welcome

Followers

Friday, January 27, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus bukan lagi nama asing sebagai pendakwah masa kini. Sehingga ramai yang membicarakan soal ustaz yang berasal dari Terengganu ini di blog, Facebook dan di mana saja. Ada juga yang menggelarkan suasana yang berlaku ini sebagai fanomena Ustaz Azhar Idrus dan ada juga yang menyebut sebagai gelombang Ustaz Azhar Idrus. Apa pun yang digelar, saya sangat gembira dan bersyukur dengan fanomena ini.
Golongan muda mula mendekati surau dan masjid, mula mendengar kuliah dan belajar mendalami agama. Alhamdulillah…
Amat jarang kuliah2 pada masa kini yg membuka ruang kepada ahli jemaah untuk bertanyakan soalan.. sama ada kuliah umum atau kuliah khusus (syarahan kitab dsb). Hanya penceramah saja yg bercakap, jemaah pulak terangguk2 sambil memejamkan mata.. kemudian habis dengan doa dan penceramah menjadi imam solat dan ada program makan2. Masa tu baru jemaah ada peluang nak tanya dekat Ustaz, itu pun terpaksa tengok2 dulu takut2 mengganggu Ustaz nak makan, atau mungkin Ustaz nak cepat sbb ada program lain.
Sebab itu, bila Ustaz Azhar muncul di youtube (hasil usaha team rakaman kuliah beliau), maka nama Ustaz Azhar Idrus meniti dari bibir ke bibir. Bukan takde Ustaz lain yang muncul di youtube, tapi Ustaz Azhar membawa pendekatan yang berbeza. Sebelum ni, bila sebut je nama Ustaz, akan terbayang la janggut panjang, muka serius, takde sense of homour, muka nak makan orang (begitulah gambaran terhadap Ustaz2 masa kecik2 dulu). Ustaz Azhar, walaupun beliau juga mempunyai janggut yang panjang dan bukanlah di kalangan orang muda remaja, tetapi gaya penyampaian beliau mampu diterima oleh semua peringkat umur, baik orang tua mahupun orang muda.
Beliau selalu mengadakan sesi soal jawab selepas sesi syarahan kitab. Ada orang kata, Ustaz Azhar ni semua benda dia boleh jawab, takde yg tak boleh jawab, sedangkan Imam Malik rahimahullah pun ada cakap ‘tak tahu’ pada orang yg bertanyakan soalan (dengan nada perli dan jaki).. ini menunjukkan keluasan ilmu yg dimiliki oleh Ustaz Azhar. Bukan semua Ustaz mampu untuk menjawab soalan secara spontan. Bukan sebab tak pernah belajar, tapi ingatan tu tak berapa kuat.. berbanding dengan Ustaz Azhar, ingatan beliau sangat kuat sehingga mampu menjawab segala persoalan dengan spontan.
Beliau memberikan jawapan yg sesuai untuk masyarakat awam (yg kebanyakannya nak tahu pasal hukum sah tak sah, halal haram dsb.. berbanding nak mengetahuinya dengan lebih mendalam berkaitan dalil, perbahasan khilaf mazhab dsb). Masyarakat awam yang kurang asas ilmu, memerlukan jawapan yg sesuai dengan tahap pemikiran mereka.. bukannya jawapan panjang lebar, sehinggakan mereka terpaksa bertanya lagi walaupun jawapan dah diberi.
Satu lagi kelebihan Ustaz Azhar ini adalah kemampuan beliau untuk berlawak secara spontan. Beliau tak memerlukan lawak2 double-meaning, lucah, membodohkan diri dsb untuk membuat orang terhibur, sebaliknya secara spontan daripada soalan yang beliau sedang jawab. Tak semua Ustaz ada kemampuan seperti ini, even telah mencuba bersungguh2 nak buatkan jemaah ketawa, jemaah senyum pun tak. Walaupun ketawa itu bukanlah matlamat ceramah, tetapi ceramah yg mempunyai variasi dari sudut penyampaiannya memang menarik perhatian orang.
Maka, tak hairanlah walaupun malam tahun baru, ada orang2 muda yang lebih rela memakai kopiah dan menghadiri program bersama Ustaz Azhar, daripada menghadiri program sambutan anjuran pihak lain. Fenomena terbaru ini dah tentunya menyebabkan adanya mereka2 yang tak berpuas hati. Lalu dibuatkan fitnah dan adu-domba dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Azhar.
Dari satu sudut, ia merupakan suatu penghinaan terhadap ulamak.. dari sudut yang lain pula, ia memberi gambaran yang jelas bahawa untuk melakukan dakwah ini, memang akan diuji sebagaimana ujian yg diberikan kepada para pendakwah (Nabi2 dan para sahabat). Sebab tu tak ramai yang sudi berdakwah.. lebih selesa beribadah sendiri2 daripada mengajak orang lain untuk sama2 melakukan kebaikan.. sbb tak sanggup menghadapi ujian dakwah ni.
Apa pun, kita semua menyokong kebaikan yang dibawa oleh alim ulamak. Jangan menjadikan mereka musuh, sebaliknya bersahabatlah dengan mereka. Agar kita dapat mempelajari akhlak dan amalan mereka. Sekalipun kita tak jadi penumpang yang duduk dalam keretapi yang dipandu alim ulamak, sekadar menjadi debu yg melekat di pintu keretapi itu pun, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yg sama yg dituju oleh kepala keretapi yg dipandu alim ulamak.
Tetapi janganlah sampai terlalu taksub dan bertaqlid membuta tuli.. sehinggakan tidak boleh nak menerima pandangan yg berbeza daripada apa yg Ustaz Azhar sampaikan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tak rugi belajar ilmu daripada ramai Ustaz.. insyaAllah, pengetahuan kita akan semakin luas dan bertambah, dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

sumber dari blog : Ustaz Love


baru2 ni kat umah owner pada 25 Jan 2012, Ustaz Azhar Idrus ada menyampaikan Kuliah Agama di Masjid Al-Falah, Sungai Isap Kuantan yang terletak betul depan umah ibu owner... seperti jangkaan, memang hari tu bagaikan pesta, kerana terlalu ramai orang yang membanjiri masjid yg boleh memuatkan 500 org tu, di anggarkan pada hari tersebut, seramai hampir lebih dari 5000 orang telah berkumpul di sekitar masjid depan umah ibu owner... pukul 7pm masjid dan penuh ngan orang ramai, mujurlah pihak masjid telah menyediakan khemah2di bahagian luar. owner sempat duk dalam masjid,coz owner masuk awal sikit.. hehehe.... berikut owner siarkan serba sedikit gambar2 sekitar majlis berlangsung, semoga syiar islam terus berkembang.. :)










sekian... wassalam... ;)

Sunday, January 8, 2012

ASKARA SUNYI


Ingin kupaksa pena ini
Mengukir lekuk indah namamu
Namun hati merasa ragu
Akan hatimu kepadaku
Adakah sepercik kasih..
Selayak harapan dikalbuku
Adakah sebersit rasa...
Untaian kata cinta
Seperti rasaku dalam dada
Aah....
Penaku tertegun tanpa gerak
Menerawang jauh melambung angan
Hanya bisa membayangkan
Andai engkau menjadi kekasihku

1st Komen 2012

hai follower semua.. sory la.. dah hampir dekat 2 bulan dah tak update blog ni.. hurmmm... sory sgt2.. owner terleka sebentar.. dikesempatan ini owner rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar.. umur dah semakin bertambah, tapi owner masih lagi macam ni... camner ek.. maksud owner mylife is still single.. hehehe.. owner harap, tahun baru ini akan memberikan sedikit perubahan dalam diri owner kearah yang lebih baik..

hurmm org kata tahun 2012 ni akan berlaku perkara yang akan menyebabkan dunia akan kiamat, mengikut ramalan pakar2 ramalanlah.. takut lak kalo di fikir-fikirkan ye... agak2nya adakah kita sempat untuk bertemu tahun 2013..? risau gak kan... harap2 semua tu hanya ramalan je... semoga kita semua diselamatkan dari segala kesusahan dan kekacauan.. insyaAllah...

owner akan cuba try untuk update selalu blog ni.. kalo dah lama owner tak update, korang tolong ingatkan owner k.. until next update.. sayonara... :)