welcome

Followers

Tuesday, November 4, 2014

SETAHUN LEBIH BLOG BERHABUK

dah setahun lebih blog ni tak di update.. dah berhabuk.. berkulat.. kenapa ye.. mungkin takde cerita nak dikongsi atau mungkin kerana sibuk dengan ragam2 kehidupan.. dalam tempoh setahun tu, macam2 perkara dah terjadi pada diriku, keluarga dan rakan2 macam2 cerita, ada yang suka, ada yang duka.. antara yang berlaku sepanjang setahun lebih blog ini tak di update adalah :- 1) Rumah dan kawasan sekitar bandar Kuantan dilanda banjir . 2) Mak menunaikan haji bersama Kak Ya, Abg Sabri, Makde dan Pakde Pekan . 3) Aku kehilangan seorang sahabat yang amat memahami diri ini.. beliau telah meninggal di dalam tidurnya.. mudah sungguh beliau pergi.. aku doakan agar beliau tenang dan damai di alam sana.. ~~ Al-Fatihah ~~ . 4) Aku dan sahabat2 memeriahkan suasana Prlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia, Pahang vs Johor, dan kemenangan berpihak kepada pasukan Pahang . rasanya itu je la kisah2 besar yang berlaku sepanjang lebih setahun lebih tak update blog ni.. itu je lah yang dapat dikongsikan bersama

Wednesday, October 2, 2013

DOA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN

Ya Allah, Kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada Kemudian Kau kembalikan kami kepada-Mu Kehidupan kami bejalan dan berputar sesuai dengan kehendak Ya Allah, Jadikanlah hari ini hari di mana aku harus menjadi lebih dekat dengan-Mu Berkatilah hidupku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain Lapangkanlah dadaku untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu Bukakan hatiku agar aku dapat lebih bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku Ya Allah, Jadikanlah aku hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’dalam menerimah hikmah dan berkah-Mu Terima kasih kerana telah memberikan cahaya keimanan kepadaku sehingga aku dapat lebih mengenal-Mu. Ya Allah, Aku percaya bahwa Engkau akan selalu berikan yang terbaik untuk diriku, keluargaku, orang tuaku dan semua sahabat sejatiku, yang selalu peduli dan mengambil berat kepadaku Hanya pada-Mu lah aku sentiasa mengabdi dan Hanya pada-Mu lah aku memohon pertolongan Kabulkanlah do’a hamba-Mu ini Ya Allah..Amin..amin..amin.. Yaa Robbal ‘Alamin..

Hari Ulang Tahun Kelahiran

3 Okt 2013, Khamis, 2.37am... hari ini adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran owner yang ke ..... tettt... hehehehe... alhamdulillah syukur di panjatkan kepada Yang Maha Esa kena masih memberikan peluang pada owner untuk terus bernafas di muka bumi ini.. pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang hidup owner akan owner kenang sampai akhir hayat... dengan ketibaan hari ulang tahun kelahiran owner tahun ni, owner menadah kedua belah tangan memohon keampunan di atas segala dosa-dosa yang pernah owner lakukan sepanjang hidup owner.. sesungguhnya owner insan yang lemah... pimpinkanlah hati owner ke jalan yang di redhai... hidupkan owner dalam keredhaanmu...sesungguhnya takdir telah di tentukan... semoga semuanya baik-baik belaka buat owner.. dan owner juga mendoakan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan dan kenalan, semoga Allah memberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup mereka... amiin...

Tuesday, September 17, 2013

DULU LAIN, SEKARANG LAIN... ALLAH, I NEED YOU

Seperti hari-hari yang sebelumnya owner lalui.... Hari ini owner ingin berkongsi apa yang bermain di fikiran owner kebelakangan ini...namun tidak dapat di ungkap kebenaran maksud sebenar yang tersirat di dalam benak fikiran owner.... Ntah lah.. sejak dua menjak ini, macam2 desakan yg dtg kepada owner... terutama sekali desakan dari keluarga owner, tentang perkahwinan, owner tahu, umur owner makin lama makin meningkat, desakan demi desakan dtg kepada owner, yer owner tahu, kahwin itu adalah sunnah nabi, tapi owner rasa buat masa ini, Yang Maha Esa masih belum membuka mata hati utk memilih teman hidup owner.. Yer.. Owner akui bahawa terdapat beberapa org wanita yg cuba untuk membuka hati owner, tapi owner rasa smpai sekarang, tak seorang pun yg berjaya membuka hati owner ni, owner pun tak tahu kenapa susah sgt hati ini utk dibuka... maybe owner rasa, owner tak sanggup berkongsi kasih sayang antara mak owner dengan seseorang.. Ye.. owner hanya ada seorang emak saja.. dialah mak owner dunia dan akhirat.. walaupun mak owner sibuk suruh owner kahwin, tapi owner tak sanggup untuk melepaskan masa dan saat2 indah bersama mak owner, owner tak sanggup berkongsi kasih sayang owner pada mak owner dengan org lain. Pelikkah..??? Mungkin itu adalah salah satu sebab kenapa sampai sekarang owner masih membujang... mungkin ada sebab2 lain yg belum owner rungkaikan.. Dulu setiap kali org bertanya pasal kahwin, owner bleh buat tak tahu jew.. tapi sekarang owner tidak sekuat yang dulu.... kalau dulu, walau pun pelbagai desakan & perlian yang datang owner mampu menghadapinya... Tapi sekarang owner mudah tersentuh dan mudah naik marah dengan soalan2 begitu... "SHAHRIMAN IBRAHIM" dahulunya mampu tersenyum walaupun pelbagai dugaan datang menghimpitnya... Tapi sekarang sikapnya telah berubah menjadi seorang yang "sensitif dan mudah terasa". Walhal selama ini sekuat mana pun MASALAH yang timbul pasti ditempuhi dengan penuh Kesabaran.. TAPI!!! kenapa sekarang tidak???? Ya Allah... Kuatkan semangat owner untuk menempuhi cabaran dan dugaanmu di muka Bumimu ini Ya Allah..... Kini owner tidak sekuat yang dulu..... Jadikan owner seperyi Dulu.....tidak seperti ini..... coretan pada 03:24am / 18.9.2013

Friday, September 13, 2013

MUHASABAH CINTA

wah2.. dah berapa lama x update blog.. nampak tak betapa sibuknya owner.. sampai terlupa nak update blog.. so di sempatan yg ada ini, owner update la skit2 je erk.. lagi pun x tahu nak story apa.. owner just nak share pasal hari raya puasa baru2 ni, owner rasa hari raya puasa tahun ni la yg paling menyedihkan, bukan apa.. cuma kemeriahannya x seperti tahun2 sudah.. owner merasakan ianya semakin suram jew.. maybe sebab kawan2 semua sibuk dan tak dapat menziarahi, dan tahun ini juga, kawan2 rapat owner xde yg buat open house, maybe masing2 kesuntukan wang ringgit kan.. xpe la.. nak buat camner kan... satu lagi owner nak share, pasal pengurangan subsidi minyak sebanyak 20sen, sebenarnya owner tidak sekali2 setuju dengan pengurangan subsidi minyak tu yg menyebabkan harga minyak dari RM1.90 menjadi RM2.10, coz dengan kenaikan harga minyak tu adalah peluang untuk peniaga2 menaikan harga barang2.. sepatutnya kerajaan boleh fikir la ttg perkara ni.. tapi x tau la.. di mana silapnya.. patutnya sekiranya kerajaan nak menambah kewangan negara, banyak lagi perkara lain yg boleh dibuat.. tapi nampaknya, langkah yg di catur tu silap... tapi nk buat camner.. terpaksa la berhadapan dengan kenaikan benda2 yg lain.. ni buat gua marah ni.. hehehhee.. ok2.. lagi satu, owner dah tukar lagu kat blog owner... tajuk lagunya 'Muhasabah Cinta", kat bawah ni liriknya.. layan la yew..
ok.. sekian dari owner.. minta diri dulu ye... 14 Sept 2013 / 02.24am

Saturday, May 18, 2013

KESUNYIAN INI

Mungkin sekali sekala kita akan merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat kasih kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. 29.5.2013 / 4:13am

Sunday, May 5, 2013

HARI PENGUNDIAN 5 MEI 2013

Hari ini 5 Mei 2013 adalah hari Pilihanraya utk rakyat Malaysia, owner pagi2 lagi telah menyelesaikan tanggunjawab sebagai rakyat Malaysia, pergi pagi bukan apa, sebab bawak mak owner, sebab tu la pi awal2 pagi.. hehehe... 8.30am owner dah siap mengundi.. huhuhuhu... actually pada kertas pengundian parlimen, owner dah pangkah pada parti yg owner pilih, tapi kat kertas undi DUN, owner tersalah pangkah la.. owner terpangkah parti yg satu lagi tu.. ayyaa.... nak taknak pun, owner masukkan je la kertas undi owner dalam kotak kertas undi tu.. so utk parlimen, owner pangkah parti A, untuk Dun owner terpangkah parti B.. hihihihi.. x kisah la.. nak wat camner kan.. huhuhu... so selepas pengiraan undi malam tu, Barisan Nasional telah memenangi pilihanraya tersebut...tahniah buat Barisan Nasional, semoga dapat diperbaiki segala kelemahan dan menjadikan negara Malaysia yang lebih baik... insyaAllah...

Wednesday, February 27, 2013

BR1M

Terima kasih kepada kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan bantuan BR1M kepada rakyat2 Malaysia yg memerlukan.. walau sesetengah org kata sedikit je bantuan ini, takpe la, sekurang2nya ada juga bantuan dari kerajaan, tapi owner terkilan juga la kat sesetangan pihak yg mengatakan penerima BR1M bodoh dan ada juga yg menyamakan sebagai haiwan... pada pandangan owner, janganlah terlalu mempolitikan semua benda.. yg baik tu, kita sokong je la.. jgn terlalu ego.. apa2, owner berterima kasih sekali lagi kepada kerajaan Malaysia.. thanks. :)

Tuesday, February 26, 2013

PUISI YANG BELUM TERBACA

Assalamualaikum & sejatera buat semua.. dah lama betul owner tak updatekan blog ni.. hampir2 4 bulan juga la owner tak update blog ni... maybe owner sibuk dekat laman Facebook kowt... kalau nak tau, inilah post owner yg pertama pada tahun 2013, tiba2 malam ni terasa nak bukak dan update blog bila terbaca blog kawan tadi... apa2 pun, owner takde story yg best nak ceritakan... jadi owner konsikan PUISI YANG BELUM TERBACA buat semua.. layan.... PUISI YANG BELUM TERBACA Setelah bertahun lamanya Aku terlihatmu lagi dalam fikiranku Bermimpi dalam kesadaran akalku Mengingat akan waktu – waktu ku memujamu Dan sepucuk surat cinta yang kusembunyikan Jauh di sudut hatiku.. Teringat kenangan di waktu muda dulu Dinginmu menghangatkan hatiku Aku rindu ingin bertemu denganmu Melihatmu bahagia kini Agar ku berhenti mencari-cari Berkubur sebuah cinta yang belum terbaca

Tuesday, October 9, 2012

ASKARA RINDU

rindu itu penuh kepada setiap aksara sering tertinggal dalam gumpalan rasa berikan ia sayap kata juga tenang angin moga setiap rindu lalu mampu dituliskan kembali.

Thursday, October 4, 2012

HAPPY BIRTHDAY SHAHRIMAN IBRAHIM

Hari ni 5.10.2012, baru je lepas 2 hari Ulang tahun kelahiran owner pada 3 Oktober yang lalu.... setahun lagi usia owner meningkat, tiada sambutan hari jadi, tiada potong kek, tiada hadiah, owner hanya menerima ucapan2 tahniah dari kawan2 di FB... Owner ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 owner yg sudi meluangkan masa mengucapkan Happy Birthday to owner, terima kasih juga pada sahabat2 yang sudi mendoakan buat owner, macam2 doa korang ek... yg banyaknya doa di pertemukan jodoh.. hehehe.. korang tak sabar nak makan nasi minyak owner ek... huhuhu.. insyaAllah.. kalo ada jodoh, tak kemana... kerana urusan jodoh tu kan rahsia Allah... Sempena ulangtahun kelahiran owner ni, owner nak berdoa, dan doa ni bukan untuk owner saja, tapi doa ni juga buat semua keluarga, sahabat dan kenalan owner, moga2 Allah makbulkan doa owner pada pagi ini.... Ya Allah, tuhan yang mempunyai segala zat-zat, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana memberikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami Ya Allah…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu Ya Allah…. Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit. Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. Peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu Ya Allah… Amin.. amin Ya Rabbil-Alamin.

Monday, September 24, 2012

PELANGI SENJA UNTUK SAHABATKU

Aku bukan air yang bisa menyirami api kemarahanmu. Aku bukan udara yang bisa membuatmu terus bernafas. Apalagi cahaya yang bisa menyinarimu di setiap gelap gelita Aku hanya sahabatmu… Aku bukan batu yang tak merasakan sakit jika kau pukul. Aku bukan pena yang selalu mengikuti arahmu menulis. Apalagi indahnya nada yang membuatmu tenang Aku hanya saudaramu… Aku bukan keras, aku bukan lembek, hanya mencuba untuk tegas. Aku bukan benci, aku bukan dendam, hanya mencuba berbicara. Aku hanya manusia biasa… Aku selalu mencuba untuk menjadi Air. Selalu mencuba untuk menjadi udara dan terus mencuba menjadi cahaya. Tapi saat aku lelah mencuba, Tolong Kuatkan aku… Agar Kita Tetap Bersatu… Agar kita tetap menjadi perisai untuk mereka yang ingin menghancurkan kita. Agar kita tetap menjadi bara yang bisa membakar mereka yang ingin memecahkan kita Sahabatku..Saudaraku… Redakanlah Api Amarahmu, dan kuhilangkan sakit di hatikuku. Kita pancarkan kembali mentari yang bersiap menerangi..dan menjemput keindahan pelangi senja… Bersama .. !!

PERTEMUAN SETELAH 5 BULAN KEJADIAN 14 APRIL 2012

15 September 2012, genap 5 bulan selepas kejadian owner, adib dan andriel excident di LPT berhampiran Lancang pada 14 April 2012 yang lalu, Kami bertiga dipertemukan sekali lagi. Kali ini adib datang ke Kuantan untuk jalan-jalan sempena Hari Raya Aidilfitri, andriel pun di ajak sekali berkumpul di rumah owner. Kami berkampung di rumah owner selama 3 hari, Adib sampai ke Kuantan pada (15 Sept) Sabtu malam, owner menjemput adib di terminal dan seterusnya mengambil Andriel di rumah kakaknya di Cenderawasih. Malam tu kami berjalan2 ke Teluk Chempedak, kemudian kami makan malam di Restoran Jembal, Balok. Kemudian kami balik tido, Keesokan pagi Adib mengajak owner dan Andriel beraya ke rumah Pak Itam dia di Kempadang, lepas beraya di rumah Pak Itam, owner ajak Adib dan Andriel beraya ke rumah rakan sepejabat owner yg kebetulan menjemput owner ke rumah terbuka beliau di Bandar Putra, selepas beraya tu, owner bawak adib dan andriel berjalan2 ke bandar, selepas penat berjalan, kami pun balik ke rumah kepenatan, malam tu dia orang ajak owner makan di Arked Nelayan Tg. Api, dimana dulu semasa adib belajar di Kuantan, di situlah dia selalu mengisi perutnya yg kelaparan. Lepas makan kita orang balik berehat ke rumah.
Esoknya ari Isnin, lepas breakfast di Restoran Suzzane di Indera Mahkota, adib bercadang untuk beli tiket balik ke JB pada petang tu, tapi malangnya, tiket utk ari itu dan abis, nak tak nak, adib terpaksa stay untuk sehari lagi di Kuantan, Lepas beli tiket, kami menghantar Andriel ke rumak kakaknya kerana dia nak balik ke Chini, lepas hantar Andriel, owner dan adib balik ke rumah sambung tido... malam tu owner keluar makan dengan adib dan seorang kawan yg baru owner dan adib kenal iaitu Syawal, kami makan di Tanjung Lumpur, lepas makan kami balik tido, Esok arinya owner pergi kerja dan membawa adib bersama, kerana bas yg akan dia naiki pagi tu pukul 9pagi.. nak dijadikan cerita, bila Adib nak naik bas, driver bas bagitau ini tiket pukul 10.30am, setelah diteliti, memang tiket tu pukul 10.30am, kesian adib, terpaksa tunggu untuk 1 setengah jam lagi, kebetulan aritu owner tak banyak keje di pejabat so owner teman je la adib sehingga bas yang dia naiki bergerak menuju ke JB.. setelah itu, owner balik ke pejabat, meneruskan kehidupan seperti biasa. Kepada adib, owner doakan semoga kecederaan bahu yg adib alami semasa kemalangan dulu akan sembuh sepenuhnya dan tulang yg patah tu akan bercantum rapat seperti keadaan normal, owner doakan semoga adib tabah menghadapi hari2 mendatang, owner memang merasa bersalah atas apa yg berlaku pada Adib, kalo tak kerana kelalaian owner, dan tentu adib tak cedera camtu.. owner dengan rasa rendah diri memohon jutaan kemaafan kepada adib dan keluarga beliau.. Kepada Andriel pula, walaupun tak ada kecederaan luaran, tapi owner tahu, andriel tetap juga mengalami sakit di bahagian dalaman semasa excident tempohari, owner juga memohon jutaan kemaafan kepada andriel, owner doakan semoga andriel akan berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna... Kepada diri owner pula.. teruskan langkahmu.. sekali sekala tolehlah ke belakang, tak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan, apa yang penting kita sedar akan kesilapan kita itu dan bertekad untuk memperbaikinya.. Sekian dari owner 25.9.2012 / 1.59am

Wednesday, September 12, 2012

Apabila Anggota Badan Berdenyut

Kening owner asyik berdenyut2 je dari semalam,jadi tanpa membuang masa, owner pun 'serve'lah internet untuk mencari apakah 'penyakit' yang telah menyerang owner sehingga kening kanan owner ni asyik berdenyut-denyut jer. Dan dibawah ini adalah jawapan yang saya dapat dari hasil pencarian owner di internet. Oklah, nak tahu apa dia? Jom baca keterangan dibawah... Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut 1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan. 2. Kepala : akan mendapat anugerah raja. 3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat. 4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang. 5. Kening sebelah kiri : akan gembira. 6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang. 7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati. 8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang. 9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan. 10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik. 11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis. 12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis. 13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam. 14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda. 15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan. 16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati. 17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh. 18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang. 19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit. 20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal. 21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya. 22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan. 23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan. 24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya. 25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik. 26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar. 27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat. 28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara. 29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik. 30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung. 31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat. 32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras. 33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh. 34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit. 35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita. 36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit 37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar. 38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit. 39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang. 40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan. 41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan. 42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya. 43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu. 44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan. 45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang. 46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat. 47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki. 48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak. 49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan. 50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehijodoh. 51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak. 52. Ulu hati : akan mendapat wang. 53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang. 54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang. 55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan. 56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki. 57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang. 58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan. 59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang. 60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang. 61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh. 62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang. 63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang. 64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan. 65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung. 66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik. 67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh. 68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan. 69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan. 70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit. 71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah. 72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan. 73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah. 74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik. 75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang. 76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh. 77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu. 78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu. 79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan. 80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh. Hmm... itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... Walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja. Nak percaya sangat pun, kita tak tahu kesahihannya kan? Ok... ini saja untuk entry kali ni... ;)

MALAM SEPI

Di malam yang kian hening Di tengah dingin yang menusuk kulit Membuat hatiku tak bisa bergemitang Menghadapi cubaan yang kian membelit Di tengah malam yang sunyi Di dalam kegelapan yang kian sepi Ku ingin titiskan air mata Menghadapi kesedihan yang terus menerpa Tapi kupercaya Dialah satu-satunya yang Maha Kuasa Yang bisa mententramkan jiwa Menenangkan hati yang duka Aku tak ragu Dialah satu-satunya yang Maha Tahu Selalu terjaga dan tak pernah tertidur Melindungi hamba-hamba-Nya yang bersyukur

Monday, September 3, 2012

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT LPPKN TAHUN 2012

29.8.2012 (Rabu) pejabat owner telah mengadakan jamuan hari raya, bersama-sama ini owner uploadkan beberapa keping gambar untuk kenangan.

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Rasanya belum terlambat lagi owner nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada sesiapa sahaja yg pernah terasa owner ada membuat salah dari segi perbuatan dan juga percakapan, semoga Aidilfitri ini akan memberikan jutaan kemaafan dan keberkatan kepada kita, insyaAllah... ;)

Tuesday, August 14, 2012

14 April 2012

Hai semua, dah lama betul owner tak mencoret kisah2 dalam blog owner ni.. just nak kongsi sedikit pengalaman owner bersama korang. Tarikh 14 Apr 2012 adalah tarikh peristiwa yang tak akan dapat owner lupakan, kisahnya bermula di pagi 14.4.2012, dimana pada hari tersebut, owner bersama 2 adik angkat owner iaitu Muhammad Adib dan Andrial telah plan untuk pergi berjalan-jalan di Genting Highlands
Pagi itu kami bertolak sekitar jam 7.30 pagi. Sekitar pukul 11 pagi kita orang sampai ke Genting Highlands, biasalah.. kalo pergi ke Genting Highlands, permainan outdoor lah yg ditujui.. so kita org bertiga pun masuk la ke taman tema genting pagi tu, actually aritu cuaca tak berapa elok.. berkabus, sekejap2 hujan. So faham2lah kalo hujan, banyak permainan outdoor di tutup, so banyak permainan yg kita org tak dapat nak maen ari tu.. so lama2 dah jadi bosan la, coz hujan, then akhirnya dalam sekitar dekat2 pukul 4ptg, kita org kuar dari Genting Highlands. So kita org pun bergerak nak balik ke Kuantan, masing2 perut lapar dan penat. So masa dalam perjalanan balik tu, owner la yg drive, agak2 dah jauh skit sekitar Bentong Adib & Andrial telah hanyut dibuai mimpi, sebelum tu, kita org dah bercadang utk berhenti Rehat dan Makan dekat R&R Temerloh. So di sebabkan dia org kepenatan, owner biarkan je la dia org tido.. owner memandu sorang2.. padahal owner pun memang mengantuk jugak.
Semasa owner memandu tu, berkali-kali juga owner terhangguk2 nak tertido. Di takdirkan berlaku, dalam 5 KM selepas simpang Lancang, owner telah terbabas di sebabkan owner terlelap ketika memandu, masa tu owner berada di bahagian kanan jalan iaitu lorong memotong atau lorong laju. Masa owner terbabas tu, owner terpaut streng lalu kereta melanggar divider jalan di sebelah kanan, menyebabkan kereta yg kami naiki terbalik ke sebelah sisi penumpang dan terseret sehingga ke bahu jalan di sebelah kiri jalan.. Ya Allah.. bila berlaku pelanggaran tu, owner tersedar dan tak dapat nak diceritakan apa perasaan owner masa tu.. segalanya berlaku dengan sekelip mata sahaja.. selepas kereta yg kami naiki tu terseret ke tepi dan tingkap depan pecah dan tingkap belakang berkecai. Andrial yg mula2 sekali keluar dari kereta melalui tingkap belakang kereta yang pecah tu, masa tu adib terduduk dan tergamam dalam kereta yg terbalik tu, owner lak masa tu, tak dapat nak fikir apa2, coz banyak sgt benda yg bercelaru dalam otak owner masa tu.. Ya Allah.. masa tu, owner sangkakan kereta yang kami naiki tu dah terbabas ke jalan sebelah, dan owner juga memikirkan adalah ada kereta2 lain yg terlibat.. Ya Allah.. masa tu owner rasa sgt kelam kabut, dengan muka penuh darah pada masa tu kerana owner terhantuk pada cermin depan kerata, adib pula berdarah di kepala dan patah tulang selangka belah kiri, manakala andrial pula hanya lebam2 sahaja... Alhamdulillah la coz kita org tak terbebas ke jalan sebelah dan tiada kereta lain yang terlibat sama, owner bersyukur2 sgt kerana masih di berikan nyawa, dan juga adik2 owner juga selamat dan hanya mendapat luka2 kecil dan bahu adib yg patah, owner bersyukur sgt2 kerana masih diberikan peluang dan nyawa.. Kemudian owner dan adik2 owner dibawa ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan. Kami bertiga dibenar balik sekitar pukul 2 pagi 15 April 2012, doktor benarkan je kita org tido kat hospital, tapi di sebabkan kita org taknak berada hi hospital lama2, so pagi2 tu owner meminta pertolongan kawan owner, iaitu Izzi dan Zizul menjemput kami bertiga di Hospital Temerloh ni. Kami sampai ke Kuantan sekitar pukul 6.30 pagi. Alhamdulillah kami semua dah sembuh. Cuma owner bersimpati pada adib la, coz patah tulang selangka bahu yang akan mengambil masa sikit untuk sembuh. Akhir kalam, owner nasihatkan kepada kawan2 semua yg memandu, sekiranya korang memandu dalam keadaan mengantuk, harap korang berhenti la, berehat sekejap.. bila dah segar semula, barulah sambung semula perjalanan.. k.. owner minta diri dulu..

Friday, January 27, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus bukan lagi nama asing sebagai pendakwah masa kini. Sehingga ramai yang membicarakan soal ustaz yang berasal dari Terengganu ini di blog, Facebook dan di mana saja. Ada juga yang menggelarkan suasana yang berlaku ini sebagai fanomena Ustaz Azhar Idrus dan ada juga yang menyebut sebagai gelombang Ustaz Azhar Idrus. Apa pun yang digelar, saya sangat gembira dan bersyukur dengan fanomena ini.
Golongan muda mula mendekati surau dan masjid, mula mendengar kuliah dan belajar mendalami agama. Alhamdulillah…
Amat jarang kuliah2 pada masa kini yg membuka ruang kepada ahli jemaah untuk bertanyakan soalan.. sama ada kuliah umum atau kuliah khusus (syarahan kitab dsb). Hanya penceramah saja yg bercakap, jemaah pulak terangguk2 sambil memejamkan mata.. kemudian habis dengan doa dan penceramah menjadi imam solat dan ada program makan2. Masa tu baru jemaah ada peluang nak tanya dekat Ustaz, itu pun terpaksa tengok2 dulu takut2 mengganggu Ustaz nak makan, atau mungkin Ustaz nak cepat sbb ada program lain.
Sebab itu, bila Ustaz Azhar muncul di youtube (hasil usaha team rakaman kuliah beliau), maka nama Ustaz Azhar Idrus meniti dari bibir ke bibir. Bukan takde Ustaz lain yang muncul di youtube, tapi Ustaz Azhar membawa pendekatan yang berbeza. Sebelum ni, bila sebut je nama Ustaz, akan terbayang la janggut panjang, muka serius, takde sense of homour, muka nak makan orang (begitulah gambaran terhadap Ustaz2 masa kecik2 dulu). Ustaz Azhar, walaupun beliau juga mempunyai janggut yang panjang dan bukanlah di kalangan orang muda remaja, tetapi gaya penyampaian beliau mampu diterima oleh semua peringkat umur, baik orang tua mahupun orang muda.
Beliau selalu mengadakan sesi soal jawab selepas sesi syarahan kitab. Ada orang kata, Ustaz Azhar ni semua benda dia boleh jawab, takde yg tak boleh jawab, sedangkan Imam Malik rahimahullah pun ada cakap ‘tak tahu’ pada orang yg bertanyakan soalan (dengan nada perli dan jaki).. ini menunjukkan keluasan ilmu yg dimiliki oleh Ustaz Azhar. Bukan semua Ustaz mampu untuk menjawab soalan secara spontan. Bukan sebab tak pernah belajar, tapi ingatan tu tak berapa kuat.. berbanding dengan Ustaz Azhar, ingatan beliau sangat kuat sehingga mampu menjawab segala persoalan dengan spontan.
Beliau memberikan jawapan yg sesuai untuk masyarakat awam (yg kebanyakannya nak tahu pasal hukum sah tak sah, halal haram dsb.. berbanding nak mengetahuinya dengan lebih mendalam berkaitan dalil, perbahasan khilaf mazhab dsb). Masyarakat awam yang kurang asas ilmu, memerlukan jawapan yg sesuai dengan tahap pemikiran mereka.. bukannya jawapan panjang lebar, sehinggakan mereka terpaksa bertanya lagi walaupun jawapan dah diberi.
Satu lagi kelebihan Ustaz Azhar ini adalah kemampuan beliau untuk berlawak secara spontan. Beliau tak memerlukan lawak2 double-meaning, lucah, membodohkan diri dsb untuk membuat orang terhibur, sebaliknya secara spontan daripada soalan yang beliau sedang jawab. Tak semua Ustaz ada kemampuan seperti ini, even telah mencuba bersungguh2 nak buatkan jemaah ketawa, jemaah senyum pun tak. Walaupun ketawa itu bukanlah matlamat ceramah, tetapi ceramah yg mempunyai variasi dari sudut penyampaiannya memang menarik perhatian orang.
Maka, tak hairanlah walaupun malam tahun baru, ada orang2 muda yang lebih rela memakai kopiah dan menghadiri program bersama Ustaz Azhar, daripada menghadiri program sambutan anjuran pihak lain. Fenomena terbaru ini dah tentunya menyebabkan adanya mereka2 yang tak berpuas hati. Lalu dibuatkan fitnah dan adu-domba dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Azhar.
Dari satu sudut, ia merupakan suatu penghinaan terhadap ulamak.. dari sudut yang lain pula, ia memberi gambaran yang jelas bahawa untuk melakukan dakwah ini, memang akan diuji sebagaimana ujian yg diberikan kepada para pendakwah (Nabi2 dan para sahabat). Sebab tu tak ramai yang sudi berdakwah.. lebih selesa beribadah sendiri2 daripada mengajak orang lain untuk sama2 melakukan kebaikan.. sbb tak sanggup menghadapi ujian dakwah ni.
Apa pun, kita semua menyokong kebaikan yang dibawa oleh alim ulamak. Jangan menjadikan mereka musuh, sebaliknya bersahabatlah dengan mereka. Agar kita dapat mempelajari akhlak dan amalan mereka. Sekalipun kita tak jadi penumpang yang duduk dalam keretapi yang dipandu alim ulamak, sekadar menjadi debu yg melekat di pintu keretapi itu pun, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yg sama yg dituju oleh kepala keretapi yg dipandu alim ulamak.
Tetapi janganlah sampai terlalu taksub dan bertaqlid membuta tuli.. sehinggakan tidak boleh nak menerima pandangan yg berbeza daripada apa yg Ustaz Azhar sampaikan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tak rugi belajar ilmu daripada ramai Ustaz.. insyaAllah, pengetahuan kita akan semakin luas dan bertambah, dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

sumber dari blog : Ustaz Love


baru2 ni kat umah owner pada 25 Jan 2012, Ustaz Azhar Idrus ada menyampaikan Kuliah Agama di Masjid Al-Falah, Sungai Isap Kuantan yang terletak betul depan umah ibu owner... seperti jangkaan, memang hari tu bagaikan pesta, kerana terlalu ramai orang yang membanjiri masjid yg boleh memuatkan 500 org tu, di anggarkan pada hari tersebut, seramai hampir lebih dari 5000 orang telah berkumpul di sekitar masjid depan umah ibu owner... pukul 7pm masjid dan penuh ngan orang ramai, mujurlah pihak masjid telah menyediakan khemah2di bahagian luar. owner sempat duk dalam masjid,coz owner masuk awal sikit.. hehehe.... berikut owner siarkan serba sedikit gambar2 sekitar majlis berlangsung, semoga syiar islam terus berkembang.. :)










sekian... wassalam... ;)

Sunday, January 8, 2012

ASKARA SUNYI


Ingin kupaksa pena ini
Mengukir lekuk indah namamu
Namun hati merasa ragu
Akan hatimu kepadaku
Adakah sepercik kasih..
Selayak harapan dikalbuku
Adakah sebersit rasa...
Untaian kata cinta
Seperti rasaku dalam dada
Aah....
Penaku tertegun tanpa gerak
Menerawang jauh melambung angan
Hanya bisa membayangkan
Andai engkau menjadi kekasihku

1st Komen 2012

hai follower semua.. sory la.. dah hampir dekat 2 bulan dah tak update blog ni.. hurmmm... sory sgt2.. owner terleka sebentar.. dikesempatan ini owner rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar.. umur dah semakin bertambah, tapi owner masih lagi macam ni... camner ek.. maksud owner mylife is still single.. hehehe.. owner harap, tahun baru ini akan memberikan sedikit perubahan dalam diri owner kearah yang lebih baik..

hurmm org kata tahun 2012 ni akan berlaku perkara yang akan menyebabkan dunia akan kiamat, mengikut ramalan pakar2 ramalanlah.. takut lak kalo di fikir-fikirkan ye... agak2nya adakah kita sempat untuk bertemu tahun 2013..? risau gak kan... harap2 semua tu hanya ramalan je... semoga kita semua diselamatkan dari segala kesusahan dan kekacauan.. insyaAllah...

owner akan cuba try untuk update selalu blog ni.. kalo dah lama owner tak update, korang tolong ingatkan owner k.. until next update.. sayonara... :)

Monday, November 28, 2011

KISAH PENSIL DAN PEMADAM


PENSIL: Saya minta maaf..

PEMADAM: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

PENSIL: Saya minta maaf sebab awak cedera disebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

PEMADAM: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

sedih kan.... :(

Sunday, November 27, 2011

MIMPI SAMPAI KE BINTANG

haii.. semua kawan2, dah lama owner tak update blog ni... sedih gak sebab dah lama tak update, nak kata sibuk sgt tu, takde la jugak.... kalo ikutkan banyak benda yg owner nak luahkan kat blog ni.. tapi ye la.. sesetengah benda tu elok di simpan je tanpa pengetahuan orang lain... let it be that way...

so apa yg owner nak share, owner akan citer k... k.. sebelum tu owner nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, ye la.. dah 2 hari berada di tahun baru islam, owner pun takde azam apa2, cuma apa yg owner harap, tahun ini owner akan menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas...

kat sini owner nak kosgsi sikit gambar2 semasa owner ke bukit fraser, atas urusan kerja.. owner tak fotogenik, so gambar2 owner takde la cantik sgt, apa yg penting, korang tengok permandangan yg ada kat belakang owner tu, jgn tgk owner k.. hehehe...







actually ari ni 28.11.2011 owner agak berasa sedih skit la, sebab ada seseorang yg telah menyebabkan hati owner terguris, sedih tau bila kita msg tak balas, bila kita coll tak jawab, sedih tau... nak nangis je, tapi owner bleh tahan.. sob2.. :p takpe la.. mungkin ada sebab2 dia wat camni kat owner, tapi takpe.. owner taknak pikir yang bukan2.. owner bagi masa... but owner dah ready utk sebarang kemungkinan.. biarlah...

ok2.. so citer lain lah... ermm.. so dah dekat hujung tahun dah ni.. cuti tahunan owner sebanyak 18hari lagi, nak gi mana ek.. hehehe.. takde org ke nak ajak jalan2 ke rumah dia...? hehehe...

sometime owner rasa agak kesunyian, ye la.. kawan2 dah la tak ramai, yg ramai pun kenal dalam FB tu, bukan pernah jumpa pun, yg ada kat umah pun, takde masa sgt nak berjumpa, coz masing2 sibuk ngan keluarga masing2.. tapi takpe.. owner masih ada mak owner, family owner, kawan2 rapat owner.... hurmm....