welcome

Followers

Friday, April 29, 2011

aktif karak + nasi kerabu

29.4.2011 - Jumaat, pagi itu,aku bersama-sama abg sam & wan azmin bertolak ke Karak, atas urusan kerja, kita org bertolak dari kuantan sekitar pukul 8.45am, sampai ke karak dalam pukul 10.30am, actually aku bertugas untuk membuat pameran dekat pasaraya aktif, sempena karnival aktif A&W, seharian di pasaraya aktif, then dalam pukul 6pm,berkemas-kemas, malam tu, kita orang tido dekat Hotel kristal bentong, malam tu aku tak ikut da org kuar makan, coz aku kuar jumpa kawan kat bentong ni,nama dia arep, kita org pi makan2 jap, then balik tido ke bilik hotel..

ari ni 30.4.2011, still kat hotel kristal lagi skrg ni, @ 9.09am, tadi baru lepas sarapan nasi kerabu kat warung berhamouran hotel ni, bleh tahan sedap gak lah nasi kerabu dia tu.. huhuuhu..konyang perut den.. huhuhu.. jap lagi kita org nak bergerak ke pasaraya aktif karak semula,ari ni last buat pameran kat sana,then maybe dalam kul 6pm nnt balik ke kuantan semula...

k.. until next update. :)

Wednesday, April 27, 2011

aiman sakit

Semalam 27.4.2011 (Rabu), aku seperti biasa pergi kerja, kat opis, bos aku takde, so faham2 lah... lalala~~ je lah.. keje sikit, main2 banyak.. huhuhu.. urusan keje takde la banyak sgt.. buat skit2 dah le.. hehehe.. so seharian tu duk kat opis, tak kuar kemana-mana pun, ptg tu dapat call dari ummi, dia mintak tolong buat surat, kerana nak bawak ayip keluar asrama pada 1 & 2 Mei 2011 ni utk berubat penyakit resdungnya.. so aku siapkanlah surat tu, petang tu balik keje, aku terus memecut ke tempat ummi meniaga, kat sana jumpalah ummi dan kakak, berborak2 ngan ummi sebentar, kesian aiman, ummi cakap dia sakit selepas buat pemeriksaan DNA, aku doakan agar aiman akan cepat sembuh dan hidup seperti kawan2 dia yang lain, aku turut bersimpati pada keluarga ummi, Ya Allah, kau bantulah keluarga ummi, jauhkan mereka dari segala penyakit, kesusahan dan penderitaan, agar mereka hidup berbahagia selamanya.. amin.. :(

lepas tu, aku balik ke rumah, kat umah just buat urusan utk hantar dan ambil mak dari tempat mengaji, then malam tu, adib ajak kuar teman dia makan & dia nak story2 skit.. so lepas aku ambil mak mengaji, aku terus pi ambil adib lak kuar makan, kita orang makan kat marina seafood tg.lumpur, menu makan malam tu, nasi putih, tomyam seafood, daging masak merah, sotong celup tepung, sayur kailan ikan masin & telur dadar.. konyang perut suka hati.. huhuuhu.. lepas makan2 dan story2 ngan adib dalam kul 11.30pm aku balik ke rumah.. kat rumah just lepak2 tgk tv & online je.. tido dalam kul 2 am.

pagi ni aku pergi kerja seperti biasa, menaiki motor ex5 aku tu lah.. sampai di pejabat, bos aku takde, penolong pun takde, kak zurin pulak EL, so unit aku tinggal aku, min dan wan je, nampak gayanya lalala~~ lagi lah.. hehehe.. tapi jap lagi aku nak buat persiapan barang2 utk bawa ke pameran karak esok,...

k lah.. until the next up-date..

Tuesday, April 26, 2011

ic lesen


Semalam.. 26.4.2011, aku terpaksa ambil EL (Emergency Leave) coz aku nak kena menguruskan tentang report kehilangan beg duit dan nak kena buat kad pengenalan baru, lesen baru, kak atm baru, actualy pagi tu, aku terpaksa datang ke pejabat jugak, kerana bulan april ni aku yang pegang kunci pejabat, so terpaksa la datang pejabat tuk buka pintu dan serahkan kunci pejabat, then lepas selesaikan beberapa urusan kat pejabat, aku pun ke balai polis tuk buat report, then lepas tu, aku ke bank utk block kad atm, setelah selesai urusan kat bank, aku ke pejabat pendaftaran kat Indera Mahkota, alhamdulillah sekejap je urusan di buat, kerana tak ramai orang masa tu, walaubagaimana pun aku terpaksa membayar RM110 sebagai denda, huhuhu.. nak buat camner ek.. terpaksalah.. then lepas tu, aku ke JPJ untuk urusan lesen, actualy JPJ dah berpindah ke IM, dekat je la ngan pej. pendaftaran tu, tapi aku tak ingat, aku pun pecutlah motor ke Alor Akar, pej. JPJ lama, sampai2 kat situ, nampaklah banner memaklumkan dah berpindah ke IM, so terpaksalah aku berpatah balik ke IM.. huhuhu..

then aku pun buatlah urusan untuk mendapatkan lesen baru, denda lesen hilang RM20.00, ambil gambar RM12.00, so kat JPJ aku kena RM32.00. So skrg dah RM140.00 dah di belanjakan untuk urusan IC dan lesen, skrg aku menuju ke bandar lak, untuk urusan membuat kad ATM yang baru, dekat sejam jugaklah urusan utk dapatkan kad atm yg baru tu, kat sini kena denda lagi RM12.00, tapi trus di potong dari akaun, lepas urusan mendapatkan kad atm selesai, aku ingat nak realese tension jap, nak pi tgk wayang, then aku pun trus ke ECM, tgk2 citer yang di tayangkan dan waktu tanyangan, takde yang bersesuaian dengan citarasa aku, so aku cancel la nak tgk wayang, then aku turun ke bawah mengisi perut ngan donnut Big Apple 3 biji.. hehehe.. rabak duit aku.. huhuhu.. tapi tak pe, bukan selalu pun kan..

then dalam kul 2.30pm, aku menuju balik ke rumah.. kat rumah aku rehatkan diri, ptg tu aku tertido.. malam lak tak kemana pun, hanya urusan menghantar dan mengambil mak dari tempat mengaji & ke tunas manje tuk belikan makanan kucing.. yg lain takde apa dah.. duk umah je layan FB dan layan tv..? then tido kul 2am... huhuhu.. :)

Monday, April 25, 2011

werrrr...


tengah bosan, mata takleh nak lelap, inilah jadinya,.... :p

beg duit hilang... :(


aduh.. camner ni, beg duit dah ilang, susah la camni... actually semalam aku kuar minum2 kat SOH ngan kawan, balik dari situ, lebih kurang kul 1 am, pastu pagi2 ni nak gi keje, cari2 beg duit tak jumpa.. puas gak cari.. disebabkan taknak lewat sampai ke pejabat, aku pun merempit je naik motor dengan takde lesen apa pun.. sampai2 ke pejabat, buat keje lah.. dalam fikiran aku, satu je, tercicir kat tempat minum semalam, kat SOH dan aku berharap agar ptg nnt leh pi tanya, kot2 dia org jumpa dan simpan..

then habis keje kul 5.00pm, trus pecut ke kedai SOH, sampai2 trus tanya tokey kak ti, samada ada ternampak tak beg duit aku yg tercicir.. malangnya, dia kata takde lak nampak.. aduhh.... apa la bala yang menimpa aku ni, then trus aku balik ke umah, sebab mak dan kak ina dah suruh bawak dia org ke kedai kain, nak mencari kain langsir,

sekali lagi aku ke bandar tanpa ic dan lesen, then lepas dapat kain, trus balik hantar nak dan hantar kak ina ke umah dia di IS, sebelum htr kak ina, aku singgah jap kat umah faizal, saja je nak tunjuk kak kak ina.. huhuhu.. then lepas htr kak ina balik umah dia, aku trus balik umah, kat umah mak ni, truskan usaha mencari walletku yang hilang tu, tapi malangnya masih tak jumpa2 gak.. kemanalah dia menghilang ye, kalo esok pagi bangun masih takde, terpaksalah aku buat report polis utk ic, lesen, kad atm.. aduh,.. leceh la camni... hope esok aku bangun, beg duit tu ada, x kisah lah kat mana, janji jumpa beg duit tu bersama ic, lesen dan kad atm, kalo duit ilang pun tak kisah lah..

eeii.. tension2...

k until next update

Sunday, April 24, 2011

nak citer apa ek..?


sekarang 25.4.2011, pukul 01:47am, lokasi atas katil, dalam bilik, rumah sungai isap

actually aku tak tahu nak citer apa ni, coz takde apa2 yang menarik berlaku pada aku sepanjang hari semalam (ahad - 24.4.2011).. sejak petang sabtu ari tu aku berada di myResort, sepanjang sabtu tu lepak kat myResort, cuma kuar petang jap pi melawat umah baru faizal, then malam tu kuar minum ngan faizal, shahril & edy (tukang buat umah) kat kedai depan, then lepas tu aku balik duk kat myResort sorang2.. ermm... malam tu aku tak jadi burung hantu, huhuhu.. ngatuk lak rasanya.. so tido je la..

then aku terjaga dalam kul 5am, after solat subuh, mata taknak tido dah.. so aku pun layan la fb kejap.. huhuhu, komen2 jap.. then around kul 8am, mata ngantuk pulak, so aku layan la tido, sedar tak sedar, dah kat kul 2pm.. trus bangun mandi2, pi kuar cari makanan skit, lapor lak.. huhuhu.. then balik semula lepak kat myResort sampai ke malam, then dalam kul 10pm baru aku balik ke umah mak kat sg.isap, smpai umah,trus kuar melepak lak ngan izzi, faizal dan shahril kat SOH, balik tak balik, kul 1am..

skrg aku duk menaip ni, jap ag nak tido lah.. esok nak kena bangun awal lak. nak pi keje, esok sampai ari rabu minggu depan aku kena gi keje sendiri, coz kak ros takde, dia bercuti, so aku dah pesan kat min, agar takyah susah2 nak ambil aku sorang je, coz aku leh gi keje sendiri, selama ni pun aku menumpang sebab nak temankan kak ros, sebab maybe dia segan gak naik berdua je ngan min, so aku temankan je lah... so esok aku merempit la naik moto EX5 flet CBA 6397 ke tempat keje.. heheh..

k lah.. until the next update

Saturday, April 23, 2011

perutusan dari myresort


18:21pm, 23.4.2011 aku berada di myResort, rehat2kan diri kat sini, actually semalam aku tertido dari petang smpai ke pukul 1 pagi, then pastu aku takleh tido sampai ke pagi, mujur la dalam kul 8am tu, rasa ngantuk, dapat la aku melelapkan mata dalam 4 jam lagi, around kul 12.30pm aku bangun, mandi2, makan & lepas zohor, aku bergerak ke myResort, skrg ni aku berada di myResort.. huhuhu..

kat sini takde buat apa pun, just tgk tv & online je la.. huhuhu... maybe jap lagi aku nak pi berjalan2 ke umah baru faizal, nak tengok perkembangan terbaru umah dia. huhuhuhu

k until the next update

Friday, April 22, 2011

jalan kaki / tido


semalam 23.4.2011 jumaat, spt biasa la, gi keje.. hehehe.. pagi tu ada perjumpaan pagi, takde apa2 sgt la yg diperkatakan, coz pengarah takde... then pastu aku wat keje cam biasa la, banyak main Fb je adalah.. huhuhu.. then tghari tu, aku pi solat jumaat kat bukit sekilau, nak tau tak..? aku berjalan kaki je ke masjid bukit sekilau tu, lebih kurang 3km gak lah jaraknya.. huhu.. sebabnya aku kan menumpang kereta org, so tuan kete lak malas pi solat jumaat, so takkan la aku nak bawak kete org lak, nanti lau apa2 jadi, susah pulak, so lebih baik aku jalan kaki je.. lagi pun bleh gak ecxersise skit.. huhuhu.. kurus dah skit ni.. hehehe..

sebelah petang, ada mesyuarat koperasi, aku tak join, coz aku tak masuk jadi ahli, so aku duk layan FB je la, sambil2 jaga telepon, kalo2 ada org call.. huhuhu.. then balik keje cam biasa la.. ptg ni aku balik naik kete anak kak ros, kete amirul.. thanks amirul.. hehehe...

nak tau tak, sampai2 umah, aku online trus, tak smpai setengah jam.. aku hanyut dibuai mimpi.. hehehe.. sedar tak sedar kul 1.09am dah.. lama gak la aku tido, sampikan solat asar & maghrib aku tertinggal...

then aku pun bangun trus mandi jap, then solat ishak & qada maghrib & asar.. huhuhu.. pastu perut lak rasa lapor.. hehehe.. tengok2 dalam saji, ada ag lauk2 yg mak masak, so pekena nasi sepinggan.. kenyang.. thanks mak.. :)

nak tido mata dah tak mengantuk, so aku layan la tv sambil2 online. sampai lah ke subuh.. skrg dah pukul 6.45am, jap lagi, maybe aku nak melelapkan mata jap.. hehehe.. bangun tak bangun nnt tengahari la jawabnya..

k until the next update, take care

Thursday, April 21, 2011

O's Corner


Semalam 21.4.2011, seperti biasa, hari keje.. apa lagi, gi keje lah spt biasa, actually ari ni ada program kat opis, Kursus Ilmu Keluarga, so boleh tahan gak peserta, seramai 61 org peseeta, penuh bilik mesyuarat... padat, mampat.. huhuhu...takpe2.. tapi ari tu, aku masih di tugaskan di meja PA,kerana PA masih berkursus, so kena bantu membantulah kan.. huhuhu..

then kat opis, takde apa2 yg berlaku, cam biasa la keje, tapi ari ni bz skit.. maklumlah ada program ag.. then spt biasa kul 5pm aku balik keje naik kete min, thanks min.. huhuhu..

malam tu lak.. aku kuar makan ngan adib, nak tau makan kat mana..? huhuhu.. kat O's Corner lah.. tempat tu memang cantik, tak sangka lak tempat yg terserok belakang bangunan tu cantik.. huhuhu.. 5 star, tapi sayangnya, kat situ ada jual minuman keras lak.. sleck skit la..



sebelum order makanan, aku tanya kat waittres kat situ, makanan kat sini halal tak..? dia kata halal, so aku ngan adin tak ragu2lah.. kita org order chiken chop.. tp aku punya grill chiken chop, so apa lagi, melantaklah sampai kenyang.. ermm makanan tu leh arr bagi 3 1/2 star, boleh tahan la, tapi harga mahal skit la..

then lepas makan tu, aku hantar adib balik, then pastu melepak lak kat SOH ngan zul dan izzi, kul 1.30am baru lah balik umah..

now tgh update blog & fb.. pasni nak solat ishak jap, then tido.. esok mau keje lak.. huhuhu...

k until next update.. :)

Wednesday, April 20, 2011

penatlah...


semalam... 20.1.2011, seperti biasa, aku ke tempat keje, menaiki kereta min, thanks min, kerana sudi tumpangan sy... di pejabat, keje cam biasa, dah 3 hari aku duduk di meja PA/operator, menggantikan PA yang sedang berkursus, ari ni di pejabat, keje agak berat skit, coz nak buat persediaan utk program esok, yang paling penat, kena angkat 30 biji kerusi bankuet dari tingkat bawah ke tingkat dua,.. penat giler... ketar2 lutut aku, mujurlah kak zurin dan min tolong... thanks kawan2.. :)

petang tu, balik keje, aku trus landing atas katil sambil buka lappy. online FB.. sambil layan FB sambil baring, faham2lah badan dah penat, tak sampai 1/2 jam aku dah berada di alam mimpi.. hehehe... teruk kan aku ni.. then maghrib tu, mak kejutkan, tuk solat dan hantar dia pi mengaji.. thanks mak kerana kejutkan sy... :)

selepas selesai urusan hantar dan ambil mak mengaji, aku kuar lepak kat kedai Majid dengan zul, kawan2 lain tak dapat join, lepas lepak around 1 jam setengah, kita org pun balik lah,... maklumlah mata masing2 dah merah, mulut lak asyik menguap jer...

dan sekarang aku berada di atas tilam yg empuk ni.. sambil mencoretkan sesuatu ke dalam blog aku.. ni lah dia apa yg korang baca ni.. hehehe..

k lah.. until next update..

Tuesday, April 19, 2011

kisah semalam..


kisah hari semalam..
tiada kisah.. hidup seperti biasa,
tiada yang menarik untuk di kongsi bersama...

maaf... :(

Sunday, April 17, 2011

semalam 18.4.2011


semalam.. 17.4.2011, aku berada di myResort.. dari malam sampai ke pagi.. aku tak kemana2 pun... duk dalam myResport je, membuta, online, tgk movie, makan.. tu la aktiviti aku.. kul 11.00pm tadi baru balik ke umah mak, so skrg ni ada kat umah mak la.. tido sini, ye la kan, hari keje memang tido umah mak.. skrg dah kul 1:25am.. mata tak berapa mengantuk lak.. haishh.. kena tido awal gak, kalo tak, nnt susah nak bangun pagi esok lak...

k.. till we meet again... :)

rindu di kegelapan malam


dalam kegelapan malam..,
kumendengar gemerisik air yang menenangkan jiwa
membentuk sebuah simponi alam dalam kegelapan
seperti memainkan sebuah lagu sendu
diantara kekosongan hatiku

dalam kegelapan malam ..
kurindukan mentari dengan cahayanya yang sombong
merasuk masuk kedalam jendela kaca
mengirimkan sinaran akan datangnya pagi
menghentikan aku dari mimpi indah tentangmu

dalam kegelapan malam..
kumainkan jemariku pada sebuah gitar tua
diiringi angin yang bersiul diantara hamparan rumput kering
bersama nyanyian cengkerik yang begitu sempurna
lalu dari situ kubuat sebuah bait lagu indah tentangmu

dalam kegelapan malam..
ku menatap ribuan bintang
dengan sinarnya yang begitu indah dan mendamaikan
yang menari diantara cahaya bulan separuh purnama
membuatku teringat akan senyumanmu
yang terus membayangi di alam sadarku

didalam kegelapan malam..
kutermangu dibuai mimpi
mimpi akan datangnya seorang bidadari
lalu menyapaku dengan senyumannya yang suci
dan membawaku terbang jauh ke dasar hati
membebaskan diriku dari segala rasa sepi

Saturday, April 16, 2011

karaoke bersama-sama sahabat.. :)

faizal

izzi

zizul..

ni gambar sorang2 tgh syok sendiri.. hahaha..





ni pic lain2 lagi..



semalam...

semalam.. aku berada di myResort.. actually semalam aku, faizal, izi dan zizul pi karaoke kat Xannax, abis karok dalam kul 1am... lepas tu aku terus balik ke myResort, aku tido kat myResort sorang2.. huhuhu.. so, semalam tu, aku tido dalam pukul 4 am... bangun tak bangun pukul 10am, itupun sebab kakak aku coll, kalo tak, dah tentu terlajak smpai tghari.. huhuhu.. then after wake up.. takde aktiviti yg aku leh buat.. so just online, tgk tv, dan makan apa yg ada.. aku duk dalam umah sampai ke petang.. cuma petang tu, aku kuar pi jalan2 ke umah faizal & sharil yg sedang di renovate.. owh.. bersama-sama ni aku postkan pic2 makanan yg aku makan sepanjang hari semalam..



malam tu, aku pi lagi ke umah faizal, then dalam kul 11pm kita org pi mengeteh kat kedai depan IS... then.. now.. i'm alone in myResort.. huhuhu.. but its ok.. mujurlah ada FB & kawan2 maya yg sudi menemani aku...

new update will coming.. :)

Friday, April 15, 2011

munkinkah kau milikku.. :)


setiap tingkah laku dan perasaan ini
terpaku dan terkaku di hadapan mu
terpesona dan terpana aku di situ
di bawah sinaran lampu terserlah malu dan ayumu

Aku dilamun cinta, perasaan aku gundah gelana,
fikiran aku entah ke mana, lari jauh tinggalkan aku,
di ketika itu hanya tinggal jasad ku di hadapan mu

Aku dilamun cinta, azam dan nekad utk bersama mu
mungkinkah kau milik ku, mungkin suatu hari, ketika itu
aku, kau kan bersatu, di alam maya atau realiti
di era baru
itu harapan ku,
itu matlamat ku.

Ya Allah Ya TuhanKU
ampunkan dosa silam ku, aku cuma ingin bersamanya
bukakanlah pintu hatinya, agar menerima cintaku
dari aku yang bernama manusia

mungkinkah kau milikku?

Thursday, April 14, 2011

15.4.2011 Jumaat

Semalam, balik keje, trus mencari tilam.. ngantuk sgt.. sedar tak sedar, mak kejutkan utk solat maghrib.. lepas solat maghrib, dalam kul 8.15pm aku kuar makan ngan adib kat tanjung lumpur, malam ni aku makan nasi goreng USA, adib lak makan nasi goreng thai, makan kat kedai awana.. pastu pi teman dia jap pi cari barang2 keperluan dia, then lepas, hantar adib balik umah, lepak lak ngan izzi, faizal dan shahril kat SOH.. balik tak balik, kul 2.15 baru sampai umah... then trus arr tido..

Pagi ni lak, jumaat.. sebelum pi keje, makan mee goreng yang mak masak.. ari ni aku pi kerja naik motor, kat pejabat, ada buat jamuan skit.. terima kasih kepada staff nurse zainab yang sudi menyediakan makanan, pulut kuning, rendang ayam, kuew teaw, sambal udang (kak zurin) dan kuih muih.. kenyang la... tapi sebelum tu ada buat bacaan yassin, erm.. batuk aku ni masih tak baik2 lagi.. tadi baru jap tadi aku ke klinik al-razi, membeli ubat batuk, harap2 pasni batuk makin berkurangan.. dan sembuh sepenuhnya.. jap lagi nak pi solat jumaat lak..

ermm.. till next update... see u later

Wednesday, April 13, 2011

Catatan 14.4.2011 Khamis

Semalam 13.4.2011 Rabu, aku masih bercuti (OFF), dari pagi sampai ke petang, aku just stay kat myResort, then petang tu, aku keluar ke town, tuk menonton wayang citer SOURCE CODE kat ECM sorang.. ye la.. nak ajak member2, tentu dia org tengah keje.. tapi aku tak kisah, coz dah biasa dah tgk wayang sorang2.. its ok.. hehehe.. citer tu, boleh tahan la.. nak kata best sgt tu, x jugak, tapi kira oklah... citer start kul 4.40pm, then abis dalam kul 6.15, trus aku balik ke umah.. kat umah aktiviti cam biasa la.. malam tu aku kuar ke town jap.. then balik umah tido.. so sleepy...

14.4.2011 Khamis, ari ni aku mula keje semula setelah bercuti 2 hari, ari ni aku masih batuk2 lagi, api tak teruk sgt lah.. insyaAllah nnt baik lah tu.. minggu ni agak relaks skit, tak banyak keje nak kena buat, asyik main fb jer.. tapi aku akan cuba cari keje2 yg aku boleh bereskan.. ni sekejap lagi nak pi ambil pn.mazlina kat SUK lak.. maklumlah driver semua cuti, terpaksalah aku lak jadi dirver ari ni.. k2.. will update more later.. see u.. sayonara.. :)

Tuesday, April 12, 2011

Malam..


Malam....
ku temui siapa diriku
Ingin menjenguk rahsia hatiku
yang kusimpan di langit ketujuh jauh di sudut hatiku
Dan takkan kubiarkan pecinta lain menyentuhnya
sebab jiwaku kini tengah berduka
terhadap cinta dan rindu yang ingin ku lalui...
abaikan lah...
maka, kelak jika datang penenang bagi jiwaku,
akan kuizinkan dia menakluki hatiku dan jiwaku
sebab kau kekasihku....
telah direstui..

Gambaran Kiamat

Marilah sama-sama kita kongsikan sedikit gambaran kiamat, moga kita mengambil iltibar darinya.. silakan baca

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

13.4.2011 1:44am

Sekarang dah pukul 1:44am, 13.4.2011, aku sendirian di My Resort.. ermm.. mata dah tak ngantuk.. nak buat apa pun tak tau, nak tgk tv, cam takde citer best, asyik nak main FB jew... ermm,.. actually semalam aku cuti, esok pun cuti ag.. esok kalo ada rezeki, nak pi tgk wayang lah.. tgk sorang pun takpe... nak ajak kawan2, semuanya keje.. janji takde la boring sgt duk sorang2 kat umah ni...coz kalo duk umah je, asyik nak tido jew.. ishhh.. dah la semalam cuti tak kemana2 pun.. duk umah jew..

ari khamis aku masuk keje semua... ermm... mesti boring kan.. ishh...
minggu ni kat pejabat tak sibuk sgt, coz takde program tuk minggu ni.. ermm minggu depan pun kalo jadi ada kursus ilmuKeluarga, tu pun kalo jadi.. ermm then, hujung bulan lak,kena gi buat pameran kat Pasaraya Aktif kat Karak.. ermm hope everything will be ok.. hehehe.. :)

Sunday, April 10, 2011

Kem Kepimpinan Pengawas, SMK Cenderawasih





8-9 April 2011 bertugas sebagai Fasilittor di Kem Kepimpinan Pengawas, Permata Kasih di Kempville, Kampung Kempadang bersama-sama pelajar SMK Cenderawasih, kali ni aku ditugaskan utk melaksanaan aktivjti traesure hunt aka kembara duga, utk aktiviti yg aku handel, kebanyakkan pelajar amat seronok dan berpuas hati... huhuhu, tempat kem ni best, 5 bintang, ye la, resort lah katakan, cuma trek utk kembara je takde, so bertungku lumus skit la nk buat halangan-halangan tuk pelajar2 ni,... hehehe.. apa pun penat teramat sangat..