welcome

Followers

Monday, September 24, 2012

PELANGI SENJA UNTUK SAHABATKU

Aku bukan air yang bisa menyirami api kemarahanmu. Aku bukan udara yang bisa membuatmu terus bernafas. Apalagi cahaya yang bisa menyinarimu di setiap gelap gelita Aku hanya sahabatmu… Aku bukan batu yang tak merasakan sakit jika kau pukul. Aku bukan pena yang selalu mengikuti arahmu menulis. Apalagi indahnya nada yang membuatmu tenang Aku hanya saudaramu… Aku bukan keras, aku bukan lembek, hanya mencuba untuk tegas. Aku bukan benci, aku bukan dendam, hanya mencuba berbicara. Aku hanya manusia biasa… Aku selalu mencuba untuk menjadi Air. Selalu mencuba untuk menjadi udara dan terus mencuba menjadi cahaya. Tapi saat aku lelah mencuba, Tolong Kuatkan aku… Agar Kita Tetap Bersatu… Agar kita tetap menjadi perisai untuk mereka yang ingin menghancurkan kita. Agar kita tetap menjadi bara yang bisa membakar mereka yang ingin memecahkan kita Sahabatku..Saudaraku… Redakanlah Api Amarahmu, dan kuhilangkan sakit di hatikuku. Kita pancarkan kembali mentari yang bersiap menerangi..dan menjemput keindahan pelangi senja… Bersama .. !!

PERTEMUAN SETELAH 5 BULAN KEJADIAN 14 APRIL 2012

15 September 2012, genap 5 bulan selepas kejadian owner, adib dan andriel excident di LPT berhampiran Lancang pada 14 April 2012 yang lalu, Kami bertiga dipertemukan sekali lagi. Kali ini adib datang ke Kuantan untuk jalan-jalan sempena Hari Raya Aidilfitri, andriel pun di ajak sekali berkumpul di rumah owner. Kami berkampung di rumah owner selama 3 hari, Adib sampai ke Kuantan pada (15 Sept) Sabtu malam, owner menjemput adib di terminal dan seterusnya mengambil Andriel di rumah kakaknya di Cenderawasih. Malam tu kami berjalan2 ke Teluk Chempedak, kemudian kami makan malam di Restoran Jembal, Balok. Kemudian kami balik tido, Keesokan pagi Adib mengajak owner dan Andriel beraya ke rumah Pak Itam dia di Kempadang, lepas beraya di rumah Pak Itam, owner ajak Adib dan Andriel beraya ke rumah rakan sepejabat owner yg kebetulan menjemput owner ke rumah terbuka beliau di Bandar Putra, selepas beraya tu, owner bawak adib dan andriel berjalan2 ke bandar, selepas penat berjalan, kami pun balik ke rumah kepenatan, malam tu dia orang ajak owner makan di Arked Nelayan Tg. Api, dimana dulu semasa adib belajar di Kuantan, di situlah dia selalu mengisi perutnya yg kelaparan. Lepas makan kita orang balik berehat ke rumah.
Esoknya ari Isnin, lepas breakfast di Restoran Suzzane di Indera Mahkota, adib bercadang untuk beli tiket balik ke JB pada petang tu, tapi malangnya, tiket utk ari itu dan abis, nak tak nak, adib terpaksa stay untuk sehari lagi di Kuantan, Lepas beli tiket, kami menghantar Andriel ke rumak kakaknya kerana dia nak balik ke Chini, lepas hantar Andriel, owner dan adib balik ke rumah sambung tido... malam tu owner keluar makan dengan adib dan seorang kawan yg baru owner dan adib kenal iaitu Syawal, kami makan di Tanjung Lumpur, lepas makan kami balik tido, Esok arinya owner pergi kerja dan membawa adib bersama, kerana bas yg akan dia naiki pagi tu pukul 9pagi.. nak dijadikan cerita, bila Adib nak naik bas, driver bas bagitau ini tiket pukul 10.30am, setelah diteliti, memang tiket tu pukul 10.30am, kesian adib, terpaksa tunggu untuk 1 setengah jam lagi, kebetulan aritu owner tak banyak keje di pejabat so owner teman je la adib sehingga bas yang dia naiki bergerak menuju ke JB.. setelah itu, owner balik ke pejabat, meneruskan kehidupan seperti biasa. Kepada adib, owner doakan semoga kecederaan bahu yg adib alami semasa kemalangan dulu akan sembuh sepenuhnya dan tulang yg patah tu akan bercantum rapat seperti keadaan normal, owner doakan semoga adib tabah menghadapi hari2 mendatang, owner memang merasa bersalah atas apa yg berlaku pada Adib, kalo tak kerana kelalaian owner, dan tentu adib tak cedera camtu.. owner dengan rasa rendah diri memohon jutaan kemaafan kepada adib dan keluarga beliau.. Kepada Andriel pula, walaupun tak ada kecederaan luaran, tapi owner tahu, andriel tetap juga mengalami sakit di bahagian dalaman semasa excident tempohari, owner juga memohon jutaan kemaafan kepada andriel, owner doakan semoga andriel akan berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna... Kepada diri owner pula.. teruskan langkahmu.. sekali sekala tolehlah ke belakang, tak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan, apa yang penting kita sedar akan kesilapan kita itu dan bertekad untuk memperbaikinya.. Sekian dari owner 25.9.2012 / 1.59am

Wednesday, September 12, 2012

Apabila Anggota Badan Berdenyut

Kening owner asyik berdenyut2 je dari semalam,jadi tanpa membuang masa, owner pun 'serve'lah internet untuk mencari apakah 'penyakit' yang telah menyerang owner sehingga kening kanan owner ni asyik berdenyut-denyut jer. Dan dibawah ini adalah jawapan yang saya dapat dari hasil pencarian owner di internet. Oklah, nak tahu apa dia? Jom baca keterangan dibawah... Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut 1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan. 2. Kepala : akan mendapat anugerah raja. 3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat. 4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang. 5. Kening sebelah kiri : akan gembira. 6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang. 7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati. 8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang. 9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan. 10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik. 11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis. 12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis. 13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam. 14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda. 15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan. 16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati. 17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh. 18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang. 19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit. 20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal. 21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya. 22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan. 23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan. 24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya. 25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik. 26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar. 27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat. 28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara. 29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik. 30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung. 31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat. 32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras. 33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh. 34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit. 35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita. 36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit 37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar. 38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit. 39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang. 40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan. 41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan. 42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya. 43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu. 44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan. 45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang. 46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat. 47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki. 48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak. 49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan. 50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehijodoh. 51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak. 52. Ulu hati : akan mendapat wang. 53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang. 54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang. 55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan. 56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki. 57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang. 58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan. 59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang. 60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang. 61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh. 62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang. 63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang. 64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan. 65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung. 66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik. 67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh. 68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan. 69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan. 70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit. 71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah. 72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan. 73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah. 74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik. 75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang. 76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh. 77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu. 78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu. 79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan. 80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh. Hmm... itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut tu... Walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja. Nak percaya sangat pun, kita tak tahu kesahihannya kan? Ok... ini saja untuk entry kali ni... ;)

MALAM SEPI

Di malam yang kian hening Di tengah dingin yang menusuk kulit Membuat hatiku tak bisa bergemitang Menghadapi cubaan yang kian membelit Di tengah malam yang sunyi Di dalam kegelapan yang kian sepi Ku ingin titiskan air mata Menghadapi kesedihan yang terus menerpa Tapi kupercaya Dialah satu-satunya yang Maha Kuasa Yang bisa mententramkan jiwa Menenangkan hati yang duka Aku tak ragu Dialah satu-satunya yang Maha Tahu Selalu terjaga dan tak pernah tertidur Melindungi hamba-hamba-Nya yang bersyukur

Monday, September 3, 2012

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT LPPKN TAHUN 2012

29.8.2012 (Rabu) pejabat owner telah mengadakan jamuan hari raya, bersama-sama ini owner uploadkan beberapa keping gambar untuk kenangan.