welcome

Followers

Tuesday, October 9, 2012

ASKARA RINDU

rindu itu penuh kepada setiap aksara sering tertinggal dalam gumpalan rasa berikan ia sayap kata juga tenang angin moga setiap rindu lalu mampu dituliskan kembali.

Thursday, October 4, 2012

HAPPY BIRTHDAY SHAHRIMAN IBRAHIM

Hari ni 5.10.2012, baru je lepas 2 hari Ulang tahun kelahiran owner pada 3 Oktober yang lalu.... setahun lagi usia owner meningkat, tiada sambutan hari jadi, tiada potong kek, tiada hadiah, owner hanya menerima ucapan2 tahniah dari kawan2 di FB... Owner ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 owner yg sudi meluangkan masa mengucapkan Happy Birthday to owner, terima kasih juga pada sahabat2 yang sudi mendoakan buat owner, macam2 doa korang ek... yg banyaknya doa di pertemukan jodoh.. hehehe.. korang tak sabar nak makan nasi minyak owner ek... huhuhu.. insyaAllah.. kalo ada jodoh, tak kemana... kerana urusan jodoh tu kan rahsia Allah... Sempena ulangtahun kelahiran owner ni, owner nak berdoa, dan doa ni bukan untuk owner saja, tapi doa ni juga buat semua keluarga, sahabat dan kenalan owner, moga2 Allah makbulkan doa owner pada pagi ini.... Ya Allah, tuhan yang mempunyai segala zat-zat, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunKan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana memberikan keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami Ya Allah…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu Ya Allah…. Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit. Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. Peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu Ya Allah… Amin.. amin Ya Rabbil-Alamin.