welcome
Followers
Friday, September 30, 2011
Perkahwinan Yahya
Just nak share some picture yg sempat owner ambil semasa perkahwinan sahabat lama owner, nama kawan owner ni Yahya, owner kenal dia semasa owner menetap di Bukit Setongkol, kiranya kawan owner masa kecil la ni.. owner ucapkan tahniah kepada Yahya dan isteri beliau, semoga berbahagia selamanya.. majlis ni adalah kenduri menyambut menantu, di adakan di Dewan Kompleks Dagangan Indera Mahkota pada 18.9.2011, sekali lagi owner ucapkan TAHNIAH... owner ni bila la pulak.. hehehe.. :)
Thursday, September 29, 2011
6 KELEBIHAN BERKAHWIN.... :)
1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."
3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.
4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.
5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat [6]
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
meh kita berkongsi ilmu..... :)
Wednesday, September 28, 2011
kenapa aku jadi malas
sedar tak sedar, dah hampir dekat 1/2 bulan tak update blog ni.. tgklah tu.. owner ni dah malas yek, janganlah hangat2 tahi ayam.. actually owner bz skit lately ni, maklum la dah nak akhir2 tahun ni, banyak lak keje nak sattel, & maybe owner takde story nak dikongsi kowt.. hehehe...
21-22.9.2011 : pejabat melaksanakan program Smartstart dengan kerjasama SUK.. program ok.. hehehe
23-25.9.2011 : so just nak share, baru2 ni adik angkat owner dari JB, si adib ada datang ke kuantan, so 3 hari 2 malam tu la owner teman dia.. bawak dia ke sana, bawa dia ke sini.. kawan dia si andriel pun ada sama... so sempatlah dia beraya ngan pak itam dia.. datang ari jumaat, balik ari ahad...
26.9.2011 : ari ni pejabat buat jamuan raya, so semua sahabat2 dari daerah dtg berkumpul, beraya sama, ermm.. sambutan raya tahun ni cam kurang meriah skit la rasanya.. tapi bab makanan, perghh.. bleh pecah perut kalo makan semua.. hahaha...
27.9.2011 : pejabat menganjurkan program P@W kat Kompleks Penyayang, target peserta seramai 50 - 60 orang, tapu yang datang hanya 17 orang, dari segi penyertaan, program ni agak kurang berjaya, tapi dari segi input kepada peserta, not bad lah.. hehehe..
28.9.2011 : just berada di pejabat, just nak share ngan korang semua, tengahari tu, owner kuar pi tgk wayang, citer Johnny English kat GSC ECM, hahaha.. kalo la orang pejabat tahu, habis la... hehehe.. tapi takpe.. :)
29.9.2011 : Today sepatutnya bertolak ke Raub petang ni, coz esok ada program smart belanja, tapi tak jadi coz program terpaksa dibatalkan saat2 akhir.. so duduk kat pejabat la ari ni dan esok... :)
Friendship
Kupejamkan mata
Kurasakan jiwaku melayang
meninggalkan ragaku
Aku melihat awan putih, langit biru
Kuhempaskan jiwaku
ke salah satu awan
Kicauan burung-burung
terdengar riang dari bawah sana
Damai, tenteram
Semua masalahku terserap kedamaian
Kurasa aku siap membuka mataku kembali
Namun, apa yang terjadi?
Ketika kubuka mataku,
Yang ada hanyalah kepulan awan hitam
Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.. Saat tangan terluka, mata menangis.. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.. Persahabatan itu seperti mulut dengan telinga.. Saat mulut tidak bisa berkata, telinga tidak bisa mendengar.. Saat mulut berbicara, telinga mendengarnya..
.::tinta pena Seorang Insan::.
Saturday, September 17, 2011
makan.. makan.. makan..
is so so long time, dah lama tak update blog... kenapa ngan owner ni.. dah malas ke..? atau takde story nak citer..? apa khabar korang semua.. hehehe.. ehh ada ke org baca blog owner ni...? huhhh.. entah lah... lantaklah...
k.. today owner just nak share yang selepas raya ni, owner rasa berat badan owner main naik lah, ye la.. ada je rumah terbuka kat sana sini, kenduri kawin ari sabtu dan ahad..
so today 17.9.2011 Sabtu, ari ni kat umah owner ada kenduri kawin, so tghari tu owner pi makan kenduri kawin tu, then owner bersama azizul pi kenduri kawin ishuwa lak kat peramu jaya 3, pekan, then lepas tu pi lak jamuan raya umah kawan zizul kat galing.. adoi,.. penuh perut rasanya.. itu pun owner makan skit2 jew, itu belum lagi pi kenduri kawin fedy kat Selangor.. hehehe... apapun owner ucapkan tahniah kepada ishuwa dan isteri beliau, dan juga tahniah kepada fedy dan isteri beliau, semoga perkahwinan mereka ini akan berkekalan selama-lamanya.... owner bila lak..? hehehe,.. entah la.. owner takde lagi jawapan tuk soalan tu... biarkan ianya terus menjadi misteri... hehehe... ok2... esok lak 18.9.2011, owner nak ucapkan tahniah kat kawan lama omner, iaitu yahya yang dah pun melangsungkan perkahwinan beliau minggu lepas, so esok beliau akan melangsunkan majlis menyambut menantu di umah mak beliau di bukit setongkol, so hadiah owner dah beli.. tinggal nak serahkan je esok..
k lah,.. rasanya cukup setakat ni je la dulu story owner, maybe next time owner akan update lagi.. sayonara.. :)
Wednesday, September 7, 2011
Hari Raya Puasa 2011
Haii semua.. dah lama gak owner tak update blog ni kan, so skrg masih lagi dalam bulan syahwal, so apa kata owner masukkan pic2 masa hari raya, sory la tak banyak pic yg lawo2, coz yang ambik gambar ni anak buah owner, si amira dan tyrah, owner bagi dia org je pegang kamera, so nak tau gambar apa yg dia org banyak ambik..? gambar apa lagi, gambar dia org je la.. mujurlah ada skit2 gambar suasana hari raya, so owner uploadkan untuk kenangan2an... k lah.. nnt kalo owner ada story, owner update ag bloh ni k... :)
Friday, September 2, 2011
5 kelebihan jadi single
Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya kat artikel akan datang. Ia terpulang pada diri kita untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
note :
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.
sekadar untuk menambah ilmu.. hehehe.. sayonara.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)