welcome

Followers

Monday, September 24, 2012

PERTEMUAN SETELAH 5 BULAN KEJADIAN 14 APRIL 2012

15 September 2012, genap 5 bulan selepas kejadian owner, adib dan andriel excident di LPT berhampiran Lancang pada 14 April 2012 yang lalu, Kami bertiga dipertemukan sekali lagi. Kali ini adib datang ke Kuantan untuk jalan-jalan sempena Hari Raya Aidilfitri, andriel pun di ajak sekali berkumpul di rumah owner. Kami berkampung di rumah owner selama 3 hari, Adib sampai ke Kuantan pada (15 Sept) Sabtu malam, owner menjemput adib di terminal dan seterusnya mengambil Andriel di rumah kakaknya di Cenderawasih. Malam tu kami berjalan2 ke Teluk Chempedak, kemudian kami makan malam di Restoran Jembal, Balok. Kemudian kami balik tido, Keesokan pagi Adib mengajak owner dan Andriel beraya ke rumah Pak Itam dia di Kempadang, lepas beraya di rumah Pak Itam, owner ajak Adib dan Andriel beraya ke rumah rakan sepejabat owner yg kebetulan menjemput owner ke rumah terbuka beliau di Bandar Putra, selepas beraya tu, owner bawak adib dan andriel berjalan2 ke bandar, selepas penat berjalan, kami pun balik ke rumah kepenatan, malam tu dia orang ajak owner makan di Arked Nelayan Tg. Api, dimana dulu semasa adib belajar di Kuantan, di situlah dia selalu mengisi perutnya yg kelaparan. Lepas makan kita orang balik berehat ke rumah.
Esoknya ari Isnin, lepas breakfast di Restoran Suzzane di Indera Mahkota, adib bercadang untuk beli tiket balik ke JB pada petang tu, tapi malangnya, tiket utk ari itu dan abis, nak tak nak, adib terpaksa stay untuk sehari lagi di Kuantan, Lepas beli tiket, kami menghantar Andriel ke rumak kakaknya kerana dia nak balik ke Chini, lepas hantar Andriel, owner dan adib balik ke rumah sambung tido... malam tu owner keluar makan dengan adib dan seorang kawan yg baru owner dan adib kenal iaitu Syawal, kami makan di Tanjung Lumpur, lepas makan kami balik tido, Esok arinya owner pergi kerja dan membawa adib bersama, kerana bas yg akan dia naiki pagi tu pukul 9pagi.. nak dijadikan cerita, bila Adib nak naik bas, driver bas bagitau ini tiket pukul 10.30am, setelah diteliti, memang tiket tu pukul 10.30am, kesian adib, terpaksa tunggu untuk 1 setengah jam lagi, kebetulan aritu owner tak banyak keje di pejabat so owner teman je la adib sehingga bas yang dia naiki bergerak menuju ke JB.. setelah itu, owner balik ke pejabat, meneruskan kehidupan seperti biasa. Kepada adib, owner doakan semoga kecederaan bahu yg adib alami semasa kemalangan dulu akan sembuh sepenuhnya dan tulang yg patah tu akan bercantum rapat seperti keadaan normal, owner doakan semoga adib tabah menghadapi hari2 mendatang, owner memang merasa bersalah atas apa yg berlaku pada Adib, kalo tak kerana kelalaian owner, dan tentu adib tak cedera camtu.. owner dengan rasa rendah diri memohon jutaan kemaafan kepada adib dan keluarga beliau.. Kepada Andriel pula, walaupun tak ada kecederaan luaran, tapi owner tahu, andriel tetap juga mengalami sakit di bahagian dalaman semasa excident tempohari, owner juga memohon jutaan kemaafan kepada andriel, owner doakan semoga andriel akan berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna... Kepada diri owner pula.. teruskan langkahmu.. sekali sekala tolehlah ke belakang, tak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan, apa yang penting kita sedar akan kesilapan kita itu dan bertekad untuk memperbaikinya.. Sekian dari owner 25.9.2012 / 1.59am

No comments: