welcome

Followers

Tuesday, August 14, 2012

14 April 2012

Hai semua, dah lama betul owner tak mencoret kisah2 dalam blog owner ni.. just nak kongsi sedikit pengalaman owner bersama korang. Tarikh 14 Apr 2012 adalah tarikh peristiwa yang tak akan dapat owner lupakan, kisahnya bermula di pagi 14.4.2012, dimana pada hari tersebut, owner bersama 2 adik angkat owner iaitu Muhammad Adib dan Andrial telah plan untuk pergi berjalan-jalan di Genting Highlands
Pagi itu kami bertolak sekitar jam 7.30 pagi. Sekitar pukul 11 pagi kita orang sampai ke Genting Highlands, biasalah.. kalo pergi ke Genting Highlands, permainan outdoor lah yg ditujui.. so kita org bertiga pun masuk la ke taman tema genting pagi tu, actually aritu cuaca tak berapa elok.. berkabus, sekejap2 hujan. So faham2lah kalo hujan, banyak permainan outdoor di tutup, so banyak permainan yg kita org tak dapat nak maen ari tu.. so lama2 dah jadi bosan la, coz hujan, then akhirnya dalam sekitar dekat2 pukul 4ptg, kita org kuar dari Genting Highlands. So kita org pun bergerak nak balik ke Kuantan, masing2 perut lapar dan penat. So masa dalam perjalanan balik tu, owner la yg drive, agak2 dah jauh skit sekitar Bentong Adib & Andrial telah hanyut dibuai mimpi, sebelum tu, kita org dah bercadang utk berhenti Rehat dan Makan dekat R&R Temerloh. So di sebabkan dia org kepenatan, owner biarkan je la dia org tido.. owner memandu sorang2.. padahal owner pun memang mengantuk jugak.
Semasa owner memandu tu, berkali-kali juga owner terhangguk2 nak tertido. Di takdirkan berlaku, dalam 5 KM selepas simpang Lancang, owner telah terbabas di sebabkan owner terlelap ketika memandu, masa tu owner berada di bahagian kanan jalan iaitu lorong memotong atau lorong laju. Masa owner terbabas tu, owner terpaut streng lalu kereta melanggar divider jalan di sebelah kanan, menyebabkan kereta yg kami naiki terbalik ke sebelah sisi penumpang dan terseret sehingga ke bahu jalan di sebelah kiri jalan.. Ya Allah.. bila berlaku pelanggaran tu, owner tersedar dan tak dapat nak diceritakan apa perasaan owner masa tu.. segalanya berlaku dengan sekelip mata sahaja.. selepas kereta yg kami naiki tu terseret ke tepi dan tingkap depan pecah dan tingkap belakang berkecai. Andrial yg mula2 sekali keluar dari kereta melalui tingkap belakang kereta yang pecah tu, masa tu adib terduduk dan tergamam dalam kereta yg terbalik tu, owner lak masa tu, tak dapat nak fikir apa2, coz banyak sgt benda yg bercelaru dalam otak owner masa tu.. Ya Allah.. masa tu, owner sangkakan kereta yang kami naiki tu dah terbabas ke jalan sebelah, dan owner juga memikirkan adalah ada kereta2 lain yg terlibat.. Ya Allah.. masa tu owner rasa sgt kelam kabut, dengan muka penuh darah pada masa tu kerana owner terhantuk pada cermin depan kerata, adib pula berdarah di kepala dan patah tulang selangka belah kiri, manakala andrial pula hanya lebam2 sahaja... Alhamdulillah la coz kita org tak terbebas ke jalan sebelah dan tiada kereta lain yang terlibat sama, owner bersyukur2 sgt kerana masih di berikan nyawa, dan juga adik2 owner juga selamat dan hanya mendapat luka2 kecil dan bahu adib yg patah, owner bersyukur sgt2 kerana masih diberikan peluang dan nyawa.. Kemudian owner dan adik2 owner dibawa ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan. Kami bertiga dibenar balik sekitar pukul 2 pagi 15 April 2012, doktor benarkan je kita org tido kat hospital, tapi di sebabkan kita org taknak berada hi hospital lama2, so pagi2 tu owner meminta pertolongan kawan owner, iaitu Izzi dan Zizul menjemput kami bertiga di Hospital Temerloh ni. Kami sampai ke Kuantan sekitar pukul 6.30 pagi. Alhamdulillah kami semua dah sembuh. Cuma owner bersimpati pada adib la, coz patah tulang selangka bahu yang akan mengambil masa sikit untuk sembuh. Akhir kalam, owner nasihatkan kepada kawan2 semua yg memandu, sekiranya korang memandu dalam keadaan mengantuk, harap korang berhenti la, berehat sekejap.. bila dah segar semula, barulah sambung semula perjalanan.. k.. owner minta diri dulu..

No comments: