welcome

Followers

Sunday, April 3, 2011

SHOPING

Ahad 3.4.2011
Pagi ni, pukul 7.30am aku, faizal, kak aku ina dan 2 orang kawan dia bertolak ke KL.. tujuan..? pi shoping lah.. hehehe.. Kita orang singah utuk sarapan pagi di Rest. Zaman, dekat batu 10.

then dalam kul 8.30 kami bergerak trus ke KL.. sampai kat KL around kul 11am, dengan bantuan garmin yg dipinjam oleh Abg Razak, senang je bagi aku mencari lokasi SOGO, hehehe... tempat persinggahan pertama, lepas puas memusing, then dapatlah aku membeli, sehelai jaket... ni lah pic jaketnya.. ok tak..? hehehe..

lepas shoping kat SOGO dan kawasan sekitarnya, singgah di Masjid India bagi menunaikan kewajipan..

then aku ngan faizal pekena nasi kat SUP Utara,

manakala kak ina dan kawan2 dia pekena nasi kat gerai2 tepi Pertama Kompleks tu je.. lepas makan tengahari, kita org bergerak ke IKEA pulok.. kat IKEA, aku tak beli apa2 pun, yg banyak beli barang, Faizal lah, maklumlah nak masuk umah baru... huhuhu..

then.. dalam kul 6pm. kita orang bergerak keluar dari IKEA.. menuju balik ke Kuantan, sampai ke umah sekitar kul 9.30pm.. then rest2kan diri..

k.. will update later.. c u... :)

Friday, April 1, 2011

cerita hari rabu, khamis dan jumaat

Rabu 30.3.3011
Pagi ni, seperti biasa aku ke pejabat, menyiapkan keje2 biasa, then petang tu, aku, abg jak & puan mazlina bertolak ke Cheringin Hill Convention & Spa Resort, Janda Baik Bentong untuk ceramah esok hari yang akan disampaikan oleh pn.mazlina, kita org bertolak sekitar kul 4.30 ptg dari kuantan, dan sampai ke Janda Baik tu sekitar kul 8 malam. Kat situ, dapat la jumpa Faizal, coz program tu anjuran SUK, so dia jadi urusetia,. hehehe... then lepas check-in, pegi makan jap kat Genting Sempah.. masa nak balik ke hotel tu.. puas gak pusing mencari, sebab sesat.. kikiki.. then sampai hotel, trus lepak, mandi2 & rest... ni pic tempat tu... cantik gak.. hehehe





style="display:block; margin:0px auto 10px; text-align:center;cursor:pointer; cursor:hand;width: 400px; height: 267px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeI1tjJfQwzUn6y8_s05ikgvIPlCPQcAheiVzf95EVS1E9WQa5FMosTdRU_tCdXgioYLX_vGrDt5e8dvKHz-irF6N74XzNUHhRX7x9YGbfCLvK3X5zLyDUQO5ev5rSSUP2w6Vbd5KRQ3XR/s400/image-big22.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5590668357718696258" />
Khamis 31.3.2011
Bangun pagi sekitar kul 6.15am, bersiap2.. then pastu around kul 7am, aku gi ambil barang2 dan buat persiapan dalam dewan sebelum ceramah, kerana ceramah akan start around kul 8am, sempat gak sarapan makan mee teaw.. hehehe.. then aku bantu pn.mazlina ceramah, abis sekitar kul 10.15am.. then dalam kul 11, kita org check-out, then terus menuju ke KL.. ke SOGO.. hehehe..

sempatlah aku nyoping Shaver.. heheh.. balik dari SOGO sekitar kul 3 pm.. then sampai ke Kuantan sekitar kul 6 ptg.. sebelah malam pi ke umah zizul jap tuk makan2, pulut kuning... then balik umah berehat.. sleep..

Jumaat 1.4.2011
Pagi seperti biasa ke pejabat, membuat persiapan barang2 utk pameran, kerana hari ni aku, abg sam dan wan azmin akan bertolak ke Kuala Lipis, kerana esok ada pameran di Felda Sg. Koyan, terima kasih pada kak tni sebab belanja makan nasi ayam,, hehhee.. then malam ni, aku ngan abg sam tido kat Polystar Hotel, wan balik umah nenek dia.. malam tu, aku ngan abg sam pi jalan2 ke Pasar Malam Kuala Lipis.. dapat la makan keropok..huhuu.. liat... skrg mata dah ngantu.. nak tido dulu.. nnt ada masa, update ag k,...

Terima kasih.. :)

Wednesday, March 30, 2011

cerita hari selasa

28.3.2011 - selasa, ari ni kerja spt biasa, pagi ni aku di tugaskan utk melawat tapak dgn kak ros, pn.maz, amirul & abg sam bg program kem kepimpinan pengawas bersama SMK Chenderawasih yg akan di adakan pada minggu hadapan di kempville kempadang, tempat tu kira oklah.. selesa lah... huhuhu...

Sebelah petang, just berada di pejabat je, balik dr pejabat, ak singgah dkt tempat ummi berniaga,lg pun dah lama tak jumpa ummi, lepas tu, aku ajak aiman lepak2 minum dkt jungle foodcourt yg baru dibuka, then balik umah.

Malam tu lak, lepas selesa urusan mengambil dan menghantar mak dari kelas mengaji, aku ke bandar utk menonton wayang citer world invention : battel los angeles, citer dia ok lah, 4 bintang... huhuhu.. then balik umah get my rest... sleep... zzzZZzzzz

Monday, March 28, 2011

coretan seminggu.. huhuhu

aii.. bertemu lagi.. huhuhu.. tgk tu, ari tu berazam nak update selalu blog.. ishh..
k lah... so aku update kan terus utk seminggu ye.. hehehe..

isnin & selasa.. cam biasa je.. keje pastu balik umah, rehat2,

then ari rabu lepas aku ambil off sehari, plan nak pi tgk wayang ngan si dia.. tapi, si dia tak jadi lak.. so nak tak nak.. pi je la tgk wayang sorg2.. huhuhu.. ari rabu tu, aku layan citer Rango.. ni dia punya gambo.. huhuhu...
then ari khamis, keje cam biasa, malam tu kuar karok ngan kawan2,
zul, faizal, izzi, epy dan dijoin oleh adib, tapi adib ni pemalu sgt, so dia tak nyanyi, kita org je melalak smpai kat kul 1am.. pastu pi singgah makan jap kat Midnight Tom Yam.. huhuhu..

then ari jumaat, keje semula cam biasa, malam tu aku kuar ngan adib pi tgk wayang, citer Sucker Punch.. ermm nak kata best sgt citer ni, takde la, tapi ok lah dari citer merong mahawangsa tu.. huhuhu, ni gambo citer tu..
then ari sabtu, cuti.. bangun kat kul 11am, then pi ke Kemaman ngan mak dan kakak2, kenduri kawin anak Pak Teh Mamat, dekat kampung Paya Berenjut.. huhuhu, then petang tu trus balik ke kuantan. malam tu, aku bawak kuar anak2 buah aku ke bando, amir, shahrin & saufi, ermm.. nak tau kemana dia org ajak gi..? gi karaoke... huhuhu.. tak sangka ekk... budak2 zaman skrg,.. ishh.. then pastu tu, sebelum balik, singgah makan KFC..

Ari Ahad lak.. bangun kul 12 tghari, pastu mandi2, then ada makan2 family... so semua ada.. pastu mesyuarat pasal persediaan utk kahwin edy.., then petang tu, just lepak2 kat umah jew,..

Then ari isnin tadi, keje cam biasa, pas balik keje, pi gunting rambut skin head.. huhuhu.. malam lepak kat umah je...

k sekian... nnt kite update lagi ye.. :p


Monday, March 21, 2011

Hadiah Perkahwinan...


ni hadiah perkahwinan untuk Zizul & Ina dan juga hadiah untuk Edy & Dini... apa yg ada dalam bungkusan tu....? huhuhu.. actually hadiah ni aku beli kat IKEA, kebetulan ari tu pi IKEA ngan faizal dan Zudin... so apa lagi, terus la beli hadiah ni tuk dia org...

lau nak tau.. ni lah hadiahnya...


Sekian terima kasih.. :)

Sowy adib.. :)


Semalam kepala aku pening sangat... actually dah berjanji ngan Adib nak ambik dia kat bas stand pukul 3.30am, sebab dia balik dari JB, kete dah siap parking kat luar lagi, alarm dah set.. sedar-sedar dah pukul 6.25am.. huhh.. terus gelabah.. tgk kat fon, ada miscol dari adib.. lorr,.... cian dia, mesti dia balik umah naik teksi.. abis duit dia..

ermm... adib... maaf ye... kadang2 ada perkara yg tak dijangka... harap2 adib tak marah ye.. huhuhu.. takpe2.. nnt sy belanja tgk wayang ye.. huhuhu..


Sowy ye adib.. :)

Perkahwinan Edy & Dini...

Pada 19 Mac 2011, aku telah menghadiri majlis Menyambut Menantu sahabat ku, Fendy atau lebih mesra dipanggil Eddy, majlis telah berlangsung di Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, kemeriahan suasana majlis dapat dilihat dengan kehadiran sahabat handai, saudara mara, rakan taulan dan kenalan.. aku sampai di majlis tu pada pukul 2pm.. kebetulan rombongan dari pihak perempuan pun baru je sampai, so sempat la aku snap beberapa keping pic untuk kenang-kenangan.. so terimalah persembahan pic2 perkahwinan Fendy dan Dini...


Sekian Terima Kasih.... :)

Monday, March 14, 2011

Langkah Kaki


Langkah kaki kian terhenti
dengup jantung tiada bererti
fikiran berputar-putar mencar erti
apakah erti kehidupan abadi
datang dan pergi mencari-cari
sinar suria memanahi diri
langkah kaki kian terhenti
mencari sesuatu yang tidak diketahui
percaya segala takdir ilahi..


Perkahwinan Zizul & Ina

Hari ni, nak citer skit dan post pic perkawhwina Zizul & Ina pada 26 Mac 2011. Tahniah di ucapkan kepada Zizul & Ina, semoga berbahagia dan diberikan keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki, alhamdulillah, dengar-dengar citer, seminggu lepas berkahwin, zizul dah di tawarkan kerja ngan kerajaan Negeri Pahang, urgghh.. tu lah yg dinamakan rezeki kahwin.. apa pun, sekali lagi di ucapkan tahniah, moga mendapat anak-anak yang soleh.. di bawah ni, disertakan 2 / 3 keping pic perkahwinan zizul & ina..

Sekian terima kasih.. :)

Tuesday, March 8, 2011

blur... ehh.. ye ke blur ni..?

Ermm.. apa ekk nak taip.. actually no idea la, nak citer apa lah ek..

tak tau la.. ermm... perasaan skrg.. biasa je.. takde feeling apa2 pun... cuma badan je tired skit.. biasa la tu, banyak keje skit ari ni.. otak pun penat.. ermm... lau ikutkan hati, cam nak tido je lama2.. ermm.. meaning tu nak tidur puas2 lah.. jgn salah faham lak ek.. hahaha..

tapi ye la.. lau tido pun, nnt bangun2, badan lagi la rasa penat & malas.. huhuhu.. so plan apa ek mlm ni..? kuar minum ngan kawan2..? atau duk umah diam2.. huhuhu.. semalam dah puas dah duk umah....

esok keje, lusa keje, tulat keje.. bila nak pi holiday ni... huhuhu.. tp lau holiday, nak pi mana ek..? nak ajak sapa..? kena gak ada duit.. cukup ke duit nak pi holiday..? ishh...

bila la agaknya org nak bagi duit banyak2 kat aku.. hehehe... bagi RM10,000.000.00 kew,.. senang.. tak payah keje.. keje pi jalan2 jew.. kikiki.. :)

k lah.. waktu maghrib dah nak masuk... lain kali ada masa, kite update lagi blog yg tak berapa nak update ni.. huhuhu... k.. jumpa lg.. :)

Tuesday, January 18, 2011

CINTA ARJUNA


Kupeluk indah manisnya cinta, Semuanya terasa indah, Bagai di alam cerita cinta, Hadir bahagia selama-lama

Katamu kekasih yang sedang kita alami, Takkan kekal ’tuk selamanya Mengapa kekasih, Tiada kau percaya, Kebenaran cerita kita Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan, Selamilah pada kejujuranku Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu, Percayalah oh puteri

Katamu kekasih yang sedang kita alami, Takkan kekal ’tuk selamanya Mengapa kekasih, Tiada kau percaya, Kebenaran cerita kita Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan, Selamilah pada kejujuranku Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu, Percayalah oh puteri

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan, Selamilah pada kejujuranku Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu, Percayalah oh puteri Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan, Selamilah pada kejujuranku Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu, Percayalah oh puteri Ooooh… Percayalah bidadari…..

Wednesday, April 21, 2010

Renungan kita bersama

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Lagi Gambar Cuti-cuti Malaysia di Melaka

Gambar-gambar percutian keluarga ke Melaka Bandar Bersejarah... huhuhu...

Batu Bersurat Melaka
Keretapi Tanah Melayu
Berlatarbelakangkan Hang Tuah

Monday, April 19, 2010

Percutian Cuti-cuti Malaysia ke Melaka

Ilmi bersama hamster di Zoo Melaka



Saufi baru tiba di Zoo Melaka

Aina bersama rama-ramanya..

Erin menunjukkan lidahnya yang pendek.. huhuhu

Amir Hamzah sedang menunggu bangla bagi makan harimau bintang kat belakang tu..

Shahrin bajet hensem..?


Sunday, April 4, 2010

Anak Sedara



isap puting lagi


Makcik Amira Husna

Ilmi yg tembam



Saufi sedang menikmati minuman petang

Tuesday, September 15, 2009

RAMADHAN.. kau pergi jua

Dia telah datang sungguh.. Dia kini begitu dekat.. Dia yang kau tunggu sekian lama.. Dia yang kau nanti kala hari berganti hari..

Apa lagi..? Apa lagi yang kini kau pikirkan..? Kesempatan tak datang untuk yang ke 2 kali.. Segeralah katakan “Sungguh, aku tak ingin kehilangan”mu”. Aku tak ingin siakan kehadiranmu.. Karena engkau yang ku tunggu.. Hadirmu begitu bererti, karena ku tak tahu, adakah nanti kau kan hadir kembali dalam kehidupanku ini..”

Segera.. Segera sambut kehadirannya dengan bekal yang telah kau persiapkan.. Bekal CINTA, KERINDUAN, dan KETAATAN pada yang telah mempertemukanmu dengan”nya”.

Sebegitu sulitkah..? Sebegitu keraskah hatimu untuk menerima kehadiran”nya”? Menyambut”nya” dengan setitis senyum nan penuh ketulusan Menitiskan air mata keharuan dengan sebungkah harapan...

Apa yang menghalangimu..? Sungguh, kau akan kerugian jika tak mengatakan YA atas kedatangannya.

Karena Dia...
Dia....
Dialah RAMADHAN
yang akan kau tinggalkan dengan berjuta keikhlasan dalam beribadah kepada-Nya

KEHILANGANMU DIRASAI

Betapa kami kehilangan ramadhan.. Kedatanganmu kami sambut gembira "Marhaban ya Ramadhan".. Bergelut sebulan begitu cepat. Sehari, dua hari, tiga hari… Tumpah jua akhirnya air mata tuk melepas kepergianmu

Tak terasa harus berpisah denganmu... meski Ingin terus bersamamu, menuai rindu bertafakkur kepada yang memuliakanmu... Meyakinkan diri menjadi jiwa baru.. Semoga kami bisa beramal lebih baik setelah bulan-bulanmu.. Menunggumu esok lebih baik (semoga
diperpanjang umurku dalam kebaikan) Betapa kelu lidah kami, tiada berani untuk
berucap "selamat tinggal padamu"…

SALAM AIDILFITRI

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada. Semoga segala amalan baik yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu akan dibawa berterusan selamanya. Semoga tahun depan akan dapat lagi bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakat ini.

Thursday, August 27, 2009

JOM JOIN AKU TIDO... BEST TIDO NI..

NGANTUK SANGAT LA NI.. TIDO SAMPAI TAK KENAL ORANG

JOM KITA HAYATI DAN RENUNGI KATA-KATA HIKMAH INI

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

“Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum.. salam 1Malaysia.... di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua.. tingkatkan amal di bulan yang diberkati ini.. Salam Sayang