Just nak share some picture yg sempat owner ambil semasa perkahwinan sahabat lama owner, nama kawan owner ni Yahya, owner kenal dia semasa owner menetap di Bukit Setongkol, kiranya kawan owner masa kecil la ni.. owner ucapkan tahniah kepada Yahya dan isteri beliau, semoga berbahagia selamanya.. majlis ni adalah kenduri menyambut menantu, di adakan di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota pada 18.9.2011, sekali lagi owner ucapkan TAHNIAH... owner ni bila la pulak.. hehehe.. :)
welcome
Followers
Friday, September 30, 2011
Perkahwinan Yahya
Just nak share some picture yg sempat owner ambil semasa perkahwinan sahabat lama owner, nama kawan owner ni Yahya, owner kenal dia semasa owner menetap di Bukit Setongkol, kiranya kawan owner masa kecil la ni.. owner ucapkan tahniah kepada Yahya dan isteri beliau, semoga berbahagia selamanya.. majlis ni adalah kenduri menyambut menantu, di adakan di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota pada 18.9.2011, sekali lagi owner ucapkan TAHNIAH... owner ni bila la pulak.. hehehe.. :)
Thursday, September 29, 2011
6 KELEBIHAN BERKAHWIN.... :)

1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."
3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.
4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.
5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat [6]
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”

meh kita berkongsi ilmu..... :)
Wednesday, September 28, 2011
kenapa aku jadi malas

sedar tak sedar, dah hampir dekat 1/2 bulan tak update blog ni.. tgklah tu.. owner ni dah malas yek, janganlah hangat2 tahi ayam.. actually owner bz skit lately ni, maklum la dah nak akhir2 tahun ni, banyak lak keje nak sattel, & maybe owner takde story nak dikongsi kowt.. hehehe...
21-22.9.2011 : pejabat melaksanakan program Smartstart dengan kerjasama SUK.. program ok.. hehehe
23-25.9.2011 : so just nak share, baru2 ni adik angkat owner dari JB, si adib ada datang ke kuantan, so 3 hari 2 malam tu la owner teman dia.. bawak dia ke sana, bawa dia ke sini.. kawan dia si andriel pun ada sama... so sempatlah dia beraya ngan pak itam dia.. datang ari jumaat, balik ari ahad...
26.9.2011 : ari ni pejabat buat jamuan raya, so semua sahabat2 dari daerah dtg berkumpul, beraya sama, ermm.. sambutan raya tahun ni cam kurang meriah skit la rasanya.. tapi bab makanan, perghh.. bleh pecah perut kalo makan semua.. hahaha...
27.9.2011 : pejabat menganjurkan program P@W kat Kompleks Penyayang, target peserta seramai 50 - 60 orang, tapu yang datang hanya 17 orang, dari segi penyertaan, program ni agak kurang berjaya, tapi dari segi input kepada peserta, not bad lah.. hehehe..
28.9.2011 : just berada di pejabat, just nak share ngan korang semua, tengahari tu, owner kuar pi tgk wayang, citer Johnny English kat GSC ECM, hahaha.. kalo la orang pejabat tahu, habis la... hehehe.. tapi takpe.. :)

29.9.2011 : Today sepatutnya bertolak ke Raub petang ni, coz esok ada program smart belanja, tapi tak jadi coz program terpaksa dibatalkan saat2 akhir.. so duduk kat pejabat la ari ni dan esok... :)
Friendship

Kupejamkan mata
Kurasakan jiwaku melayang
meninggalkan ragaku
Aku melihat awan putih, langit biru
Kuhempaskan jiwaku
ke salah satu awan
Kicauan burung-burung
terdengar riang dari bawah sana
Damai, tenteram
Semua masalahku terserap kedamaian
Kurasa aku siap membuka mataku kembali
Namun, apa yang terjadi?
Ketika kubuka mataku,
Yang ada hanyalah kepulan awan hitam

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.. Saat tangan terluka, mata menangis.. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.. Persahabatan itu seperti mulut dengan telinga.. Saat mulut tidak bisa berkata, telinga tidak bisa mendengar.. Saat mulut berbicara, telinga mendengarnya..
.::tinta pena Seorang Insan::.
Saturday, September 17, 2011
makan.. makan.. makan..

is so so long time, dah lama tak update blog... kenapa ngan owner ni.. dah malas ke..? atau takde story nak citer..? apa khabar korang semua.. hehehe.. ehh ada ke org baca blog owner ni...? huhhh.. entah lah... lantaklah...
k.. today owner just nak share yang selepas raya ni, owner rasa berat badan owner main naik lah, ye la.. ada je rumah terbuka kat sana sini, kenduri kawin ari sabtu dan ahad..
so today 17.9.2011 Sabtu, ari ni kat umah owner ada kenduri kawin, so tghari tu owner pi makan kenduri kawin tu, then owner bersama azizul pi kenduri kawin ishuwa lak kat peramu jaya 3, pekan, then lepas tu pi lak jamuan raya umah kawan zizul kat galing.. adoi,.. penuh perut rasanya.. itu pun owner makan skit2 jew, itu belum lagi pi kenduri kawin fedy kat Selangor.. hehehe... apapun owner ucapkan tahniah kepada ishuwa dan isteri beliau, dan juga tahniah kepada fedy dan isteri beliau, semoga perkahwinan mereka ini akan berkekalan selama-lamanya.... owner bila lak..? hehehe,.. entah la.. owner takde lagi jawapan tuk soalan tu... biarkan ianya terus menjadi misteri... hehehe... ok2... esok lak 18.9.2011, owner nak ucapkan tahniah kat kawan lama omner, iaitu yahya yang dah pun melangsungkan perkahwinan beliau minggu lepas, so esok beliau akan melangsunkan majlis menyambut menantu di umah mak beliau di bukit setongkol, so hadiah owner dah beli.. tinggal nak serahkan je esok..
k lah,.. rasanya cukup setakat ni je la dulu story owner, maybe next time owner akan update lagi.. sayonara.. :)
Wednesday, September 7, 2011
Hari Raya Puasa 2011
Haii semua.. dah lama gak owner tak update blog ni kan, so skrg masih lagi dalam bulan syahwal, so apa kata owner masukkan pic2 masa hari raya, sory la tak banyak pic yg lawo2, coz yang ambik gambar ni anak buah owner, si amira dan tyrah, owner bagi dia org je pegang kamera, so nak tau gambar apa yg dia org banyak ambik..? gambar apa lagi, gambar dia org je la.. mujurlah ada skit2 gambar suasana hari raya, so owner uploadkan untuk kenangan2an... k lah.. nnt kalo owner ada story, owner update ag bloh ni k... :)

Friday, September 2, 2011
5 kelebihan jadi single
Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya kat artikel akan datang. Ia terpulang pada diri kita untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
note :
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.
sekadar untuk menambah ilmu.. hehehe.. sayonara.... :)
Sunday, August 28, 2011
Ramadan Kau Pergi Jua
Ya Rabbi.....
Kenapa Ya Allah....
Jarang sekali perasaan itu timbul..
Tatkala Ramadhan bertandang ku Ucapan kesyukuran memanjang di bibirku...
Indah sekali terasa indahnya ibadah itu
Rindu sekali akan nikmat solat bertarawikh
Tenang sekali tatkala mengalunkan zikrullah padaMu
Mengalir air mata hangat ini tatkala mengaminkan doa hanya untukMu....
Ya Rabbi.....
Rupanya sebentar saja kenikmatan itu...
Sekejap saja tempoh selama sebulan itu
Ramadhan bakal melangkah pergi jua
Terfikir di benak ini, adakah diterima ibadahku ini??
Ya Rahman....
Tamakkah kami??
Sekiranya terus meminta agar dapat menempuh Ramadhan yg akan datang
Andai kami terus berharap agar punya kesempatan ini
Jikalau terus berimpian merasai kesucian Ramadhan ini...
Seluruh alam menangisi pemergianmu, Ramadhan...
Jernih dan suci titisan ini menuruni pipi
Kunjunganmu amatlah dinanti-nantikan
Panjang doa ini agar dipertemukan lagi denganmu, Ramadhan....
Ramadhan........ kau pergi jua.... :(
Saturday, August 27, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
28.8.2011/Ahad : sedar tak sedar.. dah berada di penghujung ramadan.. cepatnya masa berlalu.. tanpa menunggu sesaat pun.. adakah owner lalai dalam memperbanyakkan ibadah dalam bulan ramadan ini sehinggakan owner tak perasan yang kita dah berada di penghujung ramadan, adalah kita akan berjumpa di ramadan yang akan datang..? adakah ramadan tahun ini lebih baik dari ramadan tahun2 yang lepas..? fikirkan sejenak.. sama-samalah kita saling ingat mengingati.. di kesempatan ini owner ingin mengucapkan salam aidilfitri, mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran kata-kata selama ini, owner insan yang kerdil, tak sempurna.. dan tak terkecuali melakukan kesilapan.. so pada yang balik kampung, owner ucapkan, selamat sampai ke destinasi masing2, semoga bergumbira di aidilfitri ini... sekali lagi owner ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Wednesday, August 24, 2011
noodle station..? maybe no more.. huhuhu
Today.. ehh.. bukan2.. semalam 24.8.2011/Rabu : dah genap 24 hari berpuasa di bulan ramadan, today owner pi keje cam biasa2, ari ni memecut laju menaiki kereta kuda, pagi ni owner kuar awal skit. coz pagi ni owner kena tolong kawan2 sepejabat untuk laksanakan program di SABS, program sejam je.. tapi program untuk 1000 orang lebih pelajar.. hahaha.. gilos.. tak pernah buat program sekali jalan tuk 1000 orang.. hahaha.. apa2 pun, owner ucapkan tahniah kepada kawan2 sepejabat owner kerana bersama2 manjayakan program tu.. then lepas tu, balik ke pejabat.. buat keje lebih kurang.. sebelah petang lak, owner kuar sekejap.. pi beli barang yg kawan owner pesan, then sempat gak owner masuk ke tmpat cuci kereta bergerak. coz kete owner dah kotor sgt... tapi basuh kat luar je, kat dalam owner akan buat sendiri.. then petang tu owner berbuka puasa ngan kawan owner alimi kat noodle station kat ECM... so lembab dah la tu, mahah nak mampus.. hahahah.... dah dekat pukul 8pm baru makanan sampai.. pasni sumpah tak nak berbuka kat kedai2 camni lagi.. huhuhu.. then pas berbuka, owner dan janji ngan alimi nak belanja dia tgk wayang, so malam tu kita org pi tgk wayang, pi tgk citer Rise Of The Planet Of The Apes...
4 bintang la citer dia.. ok lah.. huhuhu.. then lepas abis tgk wayang, owner hantar alimi balik dan owner pun balik umah... jap2 lagi nak tido la ni.. sory la ada bahasa2 kesat skit kat atas tu.. huhuhu.. bukan apa. owner geram jew.. :p
-------------------------------------------------------------------------------------
23.8.2011/Selasa : ari ni owner tak pi keje, coz owner demam.. dapat MC 2 hari..so owner duk umah je la.. tidur baring tidur baring.. petang tu owner dapat mesej dari kawan, basirah namanya, dia menjemput ke majlis berbuka puasa bersama exco kita org, iaitu YB Dato' Shafik Fauzan bin Sharif, Adun Inderapura, di sebabkan petang tu owner rasa cam dah sihat skit, so owner pun pi la join berbuka puasa, actually owner beria-ria nak pi bukan apa, coz berbuka puasa kali ni unik skit, iaitu di padang MPK.. kiranya open air-lah.. sbb tu la beria sgt nak pi.. akhirnya sampai jugak hajat owner nak berbuka puasa kat padang MPK yang dah glamour coz dah beberapa kali masuk TV dan surat khabar. Tapi masa nak berbuka tu, owner dah rasa cam tak berapa sihat semula.. so nak makan pun tak berselera sgt.. so owner makan la skit2 apa yg di hidangkan tu.. lepas majlis berbuka tu, YB ada buat solat maghrib berjemaah, tapi owner tak dapat joinlah, coz tak ambil air sembahyang lagi, so owner sembahyang kat masjid dah ler... hehehe.. lepas tu owner terus rasa cam nak baring je, ye la.. badan dah tak sihat semula, so owner pun terus memandu balik ke umah.. beristirehat kat umah.. tido... ZzzzZZZ...
ni pic skitar majlis berbuka puasa tu, gambar owner takde sebab owner asyik ambil gambar org je

-------------------------------------------------------------------------------------
22.8.2011/Isnin : today owner MC coz demam.. so duk kat umah je.... tido.. tido.. tido.., pi klinik.., tido.., berbuka puasa bersama mak dan adik owner leman namanya.., then tido.. ONLINE jap.. tido.. tido.. bangun sahur... hebat kan.. mesti banyak pahala dapat ni.. huhuhu.. rugi je puasa, tapi takpe, janji tak tinggalm puasa dah ler.. hehehe...
k2.. until the next update.. sayonara... :)
4 bintang la citer dia.. ok lah.. huhuhu.. then lepas abis tgk wayang, owner hantar alimi balik dan owner pun balik umah... jap2 lagi nak tido la ni.. sory la ada bahasa2 kesat skit kat atas tu.. huhuhu.. bukan apa. owner geram jew.. :p-------------------------------------------------------------------------------------
23.8.2011/Selasa : ari ni owner tak pi keje, coz owner demam.. dapat MC 2 hari..so owner duk umah je la.. tidur baring tidur baring.. petang tu owner dapat mesej dari kawan, basirah namanya, dia menjemput ke majlis berbuka puasa bersama exco kita org, iaitu YB Dato' Shafik Fauzan bin Sharif, Adun Inderapura, di sebabkan petang tu owner rasa cam dah sihat skit, so owner pun pi la join berbuka puasa, actually owner beria-ria nak pi bukan apa, coz berbuka puasa kali ni unik skit, iaitu di padang MPK.. kiranya open air-lah.. sbb tu la beria sgt nak pi.. akhirnya sampai jugak hajat owner nak berbuka puasa kat padang MPK yang dah glamour coz dah beberapa kali masuk TV dan surat khabar. Tapi masa nak berbuka tu, owner dah rasa cam tak berapa sihat semula.. so nak makan pun tak berselera sgt.. so owner makan la skit2 apa yg di hidangkan tu.. lepas majlis berbuka tu, YB ada buat solat maghrib berjemaah, tapi owner tak dapat joinlah, coz tak ambil air sembahyang lagi, so owner sembahyang kat masjid dah ler... hehehe.. lepas tu owner terus rasa cam nak baring je, ye la.. badan dah tak sihat semula, so owner pun terus memandu balik ke umah.. beristirehat kat umah.. tido... ZzzzZZZ...
ni pic skitar majlis berbuka puasa tu, gambar owner takde sebab owner asyik ambil gambar org je

-------------------------------------------------------------------------------------
22.8.2011/Isnin : today owner MC coz demam.. so duk kat umah je.... tido.. tido.. tido.., pi klinik.., tido.., berbuka puasa bersama mak dan adik owner leman namanya.., then tido.. ONLINE jap.. tido.. tido.. bangun sahur... hebat kan.. mesti banyak pahala dapat ni.. huhuhu.. rugi je puasa, tapi takpe, janji tak tinggalm puasa dah ler.. hehehe...
k2.. until the next update.. sayonara... :)
Monday, August 22, 2011
Demam di bulan puasa
haii.. semua.. owner dah 2 hari demam, ari ni masuk hari ke 3, semalam owner dah pi klinik, dapat la ubat demam, ubat sakit tekak, ubat tahan sakit dan ubat batuk.. walaupun demam, owner tetap berpuasa, huhuhu.. skrg owner ambil masa ni tuk berehat secukup-cukupnya... semalam seharian suntuk owner asyik tido je.. ye la.. nak bangun pun tak larat, tapi ari ni owner dah rasa segar skit, lepas makan ubat2 yg doc bagi.. ari ni owner harap, owner akan sembuh sepenuhnya.. insyaAllah.. kan.. :)
Saturday, August 20, 2011
majlis berbuka puasa 2011
tgk.. dah berapa hari owner tak update blog ni... ermm.. ok2.. today
20.8.2011 - sabtu bersamaan 20 ramadan, owner pagi tido kat myResort smpai tghari, then petang tu pi kuar jap, hantar alimi ke kompleks, then pi cari kuih skit utk majlis berbuka puasa bersama-sama kawan2.. so ptg tu dalam kul 6.15pm owner bersama faizal menuju ke Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, bersama-sama memeriahkan majlis adalah Izzi, isteri dan anak2, fadli, isteri dan anak2, mang, ister dan anak2, manakala yng dtg single owner, faizal, zul dan along, kawan2 yang lain tak dpt dtg coz ada komitmen masing2.. so ni owner masukan sedikit oic majlis berbuka tu, gambar owner takde, coz owner jadi fotografer, coz yg lain sibuk nak mencekik.. hehehe.. k.. enjoy the pic k.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)