welcome

Followers

Monday, May 2, 2011

Ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu ..
Bila dahaga , yang susukan aku ... ibu
Bila lapar , yang suapkan aku ... ibu
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku .. ibu
Kata ibu , perkataan pertama yang aku sebut .. Mak!

Bila bangun tidur , aku cari .. ibu
Bila nangis , orang pertama yang datang ... ibu
Bila nak bermanja .. aku dekati ibu
Bila nak bergesel .. aku duduk sebelah ibu
Bila sedeh , yang boley memujuk aku, hanya ibu
Bila nakal , yang memarahi aku ... ibu
Bila merajuk ... yang memujuk aku, cuma ... ibu
Bila melakukan kesalahan ... yang paling cepat marah .. ibu
Bila takut .. yang tenangkan aku ... ibu
Bila nak peluk .. yang aku suka peluk .. ibu

Aku selalu teringatkan ... ibu

Bila sedih , aku mesti telefon ... ibu
Bila seronok .. orang pertama aku nak beritahu ... ibu
Buka bengang ... aku suka luah pada .. ibu
Bila takut , aku selalu panggil .. 'ibuuuuuuuuuuuu!'
Bila sakit , orang paling risau adalah ... ibu
Bila nak exam , orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk , yang datang pujuk aku juga ... ibu
Bila buat hal , yang marah aku dulu .. ibu
Bila ada masalah , yang paling risau ... ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini ... ibu
Yang masih masak makanan kegemaranku ... ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku , ibu
Yang selalu berleter kat aku ... ibu
Yang selalu puji aku ... ibu
Yang selalu nasihat aku .. ibu

Bila rancang nak kahwin ..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk .. ibu

Kini aku dah ade pasangan hidup sendiri

Bila seronok .. aku cari pasangku
Bila sedeh .. aku cari ibu
Bila berjaya .. aku ceritakan pada pasangku
Bila gagal .. aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia , aku peluk erat pasangku
Bila berduka , aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... aku bawa pasangku
Bila sibuk .. aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine .. aku hadiahkan bunga pada pasangku
Bila sambut hari ibuu ....

Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu .. aku ingat pasanganku
Selalu ... ibu ingat pada aku

Bila...bilaa .. aku akn hubungi pasanganku
Entah bila .. aku nak telefon ibu
Selalu .. aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila .. aku nak belikan hadiah untuk ibuku

Pesan Ibu Dulu :

'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja .. bolehkah kau kirim kan wang untuk ibu ? Ibu bukan nak banyak .. lima puluh ringgit pun cukuplah. ' Berderai air mata aku . Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu . Aku boleh kirimkan . Tapi ibu sudah tiada . Aku tidak berkesempatan lagii .. bukan lima puluh ringgit ... lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan ! Hanya yang termampu ... Al-Fatihah , Al-fatihah , Al-Fatihah buat ibu tercinta .....

Takziah buat ibumu...


Di Copy & paste dari blog
"WELCOME TO MY BLOGGER" Muzhafar

No comments: