welcome

Followers

Saturday, May 18, 2013

KESUNYIAN INI

Mungkin sekali sekala kita akan merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat kasih kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. 29.5.2013 / 4:13am

Sunday, May 5, 2013

HARI PENGUNDIAN 5 MEI 2013

Hari ini 5 Mei 2013 adalah hari Pilihanraya utk rakyat Malaysia, owner pagi2 lagi telah menyelesaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia, pergi pagi bukan apa, sebab bawak mak owner, sebab tu la pi awal2 pagi.. hehehe... 8.30am owner dah siap mengundi.. huhuhuhu... actually pada kertas pengundian parlimen, owner dah pangkah pada parti yg owner pilih, tapi kat kertas undi DUN, owner tersalah pangkah la.. owner terpangkah parti yg satu lagi tu.. ayyaa.... nak taknak pun, owner masukkan je la kertas undi owner dalam kotak kertas undi tu.. so utk parlimen, owner pangkah parti A, untuk Dun owner terpangkah parti B.. hihihihi.. x kisah la.. nak wat camner kan.. huhuhu... so selepas pengiraan undi malam tu, Barisan Nasional telah memenangi pilihanraya tersebut...tahniah buat Barisan Nasional, semoga dapat diperbaiki segala kelemahan dan menjadikan negara Malaysia yang lebih baik... insyaAllah...