bila nak bergesel .. aku duduk sebelah ibu
Bila sedeh , yang boley memujuk aku, hanya ibu
Bila nakal , yang memarahi aku ... ibu
Bila merajuk ... yang memujuk aku, cuma ... ibu
Bila melakukan kesalahan ... yang paling cepat marah .. ibu
Bila takut .. yang tenangkan aku ... ibu
Bila nak peluk .. yang aku suka peluk .. ibu

Aku selalu teringatkan ... ibu

Bila sedih , aku mesti telefon ... ibu
Bila seronok .. orang pertama aku nak beritahu ... ibu
Buka bengang ... aku suka luah pada .. ibu
Bila takut , aku selalu panggil .. 'ibuuuuuuuuuuuu!'
Bila sakit , orang paling risau adalah ... ibu
Bila nak exam , orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk , yang datang pujuk aku juga ... ibu
Bila buat hal , yang marah aku dulu .. ibu
Bila ada masalah , yang paling risau ... ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini ... ibu
Yang masih masak makanan kegemaranku ... ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku , ibu
Yang selalu berleter kat aku ... ibu
Yang selalu puji aku ... ibu
Yang selalu nasihat aku .. ibu

Bila rancang nak kahwin ..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk .. ibu

Kini aku dah ade pasangan hidup sendiri

Bila seronok .. aku cari pasangku
Bila sedeh .. aku cari ibu
Bila berjaya .. aku ceritakan pada pasangku
Bila gagal .. aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia , aku peluk erat pasangku
Bila berduka , aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... aku bawa pasangku
Bila sibuk .. aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine .. aku hadiahkan bunga pada pasangku
Bila sambut hari ibuu ....

Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu .. aku ingat pasanganku
Selalu ... ibu ingat pada aku

Bila...bilaa .. aku akn hubungi pasanganku
Entah bila .. aku nak telefon ibu
Selalu .. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila .. aku nak belikan hadiah untuk ibuku

Pesan Ibu Dulu :

'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja .. bolehkah kau kirim kan wang untuk ibu ? Ibu bukan nak banyak .. lima puluh ringgit pun cukuplah. ' Berderai air mata aku . Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu . Aku boleh kirimkan . Tapi ibu sudah tiada . Aku tidak berkesempatan lagii .. bukan lima puluh ringgit ... lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan ! Hanya yang termampu ... Al-Fatihah , Al-fatihah , Al-Fatihah buat ibu tercinta .....

Takziah buat ibumu...


Di Copy & paste dari blog
"WELCOME TO MY BLOGGER" Muzhafar

katamu.. :(

begitu indahnya untuk dikenang
saat kamu mengejar cintaku
begitu manisnya tangismu
untuk memohon hadirku kedalam hidupmu

katamu
kau tak akan tinggalkan aku
sakiti aku
lukai aku
tapi ternyata
kau tinggalkan aku
sendiri...

katamu
kau tak akan pernah duakan
hatimu...
cintamu...

kemana perginya kamu yang dulu
yang maunya selalu dekat dengan aku
kemana perginya cintamu yang dulu
yang pernah kau tikam ke dalam jantungku
owhh...

hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun

saat menjelang
hari-hari bahagiamu
aku memilih untuk diam dalam sepiku
saat mereka tertawa
di atas pedihku
engkau cintaku yang telah pergi
aku tak peduli,
sungguh tak peduli
inilah jalan hidupku

kini...
akan ku genggam hatiku
simpan di dalam lubuk yang terdalam
tak tersisa untuk diriku
habis semua rasa di dada
selamat tinggal
kisah tak berpenghujung
kini
ku kan berhenti berharap
biarlah perpisahan kali ini untukku
akan menjadi kisah sedih yang tak ada perhentiannya..
ku pasrah..
ku berserah...

jom heboh, satar MOK NA, terminal


1 Mei 2011, Selamat Menyambut Hari Pekerja, kelmarin 30 April 2011, kul 4pm aku balik dari Bentong, sampai ke kuantan dalam pukul 6 petang, malam tu just berada kat umah mak kat sg.isap, then kuar minum kejap dekat MAJID, then balik umah tido, esoknya 1 Mei 2010, bangun kul 12pm, bersiap2 nak pi kenduri aqiqah cucu kak ros kat sg.isap, aku gi dalam kul 12.30pm ngan izzi dan family dia.. petang tu lak, aku kuar ke bandar, gi ke Jom Heboh bersama along.. cuaca boleh tahanlah panasnya.. huhuhu.. dah ronda2 semua kawasan, termasuk melawat both KPWKM.. huhuhu.. apa aku beli kat Jom Heboh..? nak tau tak apa..? Spek mata hitam je.. hehehe..

then aku ngan along pi menjamu satar & keropok sagu kat MOK NA, then lepas tu kita org pi malawat umah faizal jap, malam tu lepak pulak kat SOH ngan along, zizul & izzi, faizal, shahril datang kemudian, pastu faris ngan adik dia pun datang gak... lepak kat SOH sehingga dekat pukul 2 pagi, then pagi tu, aku trus balik ke myResort di Inderasempurna, tido kat sana sorg2... 2 Mei 2011, aku hanya berada di myResort, kuar tak kuar pun cari makanan coz lapor, then lepak kat myResort sampai malam, then balik umah mak kejap kat sg.isap, pastu trus ke Dewan Kemunting tgk kawan2 main badminton, lepas tu, pi minum air lak ngan kawan2 kat arked kemunting,

then 1.30am 3 Mei 2011 aku ke terminal lak, ambik adib yg baru sampai dari JB, hantar balik ke umah dia.. skrg dah berada di rumah.. dah kul 2.51am dah.. jap lagi nak tido lah.. coz esok kena keje la..
k.. until next update..

Friday, April 29, 2011

aktif karak + nasi kerabu

29.4.2011 - Jumaat, pagi itu,aku bersama-sama abg sam & wan azmin bertolak ke Karak, atas urusan kerja, kita org bertolak dari kuantan sekitar pukul 8.45am, sampai ke karak dalam pukul 10.30am, actually aku bertugas untuk membuat pameran dekat pasaraya aktif, sempena karnival aktif A&W, seharian di pasaraya aktif, then dalam pukul 6pm,berkemas-kemas, malam tu, kita orang tido dekat Hotel kristal bentong, malam tu aku tak ikut da org kuar makan, coz aku kuar jumpa kawan kat bentong ni,nama dia arep, kita org pi makan2 jap, then balik tido ke bilik hotel..

ari ni 30.4.2011, still kat hotel kristal lagi skrg ni, @ 9.09am, tadi baru lepas sarapan nasi kerabu kat warung berhamouran hotel ni, bleh tahan sedap gak lah nasi kerabu dia tu.. huhuuhu..konyang perut den.. huhuhu.. jap lagi kita org nak bergerak ke pasaraya aktif karak semula,ari ni last buat pameran kat sana,then maybe dalam kul 6pm nnt balik ke kuantan semula...

k.. until next update. :)

Wednesday, April 27, 2011

aiman sakit

Semalam 27.4.2011 (Rabu), aku seperti biasa pergi kerja, kat opis, bos aku takde, so faham2 lah... lalala~~ je lah.. keje sikit, main2 banyak.. huhuhu.. urusan keje takde la banyak sgt.. buat skit2 dah le.. hehehe.. so seharian tu duk kat opis, tak kuar kemana-mana pun, ptg tu dapat call dari ummi, dia mintak tolong buat surat, kerana nak bawak ayip keluar asrama pada 1 & 2 Mei 2011 ni utk berubat penyakit resdungnya.. so aku siapkanlah surat tu, petang tu balik keje, aku terus memecut ke tempat ummi meniaga, kat sana jumpalah ummi dan kakak, berborak2 ngan ummi sebentar, kesian aiman, ummi cakap dia sakit selepas buat pemeriksaan DNA, aku doakan agar aiman akan cepat sembuh dan hidup seperti kawan2 dia yang lain, aku turut bersimpati pada keluarga ummi, Ya Allah, kau bantulah keluarga ummi, jauhkan mereka dari segala penyakit, kesusahan dan penderitaan, agar mereka hidup berbahagia selamanya.. amin.. :(

lepas tu, aku balik ke rumah, kat umah just buat urusan utk hantar dan ambil mak dari tempat mengaji, then malam tu, adib ajak kuar teman dia makan & dia nak story2 skit.. so lepas aku ambil mak mengaji, aku terus pi ambil adib lak kuar makan, kita orang makan kat marina seafood tg.lumpur, menu makan malam tu, nasi putih, tomyam seafood, daging masak merah, sotong celup tepung, sayur kailan ikan masin & telur dadar.. konyang perut suka hati.. huhuuhu.. lepas makan2 dan story2 ngan adib dalam kul 11.30pm aku balik ke rumah.. kat rumah just lepak2 tgk tv & online je.. tido dalam kul 2 am.

pagi ni aku pergi kerja seperti biasa, menaiki motor ex5 aku tu lah.. sampai di pejabat, bos aku takde, penolong pun takde, kak zurin pulak EL, so unit aku tinggal aku, min dan wan je, nampak gayanya lalala~~ lagi lah.. hehehe.. tapi jap lagi aku nak buat persiapan barang2 utk bawa ke pameran karak esok,...

k lah.. until the next up-date..

Tuesday, April 26, 2011

ic lesen


Semalam.. 26.4.2011, aku terpaksa ambil EL (Emergency Leave) coz aku nak kena menguruskan tentang report kehilangan beg duit dan nak kena buat kad pengenalan baru, lesen baru, kak atm baru, actualy pagi tu, aku terpaksa datang ke pejabat jugak, kerana bulan april ni aku yang pegang kunci pejabat, so terpaksa la datang pejabat tuk buka pintu dan serahkan kunci pejabat, then lepas selesaikan beberapa urusan kat pejabat, aku pun ke balai polis tuk buat report, then lepas tu, aku ke bank utk block kad atm, setelah selesai urusan kat bank, aku ke pejabat pendaftaran kat Indera Mahkota, alhamdulillah sekejap je urusan di buat, kerana tak ramai orang masa tu, walaubagaimana pun aku terpaksa membayar RM110 sebagai denda, huhuhu.. nak buat camner ek.. terpaksalah.. then lepas tu, aku ke JPJ untuk urusan lesen, actualy JPJ dah berpindah ke IM, dekat je la ngan pej. pendaftaran tu, tapi aku tak ingat, aku pun pecutlah motor ke Alor Akar, pej. JPJ lama, sampai2 kat situ, nampaklah banner memaklumkan dah berpindah ke IM, so terpaksalah aku berpatah balik ke IM.. huhuhu..

then aku pun buatlah urusan untuk mendapatkan lesen baru, denda lesen hilang RM20.00, ambil gambar RM12.00, so kat JPJ aku kena RM32.00. So skrg dah RM140.00 dah di belanjakan untuk urusan IC dan lesen, skrg aku menuju ke bandar lak, untuk urusan membuat kad ATM yang baru, dekat sejam jugaklah urusan utk dapatkan kad atm yg baru tu, kat sini kena denda lagi RM12.00, tapi trus di potong dari akaun, lepas urusan mendapatkan kad atm selesai, aku ingat nak realese tension jap, nak pi tgk wayang, then aku pun trus ke ECM, tgk2 citer yang di tayangkan dan waktu tanyangan, takde yang bersesuaian dengan citarasa aku, so aku cancel la nak tgk wayang, then aku turun ke bawah mengisi perut ngan donnut Big Apple 3 biji.. hehehe.. rabak duit aku.. huhuhu.. tapi tak pe, bukan selalu pun kan..

then dalam kul 2.30pm, aku menuju balik ke rumah.. kat rumah aku rehatkan diri, ptg tu aku tertido.. malam lak tak kemana pun, hanya urusan menghantar dan mengambil mak dari tempat mengaji & ke tunas manje tuk belikan makanan kucing.. yg lain takde apa dah.. duk umah je layan FB dan layan tv..? then tido kul 2am... huhuhu.. :)

Monday, April 25, 2011

werrrr...


tengah bosan, mata takleh nak lelap, inilah jadinya,.... :p

beg duit hilang... :(


aduh.. camner ni, beg duit dah ilang, susah la camni... actually semalam aku kuar minum2 kat SOH ngan kawan, balik dari situ, lebih kurang kul 1 am, pastu pagi2 ni nak gi keje, cari2 beg duit tak jumpa.. puas gak cari.. disebabkan taknak lewat sampai ke pejabat, aku pun merempit je naik motor dengan takde lesen apa pun.. sampai2 ke pejabat, buat keje lah.. dalam fikiran aku, satu je, tercicir kat tempat minum semalam, kat SOH dan aku berharap agar ptg nnt leh pi tanya, kot2 dia org jumpa dan simpan..

then habis keje kul 5.00pm, trus pecut ke kedai SOH, sampai2 trus tanya tokey kak ti, samada ada ternampak tak beg duit aku yg tercicir.. malangnya, dia kata takde lak nampak.. aduhh.... apa la bala yang menimpa aku ni, then trus aku balik ke umah, sebab mak dan kak ina dah suruh bawak dia org ke kedai kain, nak mencari kain langsir,

sekali lagi aku ke bandar tanpa ic dan lesen, then lepas dapat kain, trus balik hantar nak dan hantar kak ina ke umah dia di IS, sebelum htr kak ina, aku singgah jap kat umah faizal, saja je nak tunjuk kak kak ina.. huhuhu.. then lepas htr kak ina balik umah dia, aku trus balik umah, kat umah mak ni, truskan usaha mencari walletku yang hilang tu, tapi malangnya masih tak jumpa2 gak.. kemanalah dia menghilang ye, kalo esok pagi bangun masih takde, terpaksalah aku buat report polis utk ic, lesen, kad atm.. aduh,.. leceh la camni... hope esok aku bangun, beg duit tu ada, x kisah lah kat mana, janji jumpa beg duit tu bersama ic, lesen dan kad atm, kalo duit ilang pun tak kisah lah..

eeii.. tension2...

k until next update

Sunday, April 24, 2011

nak citer apa ek..?


sekarang 25.4.2011, pukul 01:47am, lokasi atas katil, dalam bilik, rumah sungai isap

actually aku tak tahu nak citer apa ni, coz takde apa2 yang menarik berlaku pada aku sepanjang hari semalam (ahad - 24.4.2011).. sejak petang sabtu ari tu aku berada di myResort, sepanjang sabtu tu lepak kat myResort, cuma kuar petang jap pi melawat umah baru faizal, then malam tu kuar minum ngan faizal, shahril & edy (tukang buat umah) kat kedai depan, then lepas tu aku balik duk kat myResort sorang2.. ermm... malam tu aku tak jadi burung hantu, huhuhu.. ngatuk lak rasanya.. so tido je la..

then aku terjaga dalam kul 5am, after solat subuh, mata taknak tido dah.. so aku pun layan la fb kejap.. huhuhu, komen2 jap.. then around kul 8am, mata ngantuk pulak, so aku layan la tido, sedar tak sedar, dah kat kul 2pm.. trus bangun mandi2, pi kuar cari makanan skit, lapor lak.. huhuhu.. then balik semula lepak kat myResort sampai ke malam, then dalam kul 10pm baru aku balik ke umah mak kat sg.isap, smpai umah,trus kuar melepak lak ngan izzi, faizal dan shahril kat SOH, balik tak balik, kul 1am..

skrg aku duk menaip ni, jap ag nak tido lah.. esok nak kena bangun awal lak. nak pi keje, esok sampai ari rabu minggu depan aku kena gi keje sendiri, coz kak ros takde, dia bercuti, so aku dah pesan kat min, agar takyah susah2 nak ambil aku sorang je, coz aku leh gi keje sendiri, selama ni pun aku menumpang sebab nak temankan kak ros, sebab maybe dia segan gak naik berdua je ngan min, so aku temankan je lah... so esok aku merempit la naik moto EX5 flet CBA 6397 ke tempat keje.. heheh..

k lah.. until the next update

Saturday, April 23, 2011

perutusan dari myresort


18:21pm, 23.4.2011 aku berada di myResort, rehat2kan diri kat sini, actually semalam aku tertido dari petang smpai ke pukul 1 pagi, then pastu aku takleh tido sampai ke pagi, mujur la dalam kul 8am tu, rasa ngantuk, dapat la aku melelapkan mata dalam 4 jam lagi, around kul 12.30pm aku bangun, mandi2, makan & lepas zohor, aku bergerak ke myResort, skrg ni aku berada di myResort.. huhuhu..

kat sini takde buat apa pun, just tgk tv & online je la.. huhuhu... maybe jap lagi aku nak pi berjalan2 ke umah baru faizal, nak tengok perkembangan terbaru umah dia. huhuhuhu

k until the next update

Friday, April 22, 2011

jalan kaki / tido


semalam 23.4.2011 jumaat, spt biasa la, gi keje.. hehehe.. pagi tu ada perjumpaan pagi, takde apa2 sgt la yg diperkatakan, coz pengarah takde... then pastu aku wat keje cam biasa la, banyak main Fb je adalah.. huhuhu.. then tghari tu, aku pi solat jumaat kat bukit sekilau, nak tau tak..? aku berjalan kaki je ke masjid bukit sekilau tu, lebih kurang 3km gak lah jaraknya.. huhu.. sebabnya aku kan menumpang kereta org, so tuan kete lak malas pi solat jumaat, so takkan la aku nak bawak kete org lak, nanti lau apa2 jadi, susah pulak, so lebih baik aku jalan kaki je.. lagi pun bleh gak ecxersise skit.. huhuhu.. kurus dah skit ni.. hehehe..

sebelah petang, ada mesyuarat koperasi, aku tak join, coz aku tak masuk jadi ahli, so aku duk layan FB je la, sambil2 jaga telepon, kalo2 ada org call.. huhuhu.. then balik keje cam biasa la.. ptg ni aku balik naik kete anak kak ros, kete amirul.. thanks amirul.. hehehe...

nak tau tak, sampai2 umah, aku online trus, tak smpai setengah jam.. aku hanyut dibuai mimpi.. hehehe.. sedar tak sedar kul 1.09am dah.. lama gak la aku tido, sampikan solat asar & maghrib aku tertinggal...

then aku pun bangun trus mandi jap, then solat ishak & qada maghrib & asar.. huhuhu.. pastu perut lak rasa lapor.. hehehe.. tengok2 dalam saji, ada ag lauk2 yg mak masak, so pekena nasi sepinggan.. kenyang.. thanks mak.. :)

nak tido mata dah tak mengantuk, so aku layan la tv sambil2 online. sampai lah ke subuh.. skrg dah pukul 6.45am, jap lagi, maybe aku nak melelapkan mata jap.. hehehe.. bangun tak bangun nnt tengahari la jawabnya..

k until the next update, take care

Thursday, April 21, 2011

O's Corner


Semalam 21.4.2011, seperti biasa, hari keje.. apa lagi, gi keje lah spt biasa, actually ari ni ada program kat opis, Kursus Ilmu Keluarga, so boleh tahan gak peserta, seramai 61 org peseeta, penuh bilik mesyuarat... padat, mampat.. huhuhu...takpe2.. tapi ari tu, aku masih di tugaskan di meja PA,kerana PA masih berkursus, so kena bantu membantulah kan.. huhuhu..

then kat opis, takde apa2 yg berlaku, cam biasa la keje, tapi ari ni bz skit.. maklumlah ada program ag.. then spt biasa kul 5pm aku balik keje naik kete min, thanks min.. huhuhu..

malam tu lak.. aku kuar makan ngan adib, nak tau makan kat mana..? huhuhu.. kat O's Corner lah.. tempat tu memang cantik, tak sangka lak tempat yg terserok belakang bangunan tu cantik.. huhuhu.. 5 star, tapi sayangnya, kat situ ada jual minuman keras lak.. sleck skit la..



sebelum order makanan, aku tanya kat waittres kat situ, makanan kat sini halal tak..? dia kata halal, so aku ngan adin tak ragu2lah.. kita org order chiken chop.. tp aku punya grill chiken chop, so apa lagi, melantaklah sampai kenyang.. ermm makanan tu leh arr bagi 3 1/2 star, boleh tahan la, tapi harga mahal skit la..

then lepas makan tu, aku hantar adib balik, then pastu melepak lak kat SOH ngan zul dan izzi, kul 1.30am baru lah balik umah..

now tgh update blog & fb.. pasni nak solat ishak jap, then tido.. esok mau keje lak.. huhuhu...

k until next update.. :)

Wednesday, April 20, 2011

penatlah...


semalam... 20.1.2011, seperti biasa, aku ke tempat keje, menaiki kereta min, thanks min, kerana sudi tumpangan sy... di pejabat, keje cam biasa, dah 3 hari aku duduk di meja PA/operator, menggantikan PA yang sedang berkursus, ari ni di pejabat, keje agak berat skit, coz nak buat persediaan utk program esok, yang paling penat, kena angkat 30 biji kerusi bankuet dari tingkat bawah ke tingkat dua,.. penat giler... ketar2 lutut aku, mujurlah kak zurin dan min tolong... thanks kawan2.. :)

petang tu, balik keje, aku trus landing atas katil sambil buka lappy. online FB.. sambil layan FB sambil baring, faham2lah badan dah penat, tak sampai 1/2 jam aku dah berada di alam mimpi.. hehehe... teruk kan aku ni.. then maghrib tu, mak kejutkan, tuk solat dan hantar dia pi mengaji.. thanks mak kerana kejutkan sy... :)

selepas selesai urusan hantar dan ambil mak mengaji, aku kuar lepak kat kedai Majid dengan zul, kawan2 lain tak dapat join, lepas lepak around 1 jam setengah, kita org pun balik lah,... maklumlah mata masing2 dah merah, mulut lak asyik menguap jer...

dan sekarang aku berada di atas tilam yg empuk ni.. sambil mencoretkan sesuatu ke dalam blog aku.. ni lah dia apa yg korang baca ni.. hehehe..

k lah.. until next update..

Tuesday, April 19, 2011

kisah semalam..


kisah hari semalam..
tiada kisah.. hidup seperti biasa,
tiada yang menarik untuk di kongsi bersama...

maaf... :(

Sunday, April 17, 2011

semalam 18.4.2011


semalam.. 17.4.2011, aku berada di myResort.. dari malam sampai ke pagi.. aku tak kemana2 pun... duk dalam myResport je, membuta, online, tgk movie, makan.. tu la aktiviti aku.. kul 11.00pm tadi baru balik ke umah mak, so skrg ni ada kat umah mak la.. tido sini, ye la kan, hari keje memang tido umah mak.. skrg dah kul 1:25am.. mata tak berapa mengantuk lak.. haishh.. kena tido awal gak, kalo tak, nnt susah nak bangun pagi esok lak...

k.. till we meet again... :)

rindu di kegelapan malam


dalam kegelapan malam..,
kumendengar gemerisik air yang menenangkan jiwa
membentuk sebuah simponi alam dalam kegelapan
seperti memainkan sebuah lagu sendu
diantara kekosongan hatiku

dalam kegelapan malam ..
kurindukan mentari dengan cahayanya yang sombong
merasuk masuk kedalam jendela kaca
mengirimkan sinaran akan datangnya pagi
menghentikan aku dari mimpi indah tentangmu

dalam kegelapan malam..
kumainkan jemariku pada sebuah gitar tua
diiringi angin yang bersiul diantara hamparan rumput kering
bersama nyanyian cengkerik yang begitu sempurna
lalu dari situ kubuat sebuah bait lagu indah tentangmu

dalam kegelapan malam..
ku menatap ribuan bintang
dengan sinarnya yang begitu indah dan mendamaikan
yang menari diantara cahaya bulan separuh purnama
membuatku teringat akan senyumanmu
yang terus membayangi di alam sadarku

didalam kegelapan malam..
kutermangu dibuai mimpi
mimpi akan datangnya seorang bidadari
lalu menyapaku dengan senyumannya yang suci
dan membawaku terbang jauh ke dasar hati
membebaskan diriku dari segala rasa sepi

Saturday, April 16, 2011

karaoke bersama-sama sahabat.. :)

faizal

izzi

zizul..

ni gambar sorang2 tgh syok sendiri.. hahaha..





ni pic lain2 lagi..



semalam...

semalam.. aku berada di myResort.. actually semalam aku, faizal, izi dan zizul pi karaoke kat Xannax, abis karok dalam kul 1am... lepas tu aku terus balik ke myResort, aku tido kat myResort sorang2.. huhuhu.. so, semalam tu, aku tido dalam pukul 4 am... bangun tak bangun pukul 10am, itupun sebab kakak aku coll, kalo tak, dah tentu terlajak smpai tghari.. huhuhu.. then after wake up.. takde aktiviti yg aku leh buat.. so just online, tgk tv, dan makan apa yg ada.. aku duk dalam umah sampai ke petang.. cuma petang tu, aku kuar pi jalan2 ke umah faizal & sharil yg sedang di renovate.. owh.. bersama-sama ni aku postkan pic2 makanan yg aku makan sepanjang hari semalam..



malam tu, aku pi lagi ke umah faizal, then dalam kul 11pm kita org pi mengeteh kat kedai depan IS... then.. now.. i'm alone in myResort.. huhuhu.. but its ok.. mujurlah ada FB & kawan2 maya yg sudi menemani aku...

new update will coming.. :)

Friday, April 15, 2011

munkinkah kau milikku.. :)


setiap tingkah laku dan perasaan ini
terpaku dan terkaku di hadapan mu
terpesona dan terpana aku di situ
di bawah sinaran lampu terserlah malu dan ayumu

Aku dilamun cinta, perasaan aku gundah gelana,
fikiran aku entah ke mana, lari jauh tinggalkan aku,
di ketika itu hanya tinggal jasad ku di hadapan mu

Aku dilamun cinta, azam dan nekad utk bersama mu
mungkinkah kau milik ku, mungkin suatu hari, ketika itu
aku, kau kan bersatu, di alam maya atau realiti
di era baru
itu harapan ku,
itu matlamat ku.

Ya Allah Ya TuhanKU
ampunkan dosa silam ku, aku cuma ingin bersamanya
bukakanlah pintu hatinya, agar menerima cintaku
dari aku yang bernama manusia

mungkinkah kau milikku?

Thursday, April 14, 2011

15.4.2011 Jumaat

Semalam, balik keje, trus mencari tilam.. ngantuk sgt.. sedar tak sedar, mak kejutkan utk solat maghrib.. lepas solat maghrib, dalam kul 8.15pm aku kuar makan ngan adib kat tanjung lumpur, malam ni aku makan nasi goreng USA, adib lak makan nasi goreng thai, makan kat kedai awana.. pastu pi teman dia jap pi cari barang2 keperluan dia, then lepas, hantar adib balik umah, lepak lak ngan izzi, faizal dan shahril kat SOH.. balik tak balik, kul 2.15 baru sampai umah... then trus arr tido..

Pagi ni lak, jumaat.. sebelum pi keje, makan mee goreng yang mak masak.. ari ni aku pi kerja naik motor, kat pejabat, ada buat jamuan skit.. terima kasih kepada staff nurse zainab yang sudi menyediakan makanan, pulut kuning, rendang ayam, kuew teaw, sambal udang (kak zurin) dan kuih muih.. kenyang la... tapi sebelum tu ada buat bacaan yassin, erm.. batuk aku ni masih tak baik2 lagi.. tadi baru jap tadi aku ke klinik al-razi, membeli ubat batuk, harap2 pasni batuk makin berkurangan.. dan sembuh sepenuhnya.. jap lagi nak pi solat jumaat lak..

ermm.. till next update... see u later