welcome

Followers

Friday, January 27, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus bukan lagi nama asing sebagai pendakwah masa kini. Sehingga ramai yang membicarakan soal ustaz yang berasal dari Terengganu ini di blog, Facebook dan di mana saja. Ada juga yang menggelarkan suasana yang berlaku ini sebagai fanomena Ustaz Azhar Idrus dan ada juga yang menyebut sebagai gelombang Ustaz Azhar Idrus. Apa pun yang digelar, saya sangat gembira dan bersyukur dengan fanomena ini.
Golongan muda mula mendekati surau dan masjid, mula mendengar kuliah dan belajar mendalami agama. Alhamdulillah…
Amat jarang kuliah2 pada masa kini yg membuka ruang kepada ahli jemaah untuk bertanyakan soalan.. sama ada kuliah umum atau kuliah khusus (syarahan kitab dsb). Hanya penceramah saja yg bercakap, jemaah pulak terangguk2 sambil memejamkan mata.. kemudian habis dengan doa dan penceramah menjadi imam solat dan ada program makan2. Masa tu baru jemaah ada peluang nak tanya dekat Ustaz, itu pun terpaksa tengok2 dulu takut2 mengganggu Ustaz nak makan, atau mungkin Ustaz nak cepat sbb ada program lain.
Sebab itu, bila Ustaz Azhar muncul di youtube (hasil usaha team rakaman kuliah beliau), maka nama Ustaz Azhar Idrus meniti dari bibir ke bibir. Bukan takde Ustaz lain yang muncul di youtube, tapi Ustaz Azhar membawa pendekatan yang berbeza. Sebelum ni, bila sebut je nama Ustaz, akan terbayang la janggut panjang, muka serius, takde sense of homour, muka nak makan orang (begitulah gambaran terhadap Ustaz2 masa kecik2 dulu). Ustaz Azhar, walaupun beliau juga mempunyai janggut yang panjang dan bukanlah di kalangan orang muda remaja, tetapi gaya penyampaian beliau mampu diterima oleh semua peringkat umur, baik orang tua mahupun orang muda.
Beliau selalu mengadakan sesi soal jawab selepas sesi syarahan kitab. Ada orang kata, Ustaz Azhar ni semua benda dia boleh jawab, takde yg tak boleh jawab, sedangkan Imam Malik rahimahullah pun ada cakap ‘tak tahu’ pada orang yg bertanyakan soalan (dengan nada perli dan jaki).. ini menunjukkan keluasan ilmu yg dimiliki oleh Ustaz Azhar. Bukan semua Ustaz mampu untuk menjawab soalan secara spontan. Bukan sebab tak pernah belajar, tapi ingatan tu tak berapa kuat.. berbanding dengan Ustaz Azhar, ingatan beliau sangat kuat sehingga mampu menjawab segala persoalan dengan spontan.
Beliau memberikan jawapan yg sesuai untuk masyarakat awam (yg kebanyakannya nak tahu pasal hukum sah tak sah, halal haram dsb.. berbanding nak mengetahuinya dengan lebih mendalam berkaitan dalil, perbahasan khilaf mazhab dsb). Masyarakat awam yang kurang asas ilmu, memerlukan jawapan yg sesuai dengan tahap pemikiran mereka.. bukannya jawapan panjang lebar, sehinggakan mereka terpaksa bertanya lagi walaupun jawapan dah diberi.
Satu lagi kelebihan Ustaz Azhar ini adalah kemampuan beliau untuk berlawak secara spontan. Beliau tak memerlukan lawak2 double-meaning, lucah, membodohkan diri dsb untuk membuat orang terhibur, sebaliknya secara spontan daripada soalan yang beliau sedang jawab. Tak semua Ustaz ada kemampuan seperti ini, even telah mencuba bersungguh2 nak buatkan jemaah ketawa, jemaah senyum pun tak. Walaupun ketawa itu bukanlah matlamat ceramah, tetapi ceramah yg mempunyai variasi dari sudut penyampaiannya memang menarik perhatian orang.
Maka, tak hairanlah walaupun malam tahun baru, ada orang2 muda yang lebih rela memakai kopiah dan menghadiri program bersama Ustaz Azhar, daripada menghadiri program sambutan anjuran pihak lain. Fenomena terbaru ini dah tentunya menyebabkan adanya mereka2 yang tak berpuas hati. Lalu dibuatkan fitnah dan adu-domba dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Azhar.
Dari satu sudut, ia merupakan suatu penghinaan terhadap ulamak.. dari sudut yang lain pula, ia memberi gambaran yang jelas bahawa untuk melakukan dakwah ini, memang akan diuji sebagaimana ujian yg diberikan kepada para pendakwah (Nabi2 dan para sahabat). Sebab tu tak ramai yang sudi berdakwah.. lebih selesa beribadah sendiri2 daripada mengajak orang lain untuk sama2 melakukan kebaikan.. sbb tak sanggup menghadapi ujian dakwah ni.
Apa pun, kita semua menyokong kebaikan yang dibawa oleh alim ulamak. Jangan menjadikan mereka musuh, sebaliknya bersahabatlah dengan mereka. Agar kita dapat mempelajari akhlak dan amalan mereka. Sekalipun kita tak jadi penumpang yang duduk dalam keretapi yang dipandu alim ulamak, sekadar menjadi debu yg melekat di pintu keretapi itu pun, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yg sama yg dituju oleh kepala keretapi yg dipandu alim ulamak.
Tetapi janganlah sampai terlalu taksub dan bertaqlid membuta tuli.. sehinggakan tidak boleh nak menerima pandangan yg berbeza daripada apa yg Ustaz Azhar sampaikan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tak rugi belajar ilmu daripada ramai Ustaz.. insyaAllah, pengetahuan kita akan semakin luas dan bertambah, dan dapat beramal dengan lebih yakin dan tenang.

sumber dari blog : Ustaz Love


baru2 ni kat umah owner pada 25 Jan 2012, Ustaz Azhar Idrus ada menyampaikan Kuliah Agama di Masjid Al-Falah, Sungai Isap Kuantan yang terletak betul depan umah ibu owner... seperti jangkaan, memang hari tu bagaikan pesta, kerana terlalu ramai orang yang membanjiri masjid yg boleh memuatkan 500 org tu, di anggarkan pada hari tersebut, seramai hampir lebih dari 5000 orang telah berkumpul di sekitar masjid depan umah ibu owner... pukul 7pm masjid dan penuh ngan orang ramai, mujurlah pihak masjid telah menyediakan khemah2di bahagian luar. owner sempat duk dalam masjid,coz owner masuk awal sikit.. hehehe.... berikut owner siarkan serba sedikit gambar2 sekitar majlis berlangsung, semoga syiar islam terus berkembang.. :)










sekian... wassalam... ;)

Sunday, January 8, 2012

ASKARA SUNYI


Ingin kupaksa pena ini
Mengukir lekuk indah namamu
Namun hati merasa ragu
Akan hatimu kepadaku
Adakah sepercik kasih..
Selayak harapan dikalbuku
Adakah sebersit rasa...
Untaian kata cinta
Seperti rasaku dalam dada
Aah....
Penaku tertegun tanpa gerak
Menerawang jauh melambung angan
Hanya bisa membayangkan
Andai engkau menjadi kekasihku

1st Komen 2012

hai follower semua.. sory la.. dah hampir dekat 2 bulan dah tak update blog ni.. hurmmm... sory sgt2.. owner terleka sebentar.. dikesempatan ini owner rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar.. umur dah semakin bertambah, tapi owner masih lagi macam ni... camner ek.. maksud owner mylife is still single.. hehehe.. owner harap, tahun baru ini akan memberikan sedikit perubahan dalam diri owner kearah yang lebih baik..

hurmm org kata tahun 2012 ni akan berlaku perkara yang akan menyebabkan dunia akan kiamat, mengikut ramalan pakar2 ramalanlah.. takut lak kalo di fikir-fikirkan ye... agak2nya adakah kita sempat untuk bertemu tahun 2013..? risau gak kan... harap2 semua tu hanya ramalan je... semoga kita semua diselamatkan dari segala kesusahan dan kekacauan.. insyaAllah...

owner akan cuba try untuk update selalu blog ni.. kalo dah lama owner tak update, korang tolong ingatkan owner k.. until next update.. sayonara... :)

Monday, November 28, 2011

KISAH PENSIL DAN PEMADAM


PENSIL: Saya minta maaf..

PEMADAM: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

PENSIL: Saya minta maaf sebab awak cedera disebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

PEMADAM: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

sedih kan.... :(

Sunday, November 27, 2011

MIMPI SAMPAI KE BINTANG

haii.. semua kawan2, dah lama owner tak update blog ni... sedih gak sebab dah lama tak update, nak kata sibuk sgt tu, takde la jugak.... kalo ikutkan banyak benda yg owner nak luahkan kat blog ni.. tapi ye la.. sesetengah benda tu elok di simpan je tanpa pengetahuan orang lain... let it be that way...

so apa yg owner nak share, owner akan citer k... k.. sebelum tu owner nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, ye la.. dah 2 hari berada di tahun baru islam, owner pun takde azam apa2, cuma apa yg owner harap, tahun ini owner akan menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas...

kat sini owner nak kosgsi sikit gambar2 semasa owner ke bukit fraser, atas urusan kerja.. owner tak fotogenik, so gambar2 owner takde la cantik sgt, apa yg penting, korang tengok permandangan yg ada kat belakang owner tu, jgn tgk owner k.. hehehe...







actually ari ni 28.11.2011 owner agak berasa sedih skit la, sebab ada seseorang yg telah menyebabkan hati owner terguris, sedih tau bila kita msg tak balas, bila kita coll tak jawab, sedih tau... nak nangis je, tapi owner bleh tahan.. sob2.. :p takpe la.. mungkin ada sebab2 dia wat camni kat owner, tapi takpe.. owner taknak pikir yang bukan2.. owner bagi masa... but owner dah ready utk sebarang kemungkinan.. biarlah...

ok2.. so citer lain lah... ermm.. so dah dekat hujung tahun dah ni.. cuti tahunan owner sebanyak 18hari lagi, nak gi mana ek.. hehehe.. takde org ke nak ajak jalan2 ke rumah dia...? hehehe...

sometime owner rasa agak kesunyian, ye la.. kawan2 dah la tak ramai, yg ramai pun kenal dalam FB tu, bukan pernah jumpa pun, yg ada kat umah pun, takde masa sgt nak berjumpa, coz masing2 sibuk ngan keluarga masing2.. tapi takpe.. owner masih ada mak owner, family owner, kawan2 rapat owner.... hurmm....

Monday, November 7, 2011

Hemusan Malam Gelap Gelita


Di malam yang sunyi
Gelap gulita nian yang kesepian
Tiada hati menemani untuk jiwa yang lirih

Wahai sang purnama
Andaikata dirimu selalu menemaniku
Dalam gelapnya malam ini
Tiada bintang berkelip,di dinding hati
Hanya seraut cahaya rembulan separuh menyinari....

Awan..
Melajulah,ke arah angin yang berhenbus

Dan sampaikan kerisauan perasaan ku
Yang penuh rindu
Kepada hati yang mencintai dan merindui.

Salam AidilAdha


Assalamualaikum follower semua.. masih belum terlambat lagi owner mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban.. adakan sesapa terkorban..? hehehe.. owner harap semua makan daging korban k.. hehehe..

tgk tu.. owner dah mula melalut.. hahaha... so raya korban tahun ni owner rasa cam kurang meriah jew... entah la kenapa ye.. tapi rasanya tak semeriah cam raya tahun2 yg lepas...

tahun ni owner tak menolong pun org menyembelih, melapah dan memotong lembu, coz biasanya mak owner ada masuk bahagian tuk korban tu, so owner kena tolonglah.. tapi tahun ni.. mak tak masuk bahagian, so owner pun tak menolonglah.. hehehe.. owhh,.. just nak inform.. tahun ni owner pi ambil daging korban kat 2 kawasan, 1 kawasan umah mak owner, 1 lagi kawasan sg.isap damai bersama izzi.. hehehee.. teruk tul owner ni.. hehehe...

owh.. raya korban tahun ni, owner hanya beraya di 2 buah rumah je, iaitu rumah along & rumah ayip, biasa2nya paling2 skit pun 5 buah rumah.. tapi tahun ni 2 buah rumah je... why..? persoalan terus bermain di otak owner ni...

raya ke 2, owner hanya mengikut alimin buat make-up kawan dia bertunang.. then balik umah.. just for the rekod juga, tahun ni owner tak pun pi beraya ke umah sedara-mara, why ek..? owner pun tak tahu nak citer apa lagi... setakat ini saja buat masa ini, ada rezeki owner update lagi blog ni k... :) sayonara....

Thursday, November 3, 2011

MENGAPA HAWA TECIPTA DI SAAT ADAM SEDANG TERTIDUR


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

SAVE & SAFE OUR HEART....

Monday, October 31, 2011

APA-APA JE LAH... ;)

aii.. follower semua.. how are u today..? always fine kan,... ermm dah 20 hari owner tak update kan blog ni... what happen eh... maybe owner takde idea nak coretkan dalam blog ni, atau maybe owner sibuk kowt... segalanya berkemungkinankan..

ermm.. sedar tak sedar, dah masuk bulan november skrg, hari ni 1.11.11 (selasa) cantikkan tarikh tu.. hehehe.. agaknya apalah yg special berlaku pada hari ni... utk pengetahuan follower semua, owner skrg alhamdulillah sihat, diberikan ketenangan jiwa walaupun dalam keadaan sibuk skit sekarang ni...

owhh... 18hb nov ni owner akan ke bukit fraser, mengirup udara tanah tinggi selama 3 hari, terima kasihlah kepada jabatan yang nak anjurkan program di bukit fraser tu.. kalo nak gi sendiri2 tu, payah gaklah nak sampai, lagi pun kat atas tu bukan ada apa sgt pun, setakat nak merehatkan diri oklah..

owhh.. nak share skit ngan follower semua, ari tu pada 22 & 23 oktober ari tu, owner berada di Kampung Pulau Jawa, Pekan bersama mak dan adik beradik yg lain, dah lama betul owner tak tido di kampung halaman arwah ayah owner, actually itu pun sebab sepupu owner (alias) berkawin, alhamdulillah majlis berjalan lancar






ok.. about kawan2 rapat owner, lately ni owner dah jarang sgt dapat jumpa ngan dia org, dulu bleh kata dalam seminggu tu, 3 / 4 kali berkumpul, tapi skrg ni, seminggu 1 kali pun susah dah... coz masing2 dah mempunyai keluarga, so maybe dia org sibuk ngan family dia org, owner je yg masih belum berkeluarga. ok2.. citer lain lak yer....

kat opis, bz.. bz.. bz.. tu lah yg leh dikongsikan, mmg kalo ikutkan keje mmg tak cukup tangan, banyak sgt benda nak kena buat.. tapi insyaAllah.. dengan kerja berpasukan, semuanya boleh dijayakan.... owner rasa amat bertuah dapat kerja ngan kawan2 owner yang banyak membantu.... thanks all.... ;)

oklah.. banyaklak owner menaip ni.. ye la.. dah lama tak mencurahkan kata2 hatikan,.. hehehe.. ok.. until the next update.. owner doakan follower semua sihat dan berjaya dalam hidup... sayonara.... :)

Tuesday, October 11, 2011

nothing to share... :)

haii semua.. apa kabo follower semua.. hehehe.. ermm nak story apa ek.. actually sehari dua ni owner tak berapa sihat skit, kepala pening2 je.. badan pun rasa cam letih je.. tekak rasa berangin cam nak muntah je, tapi tak muntah2 jugak... hehehe.. baru2 ni owner tgk wayang ngan ikmal citer three musketeers, boleh la tahan gak citer ni... enjoy gak arh..

pasal keje, rasanya takde apa sgt nak diceritakan, cuma lately ni banyak skit program yg nak buat ni... program bersusun-susun je nak kena sattel...

cuaca lak, seminggu dua ni asyik hujan jer sebelah petang / malam... so banyak duk umah je larh lately, coz nak jalan keluar pun malas hujan2 ni... ermm apa ag ek nak story.. buntulah.. takde citer nak share...

k lah... until next update about myownbmxlife.... :)

Monday, October 10, 2011

Kisah Biskut


Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.
Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.


copy from FB Peter Meredan

Sunday, October 2, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

3.10.2011 - ulangtahun kelahiran owner... :)


haii.. follower semua(ada ke...?)... now dah kul 11.52pm 2.10.2011, jap lg tepat kul 12am 3.10.2011, maka usia owner dah meningkat setahun lagi... dah semakin berumur owner ni.. owner ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran owner yang ke .... (biarlah rahsia, yg penting owner tak muda dah..) apapun owner doakan semoga umur owner panjang dan owner mendapat keberkatan dalam hidup owner, apa yg owner nak sempena ulangtahun kelahiran owner ni, owner cuma nak hidup bahagia dan gembira di samping keluarga, sahabat dan rakan owner, tak kiralah rakan yg nyata atau rakan maya...

owner ucapkan terima kasih pada yg wish kat owner,.. hadiah..? tak payah lah.. cukuplah sekadar doa keberkatan utk owner dah larh.. apa pun owner akan terus melangkahkan kaki owner di dunia yang fana ini, mencari arah tujuan dan erti kehidupan, semoga Allah akan memimpin owner dan menujukkan kepada owner jalan yg lurus, jalan yang diberkati.. amin2..

k lah.. just nak share skit, tadi lepas zohor, owner bersama mak, family abg sam, family kak zana, family kak ya dan family harry pergi ke pekan, ke rumah pak da, coz 23hb okt. nnt nak buat kenduri, coz anak dia Alias akan berkahwin pada 22hb, so 23hb tu kenduri menyambut menantu larh.. just nak rekod jew.. hehehe..

k lah.. apa pun sempena hari ulangtahun kelahiran owner ni, owner doakan agar kita semua beroleh keberkatan dan limpahan rahmat dari Allah S.W.T, amin2... insyaAllah.. :)

Friday, September 30, 2011

Perkahwinan Yahya


Just nak share some picture yg sempat owner ambil semasa perkahwinan sahabat lama owner, nama kawan owner ni Yahya, owner kenal dia semasa owner menetap di Bukit Setongkol, kiranya kawan owner masa kecil la ni.. owner ucapkan tahniah kepada Yahya dan isteri beliau, semoga berbahagia selamanya.. majlis ni adalah kenduri menyambut menantu, di adakan di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota pada 18.9.2011, sekali lagi owner ucapkan TAHNIAH... owner ni bila la pulak.. hehehe.. :)


Thursday, September 29, 2011

6 KELEBIHAN BERKAHWIN.... :)


1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya

2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."

3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.

4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.

6. Mengelakkan maksiat [6]
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”


meh kita berkongsi ilmu..... :)

Wednesday, September 28, 2011

kenapa aku jadi malas


sedar tak sedar, dah hampir dekat 1/2 bulan tak update blog ni.. tgklah tu.. owner ni dah malas yek, janganlah hangat2 tahi ayam.. actually owner bz skit lately ni, maklum la dah nak akhir2 tahun ni, banyak lak keje nak sattel, & maybe owner takde story nak dikongsi kowt.. hehehe...

21-22.9.2011 : pejabat melaksanakan program Smartstart dengan kerjasama SUK.. program ok.. hehehe
23-25.9.2011 : so just nak share, baru2 ni adik angkat owner dari JB, si adib ada datang ke kuantan, so 3 hari 2 malam tu la owner teman dia.. bawak dia ke sana, bawa dia ke sini.. kawan dia si andriel pun ada sama... so sempatlah dia beraya ngan pak itam dia.. datang ari jumaat, balik ari ahad...

26.9.2011 : ari ni pejabat buat jamuan raya, so semua sahabat2 dari daerah dtg berkumpul, beraya sama, ermm.. sambutan raya tahun ni cam kurang meriah skit la rasanya.. tapi bab makanan, perghh.. bleh pecah perut kalo makan semua.. hahaha...






27.9.2011 : pejabat menganjurkan program P@W kat Kompleks Penyayang, target peserta seramai 50 - 60 orang, tapu yang datang hanya 17 orang, dari segi penyertaan, program ni agak kurang berjaya, tapi dari segi input kepada peserta, not bad lah.. hehehe..

28.9.2011 : just berada di pejabat, just nak share ngan korang semua, tengahari tu, owner kuar pi tgk wayang, citer Johnny English kat GSC ECM, hahaha.. kalo la orang pejabat tahu, habis la... hehehe.. tapi takpe.. :)

29.9.2011 : Today sepatutnya bertolak ke Raub petang ni, coz esok ada program smart belanja, tapi tak jadi coz program terpaksa dibatalkan saat2 akhir.. so duduk kat pejabat la ari ni dan esok... :)

Friendship


Kupejamkan mata
Kurasakan jiwaku melayang
meninggalkan ragaku
Aku melihat awan putih, langit biru
Kuhempaskan jiwaku
ke salah satu awan
Kicauan burung-burung
terdengar riang dari bawah sana
Damai, tenteram
Semua masalahku terserap kedamaian
Kurasa aku siap membuka mataku kembali
Namun, apa yang terjadi?
Ketika kubuka mataku,
Yang ada hanyalah kepulan awan hitam

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.. Saat tangan terluka, mata menangis.. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.. Persahabatan itu seperti mulut dengan telinga.. Saat mulut tidak bisa berkata, telinga tidak bisa mendengar.. Saat mulut berbicara, telinga mendengarnya..

.::tinta pena Seorang Insan::.

Saturday, September 17, 2011

makan.. makan.. makan..


is so so long time, dah lama tak update blog... kenapa ngan owner ni.. dah malas ke..? atau takde story nak citer..? apa khabar korang semua.. hehehe.. ehh ada ke org baca blog owner ni...? huhhh.. entah lah... lantaklah...

k.. today owner just nak share yang selepas raya ni, owner rasa berat badan owner main naik lah, ye la.. ada je rumah terbuka kat sana sini, kenduri kawin ari sabtu dan ahad..

so today 17.9.2011 Sabtu, ari ni kat umah owner ada kenduri kawin, so tghari tu owner pi makan kenduri kawin tu, then owner bersama azizul pi kenduri kawin ishuwa lak kat peramu jaya 3, pekan, then lepas tu pi lak jamuan raya umah kawan zizul kat galing.. adoi,.. penuh perut rasanya.. itu pun owner makan skit2 jew, itu belum lagi pi kenduri kawin fedy kat Selangor.. hehehe... apapun owner ucapkan tahniah kepada ishuwa dan isteri beliau, dan juga tahniah kepada fedy dan isteri beliau, semoga perkahwinan mereka ini akan berkekalan selama-lamanya.... owner bila lak..? hehehe,.. entah la.. owner takde lagi jawapan tuk soalan tu... biarkan ianya terus menjadi misteri... hehehe... ok2... esok lak 18.9.2011, owner nak ucapkan tahniah kat kawan lama omner, iaitu yahya yang dah pun melangsungkan perkahwinan beliau minggu lepas, so esok beliau akan melangsunkan majlis menyambut menantu di umah mak beliau di bukit setongkol, so hadiah owner dah beli.. tinggal nak serahkan je esok..

k lah,.. rasanya cukup setakat ni je la dulu story owner, maybe next time owner akan update lagi.. sayonara.. :)