welcome

Followers

Monday, May 30, 2011

Bantu aku menulis kata cinta


Bantu aku menulis kata cinta, sunyiku pada pena.
Sebingkai meja berwarna coklat kelu dan berdebu
seakan lautan kata yang beku dalam dingin suhu.
Sepucuk kertas membentuk perahu, di layarnya terukir namamu.
Pena itu kembali menggigil, menggoreskan kegelisahan:
kata-kata cinta padamu. Hanya genangan tinta terbentuk
seperti teluk melayarkan katakataku, ke samudera peluk.

Bantu aku menulis kata cinta dengan sinar matamu
agar kutemukan nyala dalam unggun kata
atau jadilah rembulan di ranting-ranting aksara
mengganti tikaman gelap dengan romantika remang.
Biarkan kuikatkan samar-samar cahayamu
menyatukan sejuta kalimat dalam lembar-lembar puisi.
Lalu senyummu kujadikan alas
Agar makna semakin jelas
membebaskan cinta dari pernyataan
yang tak pernah kehabisan.

Atau, jadilah kamu laut yang dalam dan biru
mengganti kalimatku yang dangkal dan berbatu.
Kuseberangi selat bibirmu, mengembara
hingga palung jiwamu. Laguna yang teduh berangin
Sebuah jalan setapak membelah ombak.
Ombak di matamu.
kukenali tulisan di matamu yang teduh dan gemuruh.

Sunday, May 29, 2011

DT Melaka & pocong


jumaat, 27.5.2011, jam 2am, aku dan izzi bergerak ke KL menaiki bas. sepanjang perjalanan tu, aku tido je dalam bas, dah la duk sebelah bangla.. huhuhu... sampai ke Kl sekitar kul 5.30am, bas berhenti kat hentian putra, then lepas solat subuh, aku ngan izzi bergerak ke area umah along menaik ktm & lrt, pastu dalam kul 9am, kita org bertiga bergerak ke melaka, sampai kat melaka sekitar kul 10.30am. Kat melaka, kita org berjalan2 sekitar bandar merah, dekat ngan replica kapal portugis tu, masuk melaka megamall lah, masuk kat pahlawan megamall, dan kawasan sekitarnya... sempat lah jugak aku membeli belah.. huhuhu.. pastu tengahari kita org makan kat satu kedai, tak ingat lak nama kedai tu.. huhuhu.. kat situ terserempak lak ngan amy search nak makan kat situ gak, so aku ngan izzi ambil keesempatan nak bergambar ngan amy search,.. then dalam kul 3pm, kita org bergerak ke kawasan stadium hang jebat, coz dengar citer ada karnival jualan kat situ.. sampai2, tgk.. larhh.. hampes... sikit je org yg berniaga.. so kita org stay je la kat situ, sampailah dibenarkan masuk ke dalam stadium, sebelum tu, aku ada beli sehelai baju, mahal gak lah harganya, RM90.. huhuhu.. tapi takpe, cantik.. hehehe... than sampai masanya, konsert DT bermula sekitar kul 9:15pm, tapi tak puas hatilah coz kawasan tuk tiket harga RM300 banyak kosong.. so duk jauh gak lah dari pentas.. pasal konsert ni, lagu2 yg di bawa tu best, cuma ada beberapa perkara yg cam tak kena jew... abis konsert sekitar jam 12am, kita org trus shoot balik ke kuantan.. dalam perjalanan balik tu, izzi dan along ternampak hantu pocong di area kampung Paya Pulai Temerloh, masa tu lebih kurang kul 4:15am, actually masa tu aku dh terjaga sebelum tu, tapi entah camner, masa sampai kawasan jumpa hantu tu, aku terlelap sekejap.. so aku tak nampak la hantu pocong yg dia org maksudkan tu.. sebelum smapai ke umah, kita org singgah makan kat rest Taj batu 10, then izzi nak tumpang mandi kat umah aku kat IS pagi tu, lebih kurang kul 6am smpai kat umah aku di IS, then kita org balik ke SI.

Sabtu 28.5.2011
sampai umah mak, aku online jap, then trus tertido sampai kul 2:30pm... huhuhu.. so petang tu aku just stay kat umah je, malam tu aku ajak adib kuar makan, coz kesian kat dia, takde duit nak makan.. so aku belanja la dia makan kat tg.lumpur, then lepas hantar adib balik, aku melepak lak ngan zul & along kat kedai majid smpai dekat kul 1am, then kat umah online smpai kul 4,

Ahad 29.5.2011
trus tertido smpai kul 1pm, petang aku pi ke myResort jap, coz nak basuh kereta kat sana.. then malam tu lepas isyak, balik semula ke SI, trus lepak lak kat SOH ngan izzi, along dan zizul, smpai lebih kurang kul 11pm, balik umah.. online smpai skrg, kul 1:40am, jap2 lagi nak tido dah, coz esok keje la..

nnt aku uploadkan pic masa kat melaka ye



until we meet again,... c u later.. :)

ni pic2 tu...























Wednesday, May 25, 2011

keratong 3.. kuantan takde air...


25.5.2011, rabu, pagi tu,aku dan kawan2 pejabat bergerak ke felda keratong 3, kerana kita orang ada program bersama dengan AADK.. kat sana, cam biasa lah, buat persiapan program, then slot utk program kita orang sebelah petang, pasal program tu takyah citer la.. kiranya semuanya ok jer, then kul 5.30pm bergerak balik ke kuantan, sampai kat umah dalam 7.30pm.. actually kat umah di SI dah 2 hari takde air paip.. sebab kerosakan di loji air kobat, so bleh dikatakan hampir 1 kuantan takde air.. lepas aku solat maghrib, aku bercadang nak mandi kat IS, coz kaz kat umah sana, air tangki tentu banyak lagi, coz takde org guna lagi.. then sebelum pergi tu, aku coll adib, coz siang tadi dia ada coll tanya pasal air la, sebab dia nak mandi, then aku pun pelawa la adib, kalo2 dia nak tumpang mandi, adib ni lak baik sgt orgnya.. dia ckp nak ajak kawan2 serumah dia sekali, coz kesian gak kat dia org, dah seharian tak mandi.. huhuhu.. so aku pun x kisah la.. so aku suruh je la adib bawak kawan2 dia sekali, dalam kul 9pm aku dah berada di myresort kat IS,malam tu adib bawak la kawan2 dia zaid, kuyen dan rizzan sekali, dia org bercadang nak tido kat sini terus, coz nak study.. sbb esok dia org exam, so aku pun x kisah sgt lah, coz ari esoknya kebetulan aku cuti lak.. huhuu... then malam tu lak, izzi ajak kuar minum, so aku terus ajak dia minum kat IS, izzi dtg ngan kawan dia, malam tu faizal dan mang join sama, kebetulan dia org ada kat situ, adib ngan kawan2 dia pun join makan sekali, lepas2 makan tu, adib ngan kawan2 dia nak balik umah dulu, coz nak sambung study.. then tinggal la aku ngan faizal, mang, izzi dan kawan dia.. sekitar kul 1am, baru la balik umah.. then malam tu aku just online je, komen2 kat FB, adib ngan kawan2 dia tgh study, malas la kaco dia org.. huhuuhu.. then dalam kul 3.30am, aku dah ngantuk, so tido la kejap.. budak2 ni tgh rancak study.. biarkan.. huhuhu..

pagi 26.5.2011, aku bangun sekitar kul 7.12, terlepas lak subuh... adoi.. until now 9.26am, still online... maybe jap lagi nak bawak adib ngan kawan2 dia pi sarapan dulu kowt.. k lah.. until next update.. take care.. :)

Tuesday, May 24, 2011

kerana engkau


karena engkau apiku
maka aku yang terbakar dalam cintamu.
karena engkau matahariku
maka aku yang terkurung dalam cahayamu.
karena engkau malamku
maka aku yang tak bisa kembali dari mimpi bersamamu.
karena engkau lautku
maka indahnya tenggelam dalam hidupmu.
karena engkau bidadariku
maka aku yang terpasung di hatimu.

@promise


21 - 23 Mei 2011, aku menghadiri Kursus Bina Insan@Promise yang dianjurkan oleh USM, lokasi kursus di Setiu Agro Resort, Terengganu. Bersama-sama aku menghadiri kursus ini adalah Fauzi, Jac & Norkhairiah, kita org bertolak kul 8am pada 21hb tu, sampai la kat tmpat kursus tu dlm kul 2pm, malas la nak ulas sgt ttg kursus ni, coz modul kursus ni seakan-akan modul permata kasih,yang dilaksanakan oleh pejabat tmpat aku bekerja, bagi aku, yg best dalam kursus ni adalah aktiviti Cabaran 2Malaysia dan Survival Cooking.. kul 3am dah nak kena bangun utk memasak pada cabaran survival cooking tu.. huhuhu.. then 23 hb tu, dah balik ke kuantan semula, sempat gak lah singgah beli keropok lekor losong terengganu..





------------------------------------------------------------------------------


24 Mei 2011, Selasa, actually hari ni aku dapat pelepasan, patutnya takyah keje, coz dapat traveling day, tapi disebabkan persiapan utk program pada hari rabu kat felda keratong 3 masih belum siap lagi, maka aku terpaksa la dtg ke pejabat utk menyiapkan persiapan tuk program tu, tapi sekerat hari jer la, smpai kul 2pm jer.. ptg tu, aku pi tengok wayang citer the priest sorg2..., citer dia tu, nak kata best sgt tu, takde la, tapi okay larh... cuma citernya kejap je, 1 jam 25 minit je, mungkin banyak kena potong kot..then lepas abis citer tu, dalam kul 4.30pm aku balik ke myResort jap, coz nak membersih skit, lepas dia org buat kerja pasang air-cond ari tu, pasang braket tv, pasang kipas.. ari tu tak sempat nak menyapu habuk2... so lepas siap mengemas, aku baring jap atas sofa, sedar tak sedar, dah malam dah.. aku tertido atas sofa tu.. huhuhu.. then malam tu lak, kuar pi karok ngan izzi, faizal, zul & kawan zul, malam ni izzi belanja.. hehehe.. thanks izzi... balik umah dah dekat kul 2am dah.. esok pagi2 nak ke felda keratong lak... ada program.. k lah.. setakat ni je la dulu citer yang entah apa2, until next update.. :)

Friday, May 20, 2011

melukis puisi di matamu....


sepasang matamu coklat tua yang teduh. Memandangmu, seperti rendang pepohonan di tengah kolam seroja. Aku tercebur. Jatuh dan mencintaimu.

dan cinta: berpendar dalam berjuta pixel warna. Memancar di percik ciptaan airmatamu.

dan di sejuk tatapanmu, aku melukis puisi. Sebab di sana ada spektrum cinta. Membuat rindu seteduh biru lautan yang anggun menyusun ombak gemuruh. Membuat kecemasan membias ungu seperti langit malam menunggu bintang-bintang berlabuh.

membuat harapan secerah mentari di jendela subuh. Yang membuat wajah kita merah , setiap kali tak dapat menahan dahsyatnya ledakan jantung. Dan seikat pelangi mencercahkan seluruh warna dalam satu goresan senyum.

bulu matamu yang lepas, biar kujadikan kuas, hanya agar semua terlukis seindah rindu padamu. kutahu tanganku tak mampu menoreh warna selembut tatapanmu, menggoreskan kata selembut ucapan mu.

tidak juga mataku dan tidak juga mulutku.

wanginya....


20.5.2011, jumaat.. aku pergi keje cam biasa, ermm.. wanginya.. kat opis keje cam biasa la,... ari ni ada perjumpaan pagi & bacaan yassin kat pejabat, then biasa la.. ari ni ada sponser makanan daripada Puan Asmad, nasi jagung.. alhamdulillah rezeki, kenyang perut aku dan kawan2 semua... lepas makan, sambung wat keje semula... ari ni agak banyak skit keje yg nak kena sattel, maklumlah banyak program2 yg akan berlangsung tak lama lagi, tengahari tu pi solat jumaat ngan amirul & razak kat masjid bukit sekilau, then petang sambung semula keje... kul 5 balik keje.. trus aku memecut motor balik ke umah, sampai2 ke rumah, alamak.. kunci setor pejabat aku terbawa balik.. ayarkk... lepas solat isyak, aku hantar kunci kepada kak zurin, coz esok(sabtu) sampai isnin, aku kena berkursus kat Setiu Terengganu, so malam tu aku memecut naik motor hantar kunci ke umah kak zurin, thank... then balik umah, membuat persiapan baju2 utk dibawa ke kursus tu... skrg ni, baju dah kemas, harap takde apa2 yg tertinggal.. insyaAllah.. ermm nak tau tak kenapa aku ckp wangi masa mula2 tadi.. sebenarnya, sebotol minyak wangi terjatuh dan pecah.. so sebab tu la wangi.. huhhu... k lah.. tak leh nak tido lewat sgt malam ni, coz esok nak jalan jauh..
k lah... until next update.. :)

Thursday, May 19, 2011

Fardu Rindu


sukar sekali memulai lirik kata-kata puisi, sesukar menukar kata,
lalu aku mengenang apa yang belum kupertaruhkan dari kata akhir kita,
tentang bimbang & rindu yang fardu.

Seperti baru belajar lagi, berbagi dengan lirik puisi,
aku telah terbiasa mengais, di sia-sia tangis, di antara kata yang dusta,
menadah sedekah & rindu yang fardu

tired


today feeling so tired la... kepala pun cam pusing2 jew.... mood pun takde.. ermm.. maybe kena rehat lebih skit... nak update blog pun cam takde moood, lagi pun takde apa2 yg nak diceritakkan... k lah... until next update.... gunite semua,.... :)

pasang air-cond

18.5.2011 - rabu, ari ni... aku keje cam biasa.. kat opis nak kata bz sgt pun takde la.. biasa2 je,.. setelah 4 hari bercuti, hari ni keje rasa cam baru hari isnin... hehehe.. balik keje kul 5pm, thanks pada min kerana sudi tumpangkan kete dia.. sampai je umah, aku memunggah air-cond yg di sumbangkan oleh JPW dari umah mak ke myResort.. coz esok mang & kawan2 dia nak pasangkan.. then lepas kemas2 skit myResort, aku balik semula ke umah mak.. then malam lepas hantar mak pergi & balik mengaji, aku keluar ke bandar jap untuk mengambil sedikit duit dan mendepositkan cek.. lepas tu aku balik semula ke umah mak, then malam tu, dalam kul 11pm, faizal ajak kuar minum kat SOH, then aku pun temanlah dia.. lepak kat sana sehingga kul 1am lebih, plan nak sambung cat syiling tak jadi, coz dah lewat... trus tido.

Pagi ni 19.5.2011, aku pergi kerja cam biasa menaiki motosikal coz min & kak ros ke SMK Lepar ada ceramah, then dalam kul 12pm, aku kuar ke myResort kerana ada org nak pasang air-cond yg aku bawak semalam... dekat pukul 3pm baru la balik pejabat... huhuhu.. lambat.. hehehe.. skrg ada kat meja, nak keje rasa cam malas je, kat opis ni pun rasa cam serabut je dengan karenah2 org2 kat opis ni.. huhuuu..

k lah.. until next update.. :)

Wednesday, May 18, 2011

pergi saat indah.. :(


dalam keheningan dan hadir bayangan
kerana percintaan yang berangan sesalan
ku rindu wajahmu, sejak kau bertamu
hanya satu dari dulunya selalu untukmu

kembalilah tak ingin berulang kisah sedetik berpisah
aku ikut bersalah, tetap di waktu berubah
pergi saat indah
Kekasih...

masih lagi perlu, mengapa membisu
ku rayu kepadamu, luangkanku hatiku
kita harus menanti walau seribu kali
kemaafan ini
abadi ke sisi

tinggal ku sendiri, merenungi sepi
fahami hingga nanti
kau menjadi memori

ceritera kita, berakhir segala
bahagia akan tiba
suatu masa semula

Tuesday, May 17, 2011

hari cuti am wesak day


Hari tu 17.5.2011 Selasa, holiday sempena hari wesak, so selamat menyambut hari wesak pada penganut2 agama budha.. huhuhu.. sempena cuti am ni, aku takde apa2 plan, so bangun tido pun dah pukul 1.30pm.. just duk kat umah, makan, onlin & tgk TV jew... petang lepas asar, aku pi jalan2 ke umah baru faizal.. dah hampir nak siap dah umah dia, barang2 pun dah banyak yg sampai, shahril jiran dia dah pun berpindah dan tido kat umah baru tu... aku berada di rumah baru faizal sampai sekita kul 7.15pm, then aku balik ke umah SI, coz lepas maghrib nnt nak hantar mak pergi mengaji lak... so malam tu, aku hanya duk kat umah je.. then dalam kul 11, aku mengecat syiling umah sbagaimana yang mak minta tolong, hanya sebahagian je yg siap,.. so kena stop dulu.. penat la... esok sambung semula cat.. skit2 lama2 siaplah.. so kesinpulannya, nothing much happen to me today..
k lah.. until next up date.. :) see ya...

Monday, May 16, 2011

ketika lena tidurmu...


ketika kamu tertidur, aku di sisimu menjaga
merangkai permata kehidupan kita
hingga malam larut gulita
ku sulam metafora dalam lajutan kata.
Mimpi indah tercipta.

kutatap wajahmu,
kamu manis pulas terlena
di ujung bibirmu senyum masih tersisa
seperti terselip sekuntum bunga.

kucium bunga itu dengan kecupan mesra
di lembaran sajak kujadikan tandabaca.

sebab itulah sajakku bermekaran warna
sebuah perjalanan di taman-taman surga
keindahan tak ada habisnya, tak ada matinya
terangkai makna ungkapan karya pujangga
di penghujung malam kupanjatkan sebagai doa.

ketika kamu terjaga, kubacakan sebait cinta
kusaksikan sinar matamu menjelma bintang kejora
wajahmu putih ceria, pagi mengembang cahaya
itulah bahagian terindah puisi yang kucipta
ketika kamu tersenyum bahagia.

selamat hari guru - ana ikan bakar petai


ni nak story skit, kisah 16.5.2011 - isnin, actually hari ini adalah sambutan hari guru, aku ucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik, jasamu kami kenang sampai bila2, tak terbalas budi baikmu guru.. tak lupa juga, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada arwah Cikgu Ibrahim bin Ali, yang telah banyak mengajar aku, dari aku kecil sehingga aku dewasa, dialah guruku, dia lah ayahku.. terima kasih abah.. kenangan waktu bersama2 ke sekolah dengan abah akan terus kekal bersemadi dalam hatiku.. terima kasih tak terhingga dari anakmu yang merinduimu... :(

actully hari ni patutnya keje cam biasa, tapi ari ni aku ambil off, ye la.. sebab ari selasa cuti pulak sempena hari wesak, so.. alang2 trus la cuti dari sabtu sampai selasa, ari ni aku bangun lewat, sekitar kul 1pm baru bangun.. huhuhu.. lama tul aku tido semalam.. then lepas bangun, aku tak kemana2 pun, cuma petang tu je, mak mintak tolong belikan cat utk cat syiling, so lepas asar, aku kuar la pi hardware beli cat, then pi ambil baju melayu eddy, pastu aku pi jalan2 ke cowboy, saja je window shoping.. hehehe.. ada la beberapa barang gak aku beli.. hehehe.. then kul 7pm aku balik umah.. malam tu lak, aku ajak adib kuar makan, kebetulan pulak dia nak pulangkan kamera yg dia pinjam, malam tu, aku ngan adib ajak zaid kuar makan sama2, coz kesian lak dia tinggal sorg2 kat umah..

malam tu, kita org makan kat ana ikan bakar petai kat tanjung lumpur, menu malam tu, ikan siakap masak stim, tomyam seafood, daging masak merah, sayur campur, telur dadar... kenyang sekenyangnya perut aku, sampai sekarang pun masih rasa kenyang lagi.. sebelum makan tu, kita org singgah ke big bundel kt tg.lumpur gak.. adib je yg beli seluar jeans dan beg balas, aku ngan zaid just tgk2 je... lepas makan, aku pun hantarlah budak 2 org tu balik umah.. then aku pun trus lah balik ke umah mak, ingat nak tido kat IS malam ni, sebab esoj cuti kan, tapi malas lak, lagi pun dah janji nak cat syiling, malam tu, aku just buang sarang labah2 kat syiling, esok je la baru cat, skrg dah pukul 4.32am... jap lagi lepas subuh baru tido kot..

k lah.. until next update,.. see ya... :)

Sunday, May 15, 2011

tanpa kamu... kamu... kamu...


Tanpa kamu di depanku
tatapan mataku kosong
hanya memandang angin lalu.

Tanpa kamu di sampingku
telapak tanganku kosong
hanya menggenggam angin lalu.

Tanpa kamu di hatiku
hidupku ini kosong
hanya menunggu angin lalu.

kamu.. kamu.. kamu..

2 wayang sehari


sabtu 14.5.2011, ari ni, aku bangun lewat, coz semalam tak tido smpai subuh.. so ari ni aku bangun sekitar kul 12pm, actually petang tu dah janji ngan aiman & nane nak tgk wayang, so tiket dah booking semalam, so petang tu, aku ambil aiman & nane, kita org tgk wayang citer THOR, keseluruhan bagi aku, citer ni best... enjoy.. pastu tgk wayang tu, aku belanje budak2 ni makan Mc D, pastu aku hantar dia org balik umah, sebab aku nak beli barang2 dapur yg di pesan oleh mak, malam tu lak, sekali lagi aku kuar tgk wayang bersama2 ngan faizal, along & faizal (tomok), malam tu, kita org tgk lak citer Fast & Furios 5... :) citer start pukul 10pm, keseluruhan aku leh katakan, citer ni ok gak lah.. huhhu.. tapi kurang aksi2 berlumba kete, tapi apa pun, citer best.. hehehe.. then lepas tu, pi lepak makan roti canai kat khalsa lak.. pas aku hantar dia org balik, aku pun balik trus ke myResort di IS utk tido,

esoknya Ahad 15.5.2011, aku hanya lepak kat umah je, malam tu aku, izzi & zul, kuar ke town, membeli kasut kain jeans.. so aku & izzi belilah kasut sepansang sorg.. then lepas tu, lepak minum kat SOH lak.. then balik umah, skrg aku dah ada kat umah mak kat SI, skrg dah pukul 3:17am.. tgh nak update blog, tapi mata dah ngantuk sgt2.. jap agi nak tido arr
see u next update... :)

Friday, May 13, 2011

selalu ada puisi buatmu


selalu ada puisi untukmu
antara hasrat dan kata-kata yang dibasahi gelembung cinta
yang melahirkan gerimis di bumi jiwa
semua kata yang tujuannya menggambarkan hatimu dan hatiku
selempang pelangi di cakrawala.

senyum yang menjadi rahsia bibirmu
kuperam dalam jantungku. Tumbuh satu per satu
menggetarkan sunyi, bermekaran di antara jemari
sebahagian terperangkap ke dalam sajak
sebahagian terlepas menjelma kepak-kepak ranjang.

jangan risaukan kata-kata yang tak terucapkan
biarkan menggenang dalam kolam ingatan
atau angin menyingkap rinduku
yang tersembunyi di dedaunan dan melepaskannya padamu
dalam bentuk musim gugur yang indah.