welcome
Followers
Tuesday, April 26, 2011
ic lesen
Semalam.. 26.4.2011, aku terpaksa ambil EL (Emergency Leave) coz aku nak kena menguruskan tentang report kehilangan beg duit dan nak kena buat kad pengenalan baru, lesen baru, kak atm baru, actualy pagi tu, aku terpaksa datang ke pejabat jugak, kerana bulan april ni aku yang pegang kunci pejabat, so terpaksa la datang pejabat tuk buka pintu dan serahkan kunci pejabat, then lepas selesaikan beberapa urusan kat pejabat, aku pun ke balai polis tuk buat report, then lepas tu, aku ke bank utk block kad atm, setelah selesai urusan kat bank, aku ke pejabat pendaftaran kat Indera Mahkota, alhamdulillah sekejap je urusan di buat, kerana tak ramai orang masa tu, walaubagaimana pun aku terpaksa membayar RM110 sebagai denda, huhuhu.. nak buat camner ek.. terpaksalah.. then lepas tu, aku ke JPJ untuk urusan lesen, actualy JPJ dah berpindah ke IM, dekat je la ngan pej. pendaftaran tu, tapi aku tak ingat, aku pun pecutlah motor ke Alor Akar, pej. JPJ lama, sampai2 kat situ, nampaklah banner memaklumkan dah berpindah ke IM, so terpaksalah aku berpatah balik ke IM.. huhuhu..
then aku pun buatlah urusan untuk mendapatkan lesen baru, denda lesen hilang RM20.00, ambil gambar RM12.00, so kat JPJ aku kena RM32.00. So skrg dah RM140.00 dah di belanjakan untuk urusan IC dan lesen, skrg aku menuju ke bandar lak, untuk urusan membuat kad ATM yang baru, dekat sejam jugaklah urusan utk dapatkan kad atm yg baru tu, kat sini kena denda lagi RM12.00, tapi trus di potong dari akaun, lepas urusan mendapatkan kad atm selesai, aku ingat nak realese tension jap, nak pi tgk wayang, then aku pun trus ke ECM, tgk2 citer yang di tayangkan dan waktu tanyangan, takde yang bersesuaian dengan citarasa aku, so aku cancel la nak tgk wayang, then aku turun ke bawah mengisi perut ngan donnut Big Apple 3 biji.. hehehe.. rabak duit aku.. huhuhu.. tapi tak pe, bukan selalu pun kan..
then dalam kul 2.30pm, aku menuju balik ke rumah.. kat rumah aku rehatkan diri, ptg tu aku tertido.. malam lak tak kemana pun, hanya urusan menghantar dan mengambil mak dari tempat mengaji & ke tunas manje tuk belikan makanan kucing.. yg lain takde apa dah.. duk umah je layan FB dan layan tv..? then tido kul 2am... huhuhu.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment