welcome

Followers

Wednesday, March 30, 2011

cerita hari selasa

28.3.2011 - selasa, ari ni kerja spt biasa, pagi ni aku di tugaskan utk melawat tapak dgn kak ros, pn.maz, amirul & abg sam bg program kem kepimpinan pengawas bersama SMK Chenderawasih yg akan di adakan pada minggu hadapan di kempville kempadang, tempat tu kira oklah.. selesa lah... huhuhu...

Sebelah petang, just berada di pejabat je, balik dr pejabat, ak singgah dkt tempat ummi berniaga,lg pun dah lama tak jumpa ummi, lepas tu, aku ajak aiman lepak2 minum dkt jungle foodcourt yg baru dibuka, then balik umah.

Malam tu lak, lepas selesa urusan mengambil dan menghantar mak dari kelas mengaji, aku ke bandar utk menonton wayang citer world invention : battel los angeles, citer dia ok lah, 4 bintang... huhuhu.. then balik umah get my rest... sleep... zzzZZzzzz

Monday, March 28, 2011

coretan seminggu.. huhuhu

aii.. bertemu lagi.. huhuhu.. tgk tu, ari tu berazam nak update selalu blog.. ishh..
k lah... so aku update kan terus utk seminggu ye.. hehehe..

isnin & selasa.. cam biasa je.. keje pastu balik umah, rehat2,

then ari rabu lepas aku ambil off sehari, plan nak pi tgk wayang ngan si dia.. tapi, si dia tak jadi lak.. so nak tak nak.. pi je la tgk wayang sorg2.. huhuhu.. ari rabu tu, aku layan citer Rango.. ni dia punya gambo.. huhuhu...
then ari khamis, keje cam biasa, malam tu kuar karok ngan kawan2,
zul, faizal, izzi, epy dan dijoin oleh adib, tapi adib ni pemalu sgt, so dia tak nyanyi, kita org je melalak smpai kat kul 1am.. pastu pi singgah makan jap kat Midnight Tom Yam.. huhuhu..

then ari jumaat, keje semula cam biasa, malam tu aku kuar ngan adib pi tgk wayang, citer Sucker Punch.. ermm nak kata best sgt citer ni, takde la, tapi ok lah dari citer merong mahawangsa tu.. huhuhu, ni gambo citer tu..
then ari sabtu, cuti.. bangun kat kul 11am, then pi ke Kemaman ngan mak dan kakak2, kenduri kawin anak Pak Teh Mamat, dekat kampung Paya Berenjut.. huhuhu, then petang tu trus balik ke kuantan. malam tu, aku bawak kuar anak2 buah aku ke bando, amir, shahrin & saufi, ermm.. nak tau kemana dia org ajak gi..? gi karaoke... huhuhu.. tak sangka ekk... budak2 zaman skrg,.. ishh.. then pastu tu, sebelum balik, singgah makan KFC..

Ari Ahad lak.. bangun kul 12 tghari, pastu mandi2, then ada makan2 family... so semua ada.. pastu mesyuarat pasal persediaan utk kahwin edy.., then petang tu, just lepak2 kat umah jew,..

Then ari isnin tadi, keje cam biasa, pas balik keje, pi gunting rambut skin head.. huhuhu.. malam lepak kat umah je...

k sekian... nnt kite update lagi ye.. :p


Monday, March 21, 2011

Hadiah Perkahwinan...


ni hadiah perkahwinan untuk Zizul & Ina dan juga hadiah untuk Edy & Dini... apa yg ada dalam bungkusan tu....? huhuhu.. actually hadiah ni aku beli kat IKEA, kebetulan ari tu pi IKEA ngan faizal dan Zudin... so apa lagi, terus la beli hadiah ni tuk dia org...

lau nak tau.. ni lah hadiahnya...


Sekian terima kasih.. :)

Sowy adib.. :)


Semalam kepala aku pening sangat... actually dah berjanji ngan Adib nak ambik dia kat bas stand pukul 3.30am, sebab dia balik dari JB, kete dah siap parking kat luar lagi, alarm dah set.. sedar-sedar dah pukul 6.25am.. huhh.. terus gelabah.. tgk kat fon, ada miscol dari adib.. lorr,.... cian dia, mesti dia balik umah naik teksi.. abis duit dia..

ermm... adib... maaf ye... kadang2 ada perkara yg tak dijangka... harap2 adib tak marah ye.. huhuhu.. takpe2.. nnt sy belanja tgk wayang ye.. huhuhu..


Sowy ye adib.. :)

Perkahwinan Edy & Dini...

Pada 19 Mac 2011, aku telah menghadiri majlis Menyambut Menantu sahabat ku, Fendy atau lebih mesra dipanggil Eddy, majlis telah berlangsung di Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, kemeriahan suasana majlis dapat dilihat dengan kehadiran sahabat handai, saudara mara, rakan taulan dan kenalan.. aku sampai di majlis tu pada pukul 2pm.. kebetulan rombongan dari pihak perempuan pun baru je sampai, so sempat la aku snap beberapa keping pic untuk kenang-kenangan.. so terimalah persembahan pic2 perkahwinan Fendy dan Dini...


Sekian Terima Kasih.... :)

Monday, March 14, 2011

Langkah Kaki


Langkah kaki kian terhenti
dengup jantung tiada bererti
fikiran berputar-putar mencar erti
apakah erti kehidupan abadi
datang dan pergi mencari-cari
sinar suria memanahi diri
langkah kaki kian terhenti
mencari sesuatu yang tidak diketahui
percaya segala takdir ilahi..


Perkahwinan Zizul & Ina

Hari ni, nak citer skit dan post pic perkawhwina Zizul & Ina pada 26 Mac 2011. Tahniah di ucapkan kepada Zizul & Ina, semoga berbahagia dan diberikan keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki, alhamdulillah, dengar-dengar citer, seminggu lepas berkahwin, zizul dah di tawarkan kerja ngan kerajaan Negeri Pahang, urgghh.. tu lah yg dinamakan rezeki kahwin.. apa pun, sekali lagi di ucapkan tahniah, moga mendapat anak-anak yang soleh.. di bawah ni, disertakan 2 / 3 keping pic perkahwinan zizul & ina..

Sekian terima kasih.. :)

Tuesday, March 8, 2011

blur... ehh.. ye ke blur ni..?

Ermm.. apa ekk nak taip.. actually no idea la, nak citer apa lah ek..

tak tau la.. ermm... perasaan skrg.. biasa je.. takde feeling apa2 pun... cuma badan je tired skit.. biasa la tu, banyak keje skit ari ni.. otak pun penat.. ermm... lau ikutkan hati, cam nak tido je lama2.. ermm.. meaning tu nak tidur puas2 lah.. jgn salah faham lak ek.. hahaha..

tapi ye la.. lau tido pun, nnt bangun2, badan lagi la rasa penat & malas.. huhuhu.. so plan apa ek mlm ni..? kuar minum ngan kawan2..? atau duk umah diam2.. huhuhu.. semalam dah puas dah duk umah....

esok keje, lusa keje, tulat keje.. bila nak pi holiday ni... huhuhu.. tp lau holiday, nak pi mana ek..? nak ajak sapa..? kena gak ada duit.. cukup ke duit nak pi holiday..? ishh...

bila la agaknya org nak bagi duit banyak2 kat aku.. hehehe... bagi RM10,000.000.00 kew,.. senang.. tak payah keje.. keje pi jalan2 jew.. kikiki.. :)

k lah.. waktu maghrib dah nak masuk... lain kali ada masa, kite update lagi blog yg tak berapa nak update ni.. huhuhu... k.. jumpa lg.. :)